Media Korea Kongsi Resipi Kejayaan Sedekad TMJ Bina Empayar JDT

Beberapa buah laman di Korea telah melirikkan kejayaan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini membina reputasi hebat di pentas bola sepak Asia. Usaha sedekad yang dibangunkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ akhirnya mula membuahkan hasil terutamanya apabila skuad Harimau Selatan mula dipandang tinggi di Asia. Kejayaan membenam juara Korea Selatan, Ulsan Hyundai […]

ACL: Ulsan Hyundai ‘Sekolahkan’ BG Pathum

Hasrat BG Pathum United untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam ACL tidak kesampaian apabila tunduk kepada Ulsan Hyundai dalam aksi kelima Kumpulan I. The Rabbits yang sudah tersingkir kini menggunakan dua baki perlawanan Kumpulan I sebagai aksi menebus maruah bermula dengan Ulsan hari ini. Sementara The Tigers pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memperkukuh cengkaman […]

Persiapan Ulsan Hyundai Terjejas Saat Akhir

Juara bertahan K League 1, Ulsan Hyundai tidak berasa selesa pada kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan BG Pathum United. Pasukan bimbingan Hong Myung-bo kini dalam konflik prestasi susulan beberapa keputusan kurang konsisten dalam 6 aksi terakhir. Jaguh Korea itu juga tewas dalam pertemuan terakhir menentang wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-1. […]

Jurgen Klinsmann: JDT Sangat Menakjubkan

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui kagum dengan persembahan yang ditunjukkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam saingan ACL baru-baru ini. Perkara ini didedahkan bekas jurulatih Bayern Munich itu semasa menjadi tetamu podcast bahagian sukan The Straits Times, Sports Talk. Klinsmann bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menonton perlawanan keempat Kumpulan I antara […]

Tiga Gergasi Asia Tumbang Di Tangan Kelab ASEAN

Dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 minggu ini, terdapat tiga pasukan gergasi dari Asia yang tewas kepada pasukan dari ASEAN. Tiga pasukan tersebut ialah Ulsan Hyundai, Jeonbuk Hyundai dan Melbourne City. Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai merupakan wakil dari Korea Selatan manakala Melbourne City pula ialah pasukan dari Australia. Juara Liga Korea musim ini, […]

Warga Korea Kongsi Pengalaman Terindah Di Stadium Sultan Ibrahim

Warga Korea menzahirkan rasa kagum terhadap keindahan stadium pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim. Perlawanan berprestij di Asia itu menyaksikan wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu merekodkan kemenangan berharga berdepan juara K League, Ulsan Hyundai. Sebilangan penonton Korea hadir memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka di gelanggang lawan. […]

Akhyar Rashid Cerita Detik Genting Berdepan Penjaga Gol Dunia Korea Selatan

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Rashid teruja dan gembira dapat membantu pasukannya meraih tiga mata penting dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai. Akhyar mencatat nama sebagai penjaring selepas menjaringkan gol kemenangan buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-87 permainan. “Pertama sekali saya bersyukur, alhamdulillah dapat bantu pasukan. Ini yang […]

“Ini Cara JDT Bermain” – Tano Solari

Ketua jurulatih JDT, Tano Solari memuji aksi anak buahnya yang berjaya menewaskan cabaran Ulsan Hyundai untuk terus bersaing dalam kancah ACL. Solari mengakui kekalahan 1-3 digelanggang Korea Selatan tempoh hari mendorong pasukan JDT untuk tampil lebih baik dalam perlawanan ini. “Sejujurnya bila kita menentang pasukan dari Korea Selatan, kita tahu kita boleh menghasilkan permainan yang […]

Prestasi Memukau JDT Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas Australia

Persembahan berkelas tinggi yang diperagakan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) telah memastikan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia kembali ke landasan terbaik. Pasukan kendalian Tano Solari memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas juara Korea, Ulsan Hyundai. Skuad Harimau Selatan juga ketika ini sudah […]

Syihan Hazmi Pamer Aksi Kelas Tinggi, Kukuhkan Status Penjaga Gol Moden Malaysia

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi cemerlang mempamerkan persembahan memukau ketika aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai pada semalam. Menggalas tugas untuk mengawal benteng terakhir pasukan, penjaga gol berusia 27 tahun ini begitu tangkas menghalang percubaan-percubaan yang direncanakan pihak lawan. Berdasarkan statistik dalam perlawanan antara JDT dan Ulsan semalam, Syihan […]

JDT Pamer Statistik Luar Biasa Berdepan Jaguh Korea

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan reputasi selaku kuasa besar di Asia apabila statistik membuktikan pasukan mampu menyaingi kekuatan jaguh Korea, Ulsan Hyundai. Perlawanan dramatik yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan skuad bimbingan Tano Solari mencatatkan kemenangan penting 2-0 berdepan Ulsan Hyundai. Kemenangan itu melonjakkan moral […]

Impak Segera Akhyar Rashid Bukti Kualiti Pemain Tempatan JDT Di Asia

Kemasukan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid membuktikan kesediaan pemain tempatan untuk menggalas tugas di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu dimasukkan bagi menggantikan Oscar Arribas berjaya memberi impak segera kepada skuad Harimau Selatan. Beliau membentuk gandingan yang cukup berbisa bersama Arif Aiman Hanapi dan jelas […]

ACL: JDT Aibkan Gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai

Pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) berakhir dengan kemenangan bergaya dicatat skuad Harimau Selatan. JDT bermula garang melancarkan serangan seawal minit kesepuluh permainan menerusi Fernando Forestieri. Sayangnya percubaan kencang Forestieri tersebut terkena tiang. Tidak lama selepas itu, peluang terhidang hadir buat penjaring terbanyak JDT iaitu Bergson da […]

Siaran Langsung ACL: JDT vs Ulsan Hyundai, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi keempat Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang jagub Korea, Ulsan Hyundai menjadi tumpuan pada malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan kedua-dua pasukan berada dalam momentum terbaik untuk melakar kemenangan. Skuad kendalian Tano Solari baru sahaja layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2023 selepas membenam […]

Jürgen Klinsmann Di Johor, Intip Malaysia Secara Dekat?

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann dilaporkan kini berada di bumi Johor untuk melihat persembahan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara dekat. Perlawanan ke-4 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari akan menghadapi tentangan Ulsan Hyundai yang juga merupakan jaguh Korea Selatan. Pertembungan ini bagaimanapun dikuatkan dengan kelibat pengendali kelahiran Jerman […]

Ulsan Hyundai Tempang Berdepan JDT

Juara K-League 1, Ulsan Hyundai dijangka berdepan masalah apabila turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi keempat Kumpulan I hari ini. Ini kerana peledak utama mereka dari Sweden, Gustav Ludwigson dilaporkan mengalami kecederaan dan tidak cergas untuk perlawanan hari ini. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau […]