Kelantan FC Dapat CEO Baharu

Pasukan Kelantan FC mendapat suntikan semangat hari ini menerusi perlantikan Ahmad Muzakkir Hamid sebagai CEO baru pasukan. Pengumuman perlantikan ini dibuat The Red Warriors menerusi laman media sosial rasmi mereka. Muzakkir bukanlah asing dalam arena bola sepak Kelantan kerana beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Hal […]
Zamsaham Nak Hadiahkan Tanah Kepada Penyokong Kelantan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham hari ini telah berkongsi niat murninya untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada penyokong setia Kelantan yang bertuah. Zamsaham telah memuatnaik status di laman Facebook beliau mengenai hasrat murninya itu. Namun begitu, syarat utama untuk mendpatakan tanah itu adalah individu tersebut masih belum mempunyai tanah di […]
FAM Nafi Tuduhan Zamsaham

Susulan dakwaan pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal membantu isu pendaftaran pemain pasukan itu, FAM tampil menafikan tuduhan tersebut. Ini kerana kelewatan pendaftaran pemain berlaku disebabkan kelewatan skuad Kijang menyelesaikan pendaftaran semua pemain dalam tempoh yang ditetapkan. Malah, badan induk bola sepak negara itu sudah berusaha […]
Kelantan Bakal Dibeli Rakyat Johor?

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham menerima satu lagi berita mengenai individu yang mahu membeli kelab dari pantai timur itu. Individu yang dikatakan berminat untuk membeli Kelantan adalah Kamal Hisham Ja’afar yang juga merupakan seorang peguam terkenal. Kamal yang juga berasal dari Johor berminat untuk membeli Kelantan namun jika harga […]
Zamsaham: Saya Tahu Kelantan Akan Didenda

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedar akan nasib yang bakal menimpa pasukannya. Beliau menyaksikan pasukan miliknya dibelasah oleh juara bertahan Piala Malaysia, JDT di Stadium Sultan Ibrahim 10-0. Keputusan itu cukup pahit untuk ditelan tatkala The Red Warriors tewas 15-1 secara agregat. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Zamsaham meluahkan kekecewaan yang […]
“Janganlah Kerana Tak Suka Saya, Hak Mendaftar Pemain Dinafikan” – Zamsaham

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menyuarakan kekecewaannya kerana berdepan kesukaran mendaftarkan empat pemain import baru pasukan berkenaan. Sebelum tetingkap perpindahan kedua ditutup pada 1 Ogos lalu, The Red Warriors telah berjaya merekrut Dennis Buschening, Alie Sesay, Ahmed Magdy dan Aliakbar Ahmadi. Malangnya, Kelantan FC berdepan masalah teknikal membabitkan Transfer Matching System (TMS) […]
Zamsaham Jelaskan Isu Sebenar Jawatan Pengarah Teknikal Kelantan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah menjelaskan isu sebenar berkenaan jawatan kosong pengarah teknikal Kelantan FC yang tular di media sosial ketika ini. Isu berkenaan menjadi hangat apabila jawatan kosong pengarah teknikal Kelantan FC disiarkan di laman Jobstreet dengan anggaran gaji RM2500-RM3000 sebulan. Namun dalam bual bicara di TikTok milik […]
Sani Express Beri Bonus Khas Kepada Kelantan

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa barisan pemain Kelantan mendapat bonus khas hasil kemenangan semalam, daripada Sani Express. Pasukan Kelantan telah memperoleh kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 semalam. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya […]
Zamsaham: Saya Dah Lama Tunggu

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah sekian lama menantikan detik yang cukup indah buat pasukannya. The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup hebat selepas dikalahkan oleh JDT di laman sendiri tempoh hari. Anak didik Alfredo Vera memastikan tiga mata menjadi milik pasukan tuang rumah apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri […]
Zamsaham Mohon Bantuan Isu KAFA

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengharapkan bantuan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) berkenaan kemelutnya dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Kemelut timbul apabila KAFA gagal melunaskan tunggakan hutang sebanyak RM3.8 juta terhadap beliau. Nilai tunggakan tersebut amat besar di mana Zamsaham melihat jika dilunaskan, mampu dimanfaatkan untuk […]
Zamsaham Kembali Tersenyum

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham merasa gembira melihat pasukannya kembali meraih mata selepas menunggu selama lebih empat bulan. Perlawanan Liga Super semalam menyaksikan The Red Warriors (TRW) berjaya mengikat Kuching City FC 2-2 menerusi gol Hafizan Ghazali dan Natanael Siringoringo. Walaupun gembira dengan keputusan semalam, beliau melihat kesungguhan ini harus diteruskan dalam perlawanan […]
Bekas Pemain Kebangsaan Poland Sertai Kelantan FC?

Pasukan Liga Super, Kelantan FC difahamkan bakal membawa masuk seorang pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan bagi aksi separuh kedua Liga Super 2023. Identiti pemain ini mula diperkatakan selepas beliau telah meninggalkan satu komen sekaligus mengaitkan beliau sebagai muka baharu The Red Warriors. Pemain yang dikenali sebagai Chris Jastrzembski telah memberi bayangan bahawa beliau akan menyertai pasukan […]
Zamsaham Bagi Bayangan Bakal Pelabur Baru Kelantan FC

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberi bayangan awal mengenai bakal pelabur baru Kelantan. Beliau ditemui ketika sesi penjelasan berkenaan pelaburan pendanaan awam itu memberitahu kriteria individu yang bakal melabur dengan The Red Warriors. Teka-teki itu masih beluk terjawab tatkala pasukannya kini memerlukan suntikan baru sungguhpun pelbagai masalah telah diselesaikan […]
Kelantan FC Bakal Terima Pelaburan Luar Biasa?

Pasukan Kelantan FC bakal mendapat suntikan pelaburan baru selepas seorang figura berstatus VVIP akan diumumkan sebagai rakan kongsi baru kelab berkenaan esok. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemilik skuad Kijang, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Beliau juga mengesahkan rakan kongsi baru ini bukan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida atau pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif […]
Pelabur Persoalkan Zamsaham

Nama pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham kembali menjadi bualan hangat selepas dikatakan terlibat dalam penipuan pelaburan pendanaan awam. Perkara ini dikongsikan menerusi satu sesi sidang media bersama peguam dan pelabur yang mendakwa diri mereka ditipu oleh Zamsaham dalam pelaburan pendanaan awam di Kuala Lumpur. Meneusi penjelasan tersebut, terdapat beberapa […]
6 Pemain Baru Bakal Perkuat Kelantan FC

Pasukan Liga Super, Kelantan FC difahamkan akan membawa masuk 6 muka baharu pada jendela perpindahan kali ini. Umum mengetahui bahawa The Red Warriors berdepan dengan pelbagai masalah yang menyaksikan ramai tonggak utama angkat kaki meninggalkan pasukan. Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat kebangkitan pasukan kesayangan mereka semakin bersinar apabila difahamkan pasukan akan membawa masuk tonggak baharu. […]