AFC U-23 Asian Cup: Uzbekistan Jadikan Kuwait Mangsa Belasahan

Uzbekistan tidak berdepan masalah sebagai pasukan pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan AFC U-23 Asian Cup apabila mudah membelasah Kuwait pada Sabtu. Uzbekistan yang merupakan naib juara edisi 2022 turun dengan misi meraih tiga mata sekaligus mengiringi Vietnam yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke suku akhir sebagai wakil kumpulan D. Kuwait pula ingin bangkit dari kekalahan […]
Rekod Buruk Malaysia Lawan Vietnam B-23 Perlu Segera Dipadam

Rekod buruk pasukan Malaysia B-23 lawan Vietnam B-23 perlu segera dipadam. Menjelang aksi saingan Piala Asia B-23, misi wajib menang buat skuad kendalian Juan Torres Garrido ke atas Vietnam bagi menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HarimauMystats, skuad kebangsaan bawah 23 tahun telah tewas 7 perlawanan berturut-turut sejak 2015 sehingga 2023. […]
Jurulatih Uzbekistan Lega Kalahkan Malaysia

Jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze mengungkapkan rasa lega selepas berjaya mengalahkan Malaysia dalam aksi sulung kedua-dua pasukan di Piala Asia Bawah 23 (B-23) semalam. Timur menganggap aksi pertama dalam pertandingan kebiasaannya akan menjadi satu kesukaran buat mana-mana pasukan namun beliau bersyukur pasukan kendaliannya mampu meraih tiga mata. Jika diamati dengan lebih terperinci, Timur yakin anak buahnya […]
AFC U-23 Asian Cup: Penalti ‘Percuma’ Buat Malaysia Kecewa Di Tangan Uzbekistan

Malaysia memulakan kempen Piala Asia B-23 dengan kekalahan apabila tewas 2-0 di tangan Uzbekistan. Skuad kendalian Juan Torres turun dengan motivasi terbaik dengan dibarisi beberapa pemain seperti Luqman Hakim, Harith Haiqal, Azim Al-Amin dan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal. Nasib tidak menyebelahi skuad negara apabila perancang tengah negara, Syahir Bashah menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan. Peluang […]
Uzbekistan Hadapi Malaysia Dengan Jurang Persiapan Besar

Jaguh Asia Tengah, Uzbekistan melaungkan keyakinan untuk bertemu Malaysia bagi aksi pembukaan Piala Asia B-23 di Qatar. Kedua-dua pasukan bertemu buat kali pertama dalam kejohanan berprestij ini sambil ketua jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze yakin dengan persiapan pasukannya. Beliau juga sedia untuk memastikan bahawa anak didiknya mampu untuk mengulangi pencapaian tahun 2018 untuk muncul juara dan […]
Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Uzbekistan vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi AFC U-23 Asian Cup antara Uzbekistan dan Malaysia bakal menjadi salah satu aksi tumpuan malam ini. Skuad muda negara turun dalam misi besar untuk berdepan lawan yang bukan calang-calang di pentas bola sepak Asia. Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih b-23 Malaysia, Juan Torres, beliau berharap pasukannya dapat mencatat keputusan yang positif dalam pertemuan […]
Juan Torres Dalam Misi Serampang Dua Mata Di Qatar

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido melihat misi menentang Uzbekistan esok sebagai misi serampang dua mata. Perlawanan pertama Kumpulan D untuk Piala Asia B-23 2024 itu bukan sahaja peluang buat skuad muda negara meraih mata pertama dalam kumpulan. Malah, ini juga peluang buat Harimau Muda membuktikan mereka mampu memberi saingan kepada […]
Ong Kim Swee Kongsi Perbezaan Ketara Skuad Malaysia & Uzbekistan B-23

Menjelang aksi pertama kumpulan D Piala Asia Bawah 23 di antara Malaysia dan Uzbekistan, Datuk Ong Kim Swee melihat sisi berbeza yang perlu ditambahbaik oleh skuad muda negara. Menurut Datuk Ong Kim Swee, faktor kecergasan para pemain merupakan aspek yang perlu dititikberatkan berbanding aspek fizikal memandangkan tahap kecergasan pemain-pemain negara berada di tahap yang kurang […]
Uzbekistan Catat Rekod Bersih Sebelum Bertemu Malaysia B-23

Menjelang aksi pertama kumpulan D Piala Asia Bawah 23 berdepan Malaysia, Uzbekistan kelihatan berada di tahap terbaik apabila tampil garang dalam beberapa aksi pemanas badan yang diatur. Ini selepas kejayaan The White Wolf mencatatkan tiga aksi tanpa kalah dalam siri perlawanan persahabatan yang diadakan menentang Qatar dan China sebagai persiapan sebelum saingan bermula. Pada perlawanan […]
‘Messi Uzbekistan’ Tak Dibenarkan Bermain Di Piala Asia B23

Persiapan pasukan Uzbekistan untuk ke Piala Asia B23 sedikit terencat apabila pemain harapan yang digelar ‘Messi Uzbekistan’ tidak dibenarkan bermain pada kejohanan tersebut. Abbosbek Fayzullaev yang dicanang sebagai Messi dinegara itu berkemungkinan besar tidak akan beraksi untuk pasukan B23 walaupun pernah memperkuatkan pasukan senior Uzbekistan sewaktu Piala Asia yang lalu. Ini ekoran kelab CSKA Moscow […]
Insiden Kad Merah Terpelik Di Dunia Berlaku Di Uzbekistan

Dunia bola sepak telah dikejutkan dengan satu insiden yang membawa kepada layangan kad merah di Liga Profesional Uzbekistan. Insiden tersebut mungkin bakal menjadi insiden kad merah terpelik di dunia buat masa ini. Dalam aksi di antara FK Andijon dan Bunyodkor, pemain pertahanan Bunyodkor, Usmonali Ismonaliev dilayangkan kad merah pada minit ke-32 perlawanan selepas dikesan menyepak dada […]
Korea Selatan Berpesta Gol Ke Atas Uzbekistan

Skuad wanita Korea Selatan Bawah 20 Tahun (B-20) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Asia Wanita B-20 2024 hari ini. Ini selepas mereka membelasah wakil Asia Tengah, Uzbekistan 13-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A yang berlangsung pada hari ini. Hong Chae-bin membuka tirai pesta gol Korea Selatan dengan gol pertama pada minit kelapan. Dua minit […]
Al-Ittihad Singkirkan Karim Benzema

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menyingkirkan penyerang sensasi, Karim Benzema dalam skuad utama bagi aksi pusingan 16 akhir saingan AFC Champion League (ACL). Memetik laporan BeinSport, penyingkiran ini adalah keputusan daripada ketua jurulatih, Marcelo Gallardo. Karim Benzema tidak tersenarai dalam kuota lima pemain bukan Asia untuk dibawa ke dalam skuad bagi aksi di laman pasukan […]
AFC Asian Cup: Qatar Berhempas Pulas Sebelum Singkirkan Uzbekistan

Juara bertahan, Qatar menepati ramalan mara ke separuh akhir Piala Asia 2023 selepas berjaya menumbangkan Uzbekistan dalam aksi suku akhir sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Qatar dilihat sedikit berkelebihan apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri. Perlawanan dmimulakan dengan Qatar mula menguasai bola dengan variasi hantaran yang tepat dan memaksa Uzbekistan […]
Skuad Muda Indonesia Tunduk Bermaruah Kepada Uzbekistan

Skuad muda Indonesia mempamerkan aksi mengagumkan sebelum tewas kepada Uzbekistan dengan keputusan 3-2. Aksi yang berlangsung di Stadium Madyan itu menyaksikan dua gol yang dijaringkan oleh Sang Garuda tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat pasukan. Dua gol Indonesia yang dicetak oleh Muhammad Kafiatur menit ke-32 dan Arlyansyah Abdulmanan menit ke-74 bagaimanapun dinafikan oleh lawan yang […]
AFC Asian Cup: Uzbekistan Tunjukkan Thailand Jalan Pulang

Uzbekistan gah menewaskan cabaran Thailand di Stadium Al Janoub sekali gus menunjukkan jalan pulang buat skuad Gajah Perang. Pasukan yang digelar Serigala Putih turun tanpa khidmat penyerang utama, Igor Sergeev yang mengalami kecederaan manakala Thailand menurunkan skuad terbaik mereka ditambah dengan kepulangan kapten pasukan, Theerathon Bunmathan daripada penggantungan. Uzbekistan bermula garang apabila cuba melancarkan serangan […]