Indonesia Pamer Taring Tewaskan Skuad Muda Timor Leste

Skuad muda Indonesia meneruskan siri kemenangan dalam kempen Kejuaraan Asean B-19 2024 selepas menundukkan Timor Leste. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo itu menyaksikan skuad bimbingan Indra Sfafri mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir apabila berjaya menewaskan Timor Leste dengan keputusan 6-2. Aksi di babak pertama menyaksikan Indonesia berjaya mencipta tiga jaringan sementara […]

Skuad Muda Filipina Terkulai Di Tangan Kemboja

Filipina dikejutkan dengan aksi luar biasa skuad muda Kemboja dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan A kejohanan AFF bawah 19 tahun. Walaupun peluang kedua-dua pasukan untuk mara ke pusingan separuh akhir tipis namun masing-masing mempamerkan permainan yang rancak untuk meraih kemenangan. Bong Samuel memakai lilitan kapten untuk mengetuai jentera pasukan Kemboja manakala Filipina memberikan kepercayaan kepada […]

“Tiada Pengalaman Punca Balik Awal” – Jurulatih Vietnam

Pengendali skuad Vietnam Bawah 19 Tahun (B-19), Hua Hien Vinh menyifatkan ketiadaan pengalaman menjadi punca pasukan itu tersingkir dari Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Vietnam perlu menang ke atas Australia dalam aksi kedua Kumpulan B untuk menghidupkan peluang layak ke separuh akhir. Malangnya, apa yang dimahukan Hien Vinh tidak kesampaian. The Young Socceroos yang dianggap antara […]

Skuad Muda Malaysia ‘Titik’ Singapura 5-0

Skuad muda B-19 tahun Malaysia melakar kemenangan bergaya selepas menewaskan Singapura dalam aksi kedua kempen Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Anak buah Juan Torres Garrido turun dalam misi mencatat kemenangan kedua selepas meraih kemenangan 11-0 mengatasi Brunei dalam aksi pertama tempoh hari. Babak di separuh masa pertama menyaksikan Malaysia mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0. Gol pembukaan […]

Thailand Beri Mimpi Ngeri Buat Skuad Muda Brunei

Aksi kedua kumpulan C Asean U-19 Boys Championship menyaksikan giliran Thailand pula berpesta jaringan ke atas skuad muda Brunei pada Isnin. Setelah tewas besar 0-11 di tangan Malaysia pada Jumaat, satu lagi ujian berat menanti pasukan muda Brunei apabila dijadualkan berdepan Thailand yang berjaya menundukkan Singapura 2-1 dalam aksi pertama lalu. Dua penjaring gol Thailand, […]

Skuad Muda Laos Bangkit Halang Kemenangan Myanmar

Skuad muda Myanmar terus kemarau kemenangan dalam kejohanan AFF bawah 19 tahun apabila seri menentang pasukan Laos bagi aksi kedua kumpulan B. Myanmar turun untuk memburu kemenangan pertama dalam kejohanan ini setelah pasukan itu seri 1-1 sewaktu menentang Vietnam dalam aksi pertama peringkat kumpulan. Laos pula tewas besar dengan jaringan 6-0 kepada pasukan Australia sekaligus […]

Skuad Muda Australia Malukan Vietnam 6-2

Skuad muda Australia mencatat kemenangan bergaya menewaskan Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan B kempen Piala AFF B-19 2024. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Surabaya menyaksikan Australia berjaya meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Vietnam 6-2. Aksi di separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan penyerang sensasi Australia, Jake Najdovski. Biarpun penguasaan permainan sebanyak […]

Chanathip Songkrasin: Aksi Borussia Dortmund Pengukur Tahap BG Pathum

Kapten BG Pathum United, Chanathip Songkrasin menyifatkan aksi persahabatan menentang Borussia Dortmund sebagai peluang menguji keupayaan pasukan itu. The Rabbits dan BVB bakal berentap di Stadium BG pada 21 Julai ini sebagai sebahagian daripada persiapan pra-musim kedua-dua pasukan untuk kempen 2024/25. Selain Thailand, BVB juga bakal mengadakan satu lagi aksi pra-musim di Jepun pada 24 […]

Indonesia Leburkan Kedegilan Skuad Muda Kemboja

Skuad Indonesia Bawah 19 Tahun (B-19) mencerahkan peluang layak ke separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-19 2024 apabila menundukkan Kemboja dalam aksi kedua Kumpulan A. Garuda Muda sedar mereka perlu menang sekiranya ingin layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A. Sementara The Angkor Warriors juga perlu menang selepas tewas kepada Timor Leste dalam aksi pertama […]

Skuad Muda Filipina Hidupkan Peluang, Atasi Timor Leste

Skuad muda Filipina lulus ujian kedua apabila menundukkan Timor Leste dengan keputusan 2-0. Filipina menurunkan beberapa nama seperti Castro Alonso, Angelo Arnado, Abrera, Medex dan lain-lain. Timor Leste juga diperkuat dengan Quintao, Berdila Da Silva, Da Costa dan lain-lain. Kedua-dua pasukan cuba untuk mengatur serangan awal bagi mendapatkan jaringan pembukaan perlawanan. Usaha itu berjaya dimanfaatkan […]

Skuad Muda Thailand Bangkit Tundukkan Singapura Saat Akhir

Skuad muda Thailand bermula langkah kanan dalam kejohanan AFF bawah 19 tahun apabila berjaya menundukkan cabaran Singapura untuk aksi pertama kumpulan C. Skuad muda Thailand dan juga Singapura turun dengan misi penting untuk meraih tiga mata pertama setelah Malaysia membelasah Brunei dengan jaringan 11-0. Sahoo Garv membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini apabila berjaya membolosi […]

Skuad Muda Myanmar Cipta Kejutan Ikat Vietnam

Perlawanan saingan Piala AFF bawah 19 tahun malam ini menyaksikan pertembungan diantara Vietnam menentang Myanmar yang berkesudahan dengan keputusan seri. Skuad kendalian Hua Hien Vinh mahu memburu kemenangan pertama untuk layak ke peringkat seterusnya sementara  Myanmar pastinya mahu melakukan kejutan sebagai pasukan ‘underdog’ dalam kumpulan B. Kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, namun masing-masing […]

Skuad Muda Australia ‘Titik’ Laos 6-0

Skuad Australia Bawah 19 Tahun (B-19) membuka kempen Kejuaraan ASEAN B-19 2024 dengan kemenangan apabila membelasah Laos 6-0 dalam aksi pertama Kumpulan B. Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang layak ke separuh akhir sebagai jura kumpulan. The Young Socceroos yang dibimbing Trevor Morgan terpaksa menunggu sehingga minit ke-16 untuk membuka tirai jaringan menerusi peledak […]

Skuad Muda Indonesia Belasah Filipina Tanpa Belas Kasihan

Skuad B-19 Indonesia mula dengan langkah kanan dalam kempen Kejuaraan AFF B-19 2024 yang berlangsung di bumi Surabaya, Indonesia. Turun dalam aksi pertama peringkat Kumpulan A, skuad kendalian Indra Sjafri mudah menundukkan skuad muda Filipina dengan keputusan 6-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo. Aksi di separuh masa pertama menyaksikan Indonesia membuka […]

Russia Berpotensi Jadi Lawan Vietnam

Pasukan Eropah Timur, Russia berpotensi menguji kemantapan skuad kebangsaan Vietnam dalam kalendar antarabangsa FIFA pada September ini. Sebelum ini, beberapa laporan media menyatakan beberapa negara Asia Tenggara telah mengadakan rundingan dengan Kesatuan Bola Sepak Russia (RFS) untuk mengatur aksi persahabatan. Antara negara yang dilaporkan berminat ialah Thailand. Skuad Gajah Perang berharap dapat menguji pasukan yang […]

Dion Cools Pilih Kekal Di Buriram United

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools sah kekal bersama juara Thai League 1 musim 2023/24, Buriram United. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya tentang status bekas pemain pertahanan FC Brugge itu bersama Thunder Castle. Ini selepas semakan yang dibuat kepada tempoh kontrak Cools mendapati ia berakhir pada 30 Jun lalu. Ini membawa kepada spekulasi pemain berdarah Sarawak-Belgium […]