“Tawaran Zamsaham Tidak Realistik” – GSK

Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) menganggap bahawa tawaran pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham dianggap tidak realistik. Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pelabur The Red Warriors merangkap Pengerusi GSK, Nik Hafiz mengenai permintaan melampau oleh Zamsaham terhadap kelab tersebut. Katanya, GSK adalah gerakan sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dan menolak Zamsaham. […]
Pelabur Mula Gerakan Tolak Zamsaham, Selamatkan TRW Kelantan?

Pelabur TRW Kelantan FC difahamkan sudah mula hilang sabar dengan Norizam Tukiman dan mahu menyelamatkan kelab. Beberapa sumber dalaman memaklumkan mengenai perkara ini selepas sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dengan situasi semasa yang terjadi kepada kelab. Mereka juga menolak Zamsaham selain difahamkan menubuhkan Gerakan Selamatkan Kelantan FC (GSK) untuk mengembalikan TRW […]
Zamsaham: Saya Akui Gagal Tapi Ada ‘Pengacau’ Di TRW Kelantan FC

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengakui bahawa beliau gagal menjadi pemilik yang bagus buat pasukan tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat tunggakan gaji terhadap para pemain, pegawai serta staf kejurulatihan pasukan dan tunggakan tersebut adalah selama tiga bulan. “Berkenaan The Red Warrior (TRW) gagal, ya saya akui […]
“Tinggal Kenangan” – Piya

Lagenda bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau mesra dikenali sebagai Piya sedih dengan keadaan yang menimpa TRW Kelantan FC. Nasib kelab gergasi Pantai Timur itu terus malang selepas tidak mampu untuk bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro bagi musim 2024/25. The Red Warriors gagal melengkapkan senarai minimum 20 orang pemain untuk kekal bersaing dalam […]
Penyokong Rayu Pemilik Lepaskan Kelab

Penyokong dan bekas pemain merayu kepada Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham untuk melepaskan kelab TRW Kelantan FC kepada pihak yang lebih berkemampuan. Zamsaham membeli TRW pada tahun 2020 dengan harga RM6.8 juta. Beliau juga telah melangsaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih ketika itu bejumlah hampir RM3.8 juta. Zamsaham disambut seperti seorang hero ketika itu […]
Zamsaham: RM1000 Pun Besar Bagi Yang Memerlukan

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham menganggap bahawa nilai RM1000 amat besar kepada yang memerlukan. Baru-baru ini, tular satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya tentang tunggakan gaji selama tiga bulan terhadap para pemain TRW Kelantan FC. Beliau optimis untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji tersebut dengan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1000 […]
”20 Orang Je Dapat, Saya Tak Dapat Pun” – Khairul Helmi

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman mengenai tunggakan gaji yang berjaya diselesaikan secara beransur, seorang bekas pemain Kelantan meluahkan rasa tidak puas hatinya. Pemain itu berusia 36 tahun, Khairul Helmi membuat kenyataan bahawa hanya 20 orang terawal sahaja yang mendapat pembayaran tunggakan daripada kelab. Ianya terhad, dan […]
Allee Putra: Saya Bermain Dengan Kelantan, Kenapa Heret Ayah Saya?

Bekas pemain TRW Kelantan FC, Allee Putra memberitahu bahawa tiada sebarang proses perbincangan dijalankan bersamanya mengenai tunggakan gaji 7 bulan yang melanda. Sebelum ini, pemilik kelab The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberitahu bahawa terdapat halangan untuk melakukan pembayaran gaji pemain ini susulan ia diuruskan oleh pihak lain. “Baik, berkenaan kes […]
Tunggakan Gaji Allee Putra 7 Bulan? Zamsaham Anggap Ia Kes Terpencil

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham berdepan kontroversi apabila didakwa tidak melunaskan tunggakan gaji bekas pemain mereka, Allee Putra Azril selama tujuh bulan. Isu ini hangat diperkatakan di media sosial susulan satu pertanyaan yang dibuat seorang penyokong Kelantan kepada Norizam baru-baru ini. Beliau yang mesra disapa Zamsaham memaklumkan isu tunggakan gaji Allee Putra yang […]
Zamsaham: Tunggakan 3 Bulan Gaji, Alhamdulillah Dah Masukkan RM1000

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham lega apabila berjaya menyelesaikan tunggakan gaji secara beransur. Beliau dalam satu kenyataan di laman sosialnya memberitahu bahawa pihaknya tidak lepas tangan untuk menyelesaikan masalah ini. Katanya, beliau mengambil maklum tentang tunggakan gaji yang dialami oleh para pemainnya namun berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya. […]
Zamsaham Sampaikan Berita Baik Buat Kelantan FC

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberikan khabar baik buat peminat setia kelab. The Red Warriors melalui tempoh yang cukup sukar sejak kebelakangan ini apabila berada pada kedudukan tercorot Liga Super 2023. Pelbagai masalah turut melanda kem pasukan Pantai Timur itu yang menyaksikan hampir semua pemain utama pasukan angkat kaki. […]
Zamsaham: Kita Tidak Akan Mengaku Kalah

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Zamsaham tampil memberi kenyataan berhubung status terkini pasukan Kelantan. Ketika ditemu bual Harian Metro, usahawan ini akur dengan keputusan yang telah dibuat Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL baru-baru ini. Beliau menjelaskan pasukan The Red Warrior akan meneruskan aksi di saingan Liga M3 musim ini namun meletakkan […]
“Satu Peratus Pun Tak Dapat Apa Yang Selesai?”

Isu yang melanda kem Kelantan FC dilihat tidak menemui titik noktah selepas para pemain kembali bersuara untuk mempertahankan hak masing-masing. Baru-baru ini, tular kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid yang memaklumkan bahawa gaji para pemain The Red Warriors sudah hampir 90 peratus selesai. “Kami telah berusaha sehabis maksimum […]
Kelantan Sudah Jumpa Padang Latihan Baru

Kelantan FC sudah menemui padang latihan baru bagi memenuhi keperluan pasukan itu untuk baki kempen Liga Super musim 2023. Sebelum ini tular di media sosial jalan yang digunakan ke padang latihan mereka di Pejabat Pertanian Lundang, Kota Bharu ditutup. Ini mencetuskan kemarahan penyokong skuad Kijang kerana melihat pasukan kesayangan mereka itu kembali diulit kontroversi. Bagaimanapun, […]
Zamsaham: Kelantan Di Hati

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menegaskan pasukan itu akan sentiasa ada di hatinya. Beliau mengakui kecewa dengan kedudukan Kelantan ketika ini tetapi melihat ia sebagai satu proses untuk mereka bangkit dan kembali meraih kejayaan. Zamsaham juga akur dengan semua kecaman penyokong terhadap dirinya. Bagaimanapun, pada masa sama, beliau percaya lambat-laun segala tindakannya […]
Zamsaham Umum Kelantan Tak Tukar Jurulatih

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengesahkan kedudukan Angel Alfredo Vera sebagai jurulatih pasukan itu masih selamat. Ini kerana beliau berpuas hati dengan usaha yang ditunjukkan bekas pengendali Persita Tangerang itu dalam membentuk skuad The Red Warriors di mana majoriti pemain ialah pemain-pemain muda. Biarpun Kelantan mengalami beberapa kekalahan besar seperti 8-0 di […]