Perlawanan Qatar & Uzbekistan Penuh Kontroversi

Aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Qatar dan Uzbekistan dilihat panas dan penuh dengan kontroversi. Qatar meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas The White Wolves dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad, Al-Rayyan. Almoez Ali meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi dua gol pada separuh masa pertama. Uzbekistan kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi dua […]

Umarbek Eshmurodov Mahu Bawa Uzbekistan Ke Piala Dunia

Bek tengah Selangor FC, Umarbek Eshmurodov berhasrat membawa Uzbekistan layak ke Piala Dunia 2026. Selepas meraih kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 31 Ogos 1991, negara itu belum pernah layak ke Piala Dunia. The White Wolves hampir layak ke pusingan playoff antara benua untuk Piala Dunia 2014 tetapi tewas kepada Jordan menerusi sepakan penalti. Kini, pasukan […]

Kelayakan Piala Asia B-20: Uzbekistan ‘Titik’ Kemboja

Perlawanan kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-20 menyaksikan hasrat wakil Asia Tenggara, Kemboja melakar kemenangan kedua diranapkan oleh Uzbekistan. Selaku juara bertahan edisi lalu, Uzbekistan memulakan aksi kelayakan kumpulan B bertemu Kemboja yang membelasah Nepal 4-1 dalam perlawanan pertama Sabtu lalu. Barisan pemain Uzbekistan diketuai Mukhammadali Urinboev manakala Em Chhumsideth mengemudi benteng pertahanan Kemboja sambil […]

Skuad Muda Uzbekistan Tamatkan Perjuangan Hebat Malaysia

Malaysia mempamerkan keberanian luar biasa namun tunduk kepada skuad muda Uzbekistan. Perlawanan CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, China ini menyaksikan skuad muda negara berdepan lawan bukan calang-calang. Aksi babak pertama berlangsung baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk memcaei gol pembukaan. Aksi 45 minit pertama berkesudahan dengan keputusan 0-0 buat […]

Malaysia Bakal Uji Pasukan Muda Uzbekistan?

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) bakal mengharungi kejohanan antarabangsa pada September ini. ASEAN Football melaporkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) bakal menganjurkan CFA Team International Friendly Tournament dari 2 hingga 10 September di Changsha, China. Kejohanan ini bakal menampilkan empat pasukan B-22 iaitu tuan rumah China, Malaysia, Vietnam dan Uzbekistan. Kejohanan ini bukan saja […]

Kuvondik Ruziev Ucap Selamat Tinggal Kepada Sri Pahang

Tonggak tengah Sri Pahang FC dari Uzbekistan, Kuvondik Ruziev sah tidak lagi bersama pasukan dari Pantai Timur itu. Pengumuman ini dibuat pengurusan skuad Tok Gajah di platform rasmi mereka pada 10 Julai lalu. Ruziev dijangka kembali ke Uzbekistan untuk menyertai kelab Neftchi Fergana. “Sri Pahang ingin mengumumkan pemain import dari Uzbekistan, Ruziev Kuvondik tidak lagi […]

Rekod Malaysia Berdepan Lawan Di Asia Tengah Perlu Segera Dipadam

Perlawanan Malaysia menentang Kyrgyzstan esok dilihat peluang terbaik untuk memadamkan rekod buruk skuad negara di Asia Tengah. Berdasarkan semakan yang dibuat akaun X, HarimauMYstats, skuad negara merekodkan tiga kekalahan di bumi Asia Tengah sejak tahun 1999. Tiga perlawanan tersebut membabitkan dua negara kuasa Asia Tengah, Uzbekistan dan Tajikistan. Dua daripadanya merupakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan […]

AFC U-23 Asian Cup: Takhta Asia Milik Jepun, Kecewakan Uzbekistan

Perlawanan akhir AFC U-23 Asian Cup yang epik dan penuh debar menyaksikan Jepun berjaya menjulang kejuaraan setelah menumbangkan Uzbekistan pada Jumaat. Jepun yang dibimbing oleh Go Oiwa menampilkan barisan terkuat bagi aksi final kali ini dengan dua tonggak utama yang membantu pasukan menewaskan Iraq sebelum ini iaitu Mao Hosoya dan Joel Chima Fujita dikekalkan dalam […]

Izwan Mahbud & Tonggak Uzbekistan Dalam Radar Akhir Sri Pahang

Selepas kehilangan khidmat Izham Tarmizi Roslan, Sri Pahang FC kini mengintai khidmat dua penjaga gol untuk memperkukuh bahagian tersebut. Salah satu nama dalam radar pengurusan Tok Gajah ialah penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semalam. Selain penjaga gol Singapura berusia 33 tahun itu, pengurusan […]

AFC U-23 Asian Cup Final: Jepun vs Uzbekistan (Live Streaming)

Aksi final AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Jepun dan Uzbekistan mencuri tumpuan peminat bola sepak di Asia ketika ini. Uzbekistan merupakan finalis pada tahun 2022 selepas menundukkan Jepun pada aksi separuh akhir namun tewas di tangan Arab Saudi pada edisi tersebut. Jepun juga merupakan sebuah pasukan yang hebat apabila muncul juara edisi 2016. Menurut […]

Uzbekistan Simpan Taring Sebenar Ketika Tewaskan Indonesia

Jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze berpendapat kemenangan ke atas Indonesia di saingan separuh akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun Qatar bukanlah prestasi sebenar barisan pemainnya. Pengendali berusia 42 tahun itu percaya anak buahnya mampu melakukan lebih baik lagi namun akur dengan tekanan yang diterima sepanjang perlawanan berlangsung. “Memang benar kami mendominasi permainan ini, pemain saya lebih […]

Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Indonesia vs Uzbekistan (Live Streming)

Aksi AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Indonesia dan juga Uzbekistan mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa itu menyaksikan pasukan kendalian Shin Tae-yong dalam momentum terbaik untuk melangkah ke final. Sang Garuda melakukan kejutan besar apabila menewaskan jaguh Asia, Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti. Uzbekistan mara ke separuh akhir sebagai […]

Indonesia Tempang Tanpa Rafael Struick

Skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23) terpaksa mengharungi aksi separuh akhir Piala Asia B-23 2024 tanpa khidmat peledak utama, Rafael Struick. Struick tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang Uzbekistan kerana perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Keadaan ini berlaku selepas beliau memiliki dua kad kuning sepanjang kejohanan. Struick sebelum ini mengutip kad kuning semasa menentang Jordan […]

AFC U-23 Asian Cup: Kad Merah Hiasi Kemenangan Uzbekistan Malukan Arab Saudi

Aksi saingan suku akhir Piala Asia bawah 23 tahun malam ini menyaksikan pertembungan di antara Uzbekistan dan Arab Saudi berakhir dengan keputusan 2-0. Selaku juara kumpulan D, Uzbekistan berada dalam momentum terbaik cipta kemenangan. Skuad kendalian Saad Al-Shehri semakin berbisa selepas mencatatkan 10 jaringan bagi aksi peringkat kumpulan C. Seawal 6 minit permainan, peledak berbisa […]

AFC U-23 Asian Cup: Uzbekistan Cemerlang Tewaskan Vietnam

Uzbekistan muncul juara Kumpulan D apabila mudah mengenepikan cabaran wakil Asia Tenggara, Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan hari ini. Selepas berjaya layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024, perlawanan hari ini bakal menentukan siapa juara dan naib juara Kumpulan D. Pasukan yang bergelar juara kumpulan berdepan cabaran getir di peringkat suku akhir iaitu naib […]

Harith Haiqal: Kami Sedar Tak Cukup Bagus

Kapten Harimau Malaya, Harith Haiqal memohon maaf atas aksi hambar skuad Malaysia bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar. Bek tengah negara itu mengakui beliau dan rakan-rakannya telah memberikan yang terbaik dalam aksi menentang Vietnam tempoh hari. Namun kekalahan anak buah Juan Garrido Torres kepada Vietnam menyaksikan Malaysia tersingkir awal dalam kejohanan […]