Yazan Al-Arab Berjanji Dengan Diri Sendiri

Bekas pemain Selangor FC yang kini beraksi bersama FC Seoul, Yazan Al-Arab menyatakan bahawa beliau telah berjanji dengan diri sendiri sebelum berhijrah ke Korea Selatan. Pertahanan tengah dari Jordan itu menjadi nadi terpenting FC Seoul di bahagian pertahanan dan telah merekodkan 10 penampilan sejak menyertai kelab tersebut pada Julai lalu. Kini Yazan mahu memberikan fokus […]
Yazan Al-Arab Disambar Gergasi Korea Selatan

Bekas pemain Selangor FC yang juga pemain skuad kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab dijangka bakal menyertai sebuah kelab gergasi Korea Selatan. Menerusi satu hantaran daripada Korea Football News di laman X, kelibat Yazan semakin hampir dapat disaksikan dalam saingan liga utama Korea Selatan dengan menyertai FC Seoul. “FC Seoul bersedia untuk mengumumkan kehadiran pemain pertahanan pasukan […]
Yazan Al-Arab Diintai Kelab Besar Korea Selatan?

Nama bekas bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab kini menjadi sebutan dalam arena bola sepak Korea Selatan. Ini selepas Korea Football News mendedahkan FC Seoul dilaporkan mahu mendapatkan bek tengah Jordan berusia 28 tahun itu. Seoul yang dibimbing jurulatih, Kim Gi-dong dikatakan berminat mendapatkan Yazan bagi menambah baik barisan pertahanan mereka yang kerap dibolosi pihak […]
Yazan Al-Arab Jadikan Qatar ‘Taman Permainan’

Pertahanan kental Jordan, Yazan Al-Arab menjadikan Qatar seperti taman permainan apabila membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan berharga. Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Qatar, Mu’aidar SC baru-baru ini selepas bersama kelab Iraq hanya tiga bulan. Beliau memperagakan aksi cemerlang dalam debutnya di sana apabila diberi kepercayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan […]
Kelab Corot Qatar Sambar Khidmat Yazan Al-Arab

Persembahan cemerlang pertahanan tengah Jordan, Yazan Al-Arab menyaksikan beliau membawa haluan baharu ke Qatar. Pemain berusia 26 tahun itu meninggalkan kelab Liga Super, Selangor FC dan menyertai pasukan Iraq, Al-Shorta namun hanya bertahan beberapa bulan. Aksi memukau pemain tinggi lampai itu di pentas Piala Asia 2023 menyaksikan beberapa kelab ternama Asia mula merancang untuk mendapatkan […]
Noor Al-Rawabdeh & Yazan Al-Arab Terima ‘Markah’ Tertinggi Lawan Qatar

Dua pemain handalan Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab terus menjadi antara pemain dengan penilaian tertinggi menentang Qatar. Aksi final AFC Asian Cup itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk melakar sejarah. Anak didik Husein Ammouta terpaksa akur dengan hatrik penalti yang dijaringkan oleh Akram Afif untuk kekal mendominasi pentas Asia. Namun […]
3 Pemain Jordan Jadi Tumpuan Lawan Qatar

Menjelang aksi final Piala Asia 2023 membabitkan Jordan dan Qatar malam ini, tiga pemain dilihat mampu memacu Jordan untuk mencipta kejutan malam ini. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Yazan Al-Arab, Mousa Al Tamari dan Yazan Al-Naimat. Tiga nama ini disebut-sebut antara tonggak utama Jordan malam ini. Piala Asia 2023 menyaksikan Yazan menjadi orang besi Jordan […]
Kata-Kata Yazan Al-Arab Menjadi Realiti

Sasaran utama pemain pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab untuk membawa pasukan kebangsaannya ke pentas separuh akhir Piala Asia 2023 akhirnya menjadi realiti. Jordan mara ke pentas separuh akhir selepas menumbangkan Tajikistan dengan kemenangan tipis 1-0 di peringkat suku akhir. Sebelum perlawanan menentang Tajikistan, Yazan telah mendedahkan cita-cita sebenar Jordan dalam Piala Asia edisi kali ini. “Cita-cita […]
Yazan Al-Arab Sasar Jordan Layak Ke Separuh Akhir

Pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab berhasrat untuk membantu negaranya mara lebih jauh pada kempen Piala Asia kali ini. Walau bagaimanapun, beliau sedar lawan yang bakal ditempuh iaitu Tajikistan bukanlah calang-calang pasukan, ditambah pula juara Pesta Bola Merdeka 2023 itu dalam momentum terbaik selepas menyingkirkan UAE sebelum ini. Beliau menyifatkan Tajikistan merupakan pasukan yang berdisiplin tinggi dan […]
Yazan Al-Arab Simpan Niat Kembali Beraksi Di Liga Super Malaysia

Bekas pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab memasang niat untuk kembali semula beraksi di Liga Super Malaysia suatu hari nanti. Pemain kebangsaan Jordan itu sebelum ini telah digantung seumur hidup daripada beraksi di Liga Malaysia selepas insiden beliau yang menyepak pengadil perlawanan. Memetik laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yazan Al Arab akui terkejut […]
Jurulatih Jordan Resah Pemain Tak Fokus, Pertahanan Makin Rapuh

Jurulatih Jordan berada dalam situasi cemas beberapa hari sebelum sepak mula Piala Asia apabila pasukan ke-87 dunia itu menghadapi beberapa masalah besar dalam pasukan. Skuad kendalian Hussein Ammouta itu mengharungi tempoh yang cukup sukar selepas tewas beberapa perlawanan terakhir termasuklah dibelasah oleh Norway dengan keputusan 6-0. Jordan hanya meraih satu keputusan seri sementara tewas 6 […]
Yazan Al-Arab Ketuai Barisan Bintang Jordan Ke Piala Asia

Bekas bek tengah Selangor, Yazan Al-Arab bakal beraksi untuk Jordan dalam saingan Piala Asia 2023. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai awal 33 pemain yang menyertai skuad kebangsaan Jordan yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) hari ini. Selain Yazan, pemain tengah Merah Kuning, Noor Al-Rawabdeh dan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), […]
Yazan Al-Arab Sertai Kelab Gergasi Iraq

Bekas pemain import Selangor FC, Yazan Al-Arab kini boleh menarik nafas lega apabila berjaya menyambung karier bola sepak selepas terhenti seketika selepas ditamatkan kontrak oleh Selangor. Yazan yang juga pemain kebangsaan Jordan kini sah menyertai kelab gergasi Iraq, Al-Shorta SC. Sebagai info, Al-Shorta SC merupakan juara bertahan Liga Perdana Iraq selepas memenangi liga tersebut musim […]
Kelayakan Piala Dunia: Arab Saudi Mudah Atasi Tentangan Jordan

Arab Saudi terus memperkukuh kedudukan di persada Kumpulan G dengan menewaskan negara serantau, Jordan 2-0 awal pagi tadi. The Green Falcons yang dibimbing Roberto Mancini turun dengan misi mendapatkan tiga mata selepas segar daripada kejayaan membelasah Pakistan 4-0. Manakala The Chivalrous Ones pula mahu mendapatkan tiga mata sulung selepas sekadar seri 1-1 dengan jaguh Asia […]
FAM Gantung Yazan Al-Arab Seumur Hidup

Bekas pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab telah digantung seumur hidup daripada terlibat dengan bola sepak di Malaysia seumur hidup. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain kelahiran Jordan itu telah melakukan kesalahan selepas menyepak pengadil perlawanan beberapa bulan lalu. Jawatankuasa Tatatertib pasukan Selangor FC telah mengambil keputusan untuk segera menamatkan kontraknya bersama […]
Selangor Tamatkan Kontrak Yazan Al-Arab

Pasukan Liga Super, Selangor FC secara rasminya menamatkan kontrak pertahanan tengah Jordan, Yazan Al-Arab. Keputusan itu berkuat kuasa serta merta apabila pemain berusia 26 tahun itu selepas melakukan satu tindakan luar kawalan ketika berdepan Terengganu dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2023. “Merujuk kepada insiden yang berlaku selepas perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 antara […]