Yazan Al-Arab Mohon Maaf

Bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf atas keterlanjurannya susulan tindakan beliau menendang pengadil dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia baru-baru ini. Beliau mengakui kesal dengan perbuatan tersebut kerana perbuatannya memberi kesan negatif kepada pasukan Selangor khususnya para penyokong. Yazan turut mendedahkan beliau tiada niat menendang punggung pengadil perlawanan, Hasrol Amir. Beliau percaya […]

FAM Bakal Tentukan Nasib Yazan Al-Arab

Jawatankuasa Tatatertib FAM bakal menentukan nasib bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab susulan tindakan beliau menendang pengadil beberapa hari lepas. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Laporan insiden tersebut telah diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan bagi menentukan bentuk hukuman yang perlu dihadapi pemain import Jordan itu. “OK, bagi kita, kita telah serahkan […]

Yazan Al-Arab Dikesan Tendang Pengadil

Pemain import Selangor, Yazan Al-Arab telah dikesan menyepak pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Amir ketika aksi suku akhir Piala Malaysia 2023. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menyaksikan pasukan Selangor diikat Terengganu dengan keputusan 1-1. Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, pertahanan Selangor Yazan Al-Arab terus meluru kearah pengadil perlawanan dan meluahkan rasa tidak puas […]

Norway Belasah Jordan

Duo import Selangor FC, Yazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh tidak berupaya menghalang Norway daripada membelasah Jordan 6-0 dalam satu aksi persahabatan di Stadium Ullevall, Oslo awal pag ini. Babak pertama menyaksikan The Chivalrous Ones dibolosi empat kali. Gol tuan rumah disumbang oleh Antonio Nusa (minit ke-11), Kristoffer Ajer (minit ke-23), Jorgen Strand Larsen (minit ke-31) […]

Pemain-Pemain Malaysia Beri ‘Amaran’ Kepada Duo Jordan

Penyokong Malaysia sudah maklum Harimau Malaya berada dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Dan bagi pemain-pemain kebangsaan yang beraksi dengan Selangor, mereka memberi ‘amaran awal’ kepada dua rakan sepasukan mereka dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab. Dalam satu video Instagram yang dimuatnaik penjaga gol Samuel Somerville, dua nota ditampal pada lokar […]

Yazan Al-Arab Kekal Milik Selangor

Jodoh bek tengah Jordan, Yazan Al-Arab dengan Selangor terus kekal bertahan di sebalik khabar angin kontraknya tidak disambung. Ini selepas Gergasi Merah Kuning mengumumkan di Twitter bahawa dia akan terus bersama mereka bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia musim hadapan. Dengan keputusan ini, Yazan bakal bergandingan dengan bek tengah baru Selangor Ahmad Khuzaimi Piee di bahagian […]

Pemain Kedah & Selangor Beraksi Cemerlang Menentang Sepanyol

Bintang sensasi pasukan Kedah dan Selangor, Mahmoud Al-Mardi dan Yazan Al-Arab memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu Jordan berdepan Sepanyol awal pagi tadi. Yazan yang merupakan pertahanan utama  The Red Giants mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatih pasukan apabila beliau beraksi selama 90 minit pada perlawanan ini. Kematangan dan juga pengalaman pemain berusia 26 tahun berjaya […]

Kad Merah Yazan Al-Arab Cetuskan Tanda Tanya

Perlawanan ketiga saingan Liga Super menyaksikan pertembungan di antara Selangor FC menentang pasukan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab dilayangkan kad merah seawal minit ke-22 permainan telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak. Pemain berusia 33 tahun itu dikatakan mengasari penyerang Negeri Sembilan, Mathew Alves […]

Yazan Mahu Ubah Persepsi Pemain Arab Mengenai Liga Malaysia

Tonggak import baharu Selangor FC, Yazan Al-Arab tekad untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dan beraksi dengan penuh cemerlang dalam saingan musim ini. Pemain pertahanan Selangor itu menyatakan kesungguhan dan minatnya untuk ke Selangor setelah menolak beberapa tawaran daripada pasukan timur tengah. Menurut bekas pemain Al-Wehdat FC itu, beliau juga berhasrat untuk mengubah persepsi rakan-rakannya […]

Usia Bukan Ukuran, Selangor Tagih Pengalaman Pemain Kebanggsaan Jordan

Menjelang saingan Liga Super Malaysia yang dijangka akan bermula pada bulan Febuari tahun 2022, pasukan Selangor FC kini mengorak langkah untuk menjadi pencabar utama liga bermula musim baharu nanti. Selangor dilaporkan mengikat dua pemain kebanggsaan Jordan iaitu Baha Abdelrahman dan Yazan AL-Arab. Pengalaman yang ada pada dua pemain ini sangat ditagih oleh pasukan Selangor. Menurut […]