BG Pathum Beri Amaran Awal Kepada Terengganu

Jaguh Liga Thailand, BG Pathum United telah memberi amaran awal kepada Terengganu FC. Skuad kendalian Makoto Teguramuri kini sedang menjalani latihan pra-musim dengan berdepan beberapa kelab sekitar Asia dan Eropah. BG Pathum memulakan aksi pra-musim dengan mengejutkan finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Borussia Dortmund dengan keputusan 4-0. Prestasi memberangsangkan ini diteruskan ketika menentang wakil Hong […]

Indonesia Muncul Juara Piala AFF B-19

Aksi final Piala AFF B-19 2024 melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Thailand. Indonesia diangkat sebagai juara selepas menewaskan Thailand dengan keputusan 1-0. Separuh masa pertama perlawanan bermula dengan Indonesia membuka tirai jaringan pada minit ke-17 permainan. Penyerang naturalisasi Indonesia, Jens Raven memanfaatkan hantaran daripada Kafiatur Rizky untuk gol pertama pasukan. Jaringan terhasil bermula daripada […]

Thailand Ke Final, Kuburkan Skuad Muda Australia

Thailand menempah tiket ke pentas final apabila menguburkan skuad muda Australia. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk melangkah ke peringkat akhir kejohanan. Skuad Gajah Perang mendapat tonik awal hasil kesilapan pelik penjaga gol Australia, Peraic-Cullen pada minit ke-5 yang gagal menahan bola seterusnya masuk ke dalam gawang. Australia menggandakan asakan ke arah kubu […]

Indonesia Pantau 3 Pemain Muda Malaysia

Pakar meminta agar Indonesia memantau kudrat 3 pemain Malaysia B-19. Aksi getir menanti penyokong rantau ini apabila skuad muda Sang Garuda bakal berdepan anak didik Juan Torres pada aksi separuh akhir Kejuaraan Asean B-19. Indonesia muncul juara Kumpulan A manakala Malaysia B-19 turut cemerlang dalam Kumpulan C dengan 7 mata daripada 3 perlawanan. Pemerhati bola […]

Indonesia Buat ‘Kelas Tambahan’ Berdepan Malaysia

Bagi mempersiapkan pasukan sebelum turun bertemu Malaysia, skuad B-19 tahun Indonesia mengadakan satu sesi tambahan bagi memperkuat mental para pemain. Malaysia dan Indonesia akan berentap di pentas separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo hari ini. Dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Timnas Indonesia, skuad kendalian […]

Tiket Aksi Indonesia B-19 & Malaysia Dijual RM14, Dijangka Penuh Satu Stadium

Aksi separuh akhir Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024 membabitkan tuan rumah, Indonesia dan Malaysia dijangka menjadi tumpuan ramai. Kedua-dua pasukan serumpun Nusantara itu berjaya layak ke separuh akhir selepas muncul juara kumpulan masing-masing. Indonesia muncul juara Kumpulan A selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut. Sementara Malaysia muncul juara Kumpulan C menerusi kelebihan jaringan meskipun […]

“Australia & Indonesia Sudah Kuat, Bukan Seperti Dulu”

Pengurus pasukan Malaysia B-19, Mohd Joehari Mohd Ayub menganggap skuad muda Australia dan Indonesia sekarang ini tidak sama seperti dulu. Beliau tidak mahu pemain muda Malaysia memandang rendah kemampuan pasukan lain biarpun membawa gelaran sebagai juara bertahan bagi Kejuaraan Asean B-19. Joehari berkata sedemikian ketika sidang media pra-perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung […]

Dion Cools Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Thailand

Nama pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Thailand baru-baru ini. Ini selepas namanya tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik Thai League 1 musim 2023/24. Kesebelasan terbaik liga ini diumumkan dalam FA Thailand Awards 2023/24. Perkara ini dikongsikan Cools menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau baru-baru ini. Ini dilihat sebagai pengiktirafan […]

Aksi Idaman Indonesia & Skuad Muda Malaysia Di Separuh Akhir

Aksi idaman antara Indonesia dan skuad muda Malaysia bakal berlaku bagi aksi separuh akhir Piala AFF B-19. Skuad kendalian Juan Torres Garrido mempamerkan kebangkitan memukau untuk mengikat Thailand dengan keputusan 1-1. Hal ini memastikan skuad muda negara selaku juara bertahan edisi lalu berjaya melangkah ke separuh akhir buat kali ke-5 berturut-turut. Skuad muda negara merakamkan […]

Singapura Mudah Atasi Skuad Muda Brunei

Kempen Kejuaraan Asean B-19 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Singapura dan Brunei. Singapura dan Brunei masing-masing turun untuk mencari kemenangan pertama selepas kedua-dua pasukan ini tewas dalam dua aksi sebelum ketika bertemu Malaysia dan juga Thailand. Aksi di babak pertama perlawanan menyaksikan Singapura mendahului perlawanan dengan kelebihan dua jaringan. Pemain tengah Australia, Sahoo Garv […]

Shopee Cup: Senarai 12 Pasukan, 2 Wakil Malaysia Sudah Terjawab

Senarai 12 pasukan yang bakal berentap dalam saingan Shopee Cup 2024/25 akhirnya terjawab. Senarai 12 pasukan ini lengkap apabila kelab Myanmar, Shan United dan kelab Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng mengesahkan kelayakan ke peringkat kumpulan. Preah Khan Reach Svay Rieng layak selepas mengenepikan cabaran kelab Laos, Young Elephants dengan keputusan agregat 8-3. Sementara Shan […]

Jurulatih Thailand Puji Kualiti Pemain Sayap Muda Malaysia

Jurulatih Thailand, Emerson Pereira memuji kualiti yang dimiliki oleh pemain sayap muda Malaysia. Skuad bawah 19 tahun negara kini sedang berjuang hebat di Surabaya, Indonesia dalam saingan ASEAN U-19 Boys Championship dengan mencatatkan 2 kemenangan besar ke atas Brunei dan Singapura. Pada aksi pertama, anak-anak buah Juan Torres garang membelasah Brunei 11-0 sebelum meraih tiga […]

Australia Ke Separuh Akhir Tewaskan Skuad Muda Myanmar

Skuad B-19 Australia mara ke pusingan separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 2024 selepas mencatat kemenangan tipis ketika bertemu skuad muda Myanmar. Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora itu menyaksikan Australia mengatasi Myanmar dengan keputusan 1-0. Separuh masa pertama perlawanan menjadi milik The Young Socceroos apabila penyerang Melbourne City, Medin Memeti mencatat jaringan pertama buat pasukan […]

Vietnam Belasah Skuad Muda Laos Penuh Suka & Duka

Vietnam membelasah skuad muda Laos dalam keadaan suka dan duka dengan keputusan 4-1. Pasukan bimbingan Hua Hien Vinh tewas dua perlawanan awal menentang Australia sebelum hanya mampu seri berdepan Myanmar. Usaha merekodkan kebangkitan bagaimanapun bermula apabila berjaya meledak jaringan awal menerusi percubaan kencang Nguyen Hoang Anh seawal 5 minit permainan. Cubaan Laos untuk bangkit segera […]

Kelab Vietnam Rancang Beli Luka Modric

Kelab Vietnam, Becamex Binh Duong menyimpan cita-cita untuk mendapatkan legenda Croatia, Luka Modric. Hasrat ini dinyatakan sendiri jurulatih pasukan itu, Hoang Anh Tuan kepada portal TheThao247 pada 23 Julai lalu. Anh Tuan yang sebelum ini pernah membimbing skuad Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) melihat pemain import sehebat Modric mampu memberi inspirasi kepada Binh Duong. Ini […]

Jurulatih Thailand Yakin Dapat Tewaskan Malaysia

Jurulatih Thailand Bawah 19 Tahun (B-19), Emerson Pereira percaya anak buahnya mampu menewaskan musuh tradisi mereka, Malaysia. Selepas dua perlawanan Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024, Malaysia dan Thailand mengumpul enam mata. Kelebihan jaringan besar yang dimiliki anak buah Juan Torres Garrido memastikan mereka mendahului kumpulan ketika ini. Harimau Muda merekodkan 16 jaringan dalam dua […]