ACLE: JDT ‘Hadiahkan’ Kekalahan Ke-4 Buat Ulsan HD

Aksi saingan Liga Juara-Juara Elite (ACLE) malam ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim. Skuad kendalian Hector Bidoglio turun dengan misi memburu kemenangan kedua ditambah dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.  Sementara anak buah Kim Pan-gon terdesak mencari kemenangan pertama dalam saingan ACLE musim ini selepas tewas tiga […]

Alasan Kim Pan-gon Dimalukan Kelab Jepun Kali Ke-3

Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon tampil mempertahankan dirinya selepas anak buahnya tunduk kali ke-3 berdepan kelab Jepun. Wakil Korea Selatan itu kini menghuni tangga tercorot kumpulan selepas tewas tiga aksi pembukaan dan menerima kritikan daripada penyokong. Skuad kendaliannya akur apabila dimalukan di laman sendiri berdepan Vissel Kobe dengan keputusan 2-0 untuk menghuni tangga tercorot kumpulan. […]

Ulsan Hyundai Tamatkan Kontrak Penyerang Sasa Hungary, Martin Adam

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan HD memutuskan untuk menamatkan khidmat penyerang Hungary, Martin Adam. Korea Football News melaporkan Ulsan berbuat demikian selepas mendapatkan pengganti, Yago Cariello dari Gangwon FC. Dengan keputusan ini, Ulsan akan menggunakan khidmat Matheus Sales, Darijan Bojanic, Ataru Esaka, Gustav Ludwigson, Kelvin dan Cariello sebagai tonggak import. Nama Adam bukanlah asing […]

ACL: Penalti Bantu 10 Pemain Yokohama F. Marinos Singkirkan Ulsan Hyundai

Ulsan Hyundai harus menelan kenyataan pahit apabila disingkirkan 10 pemain Yokohama F. Marinos menerusi penentuan sepakan penalti. Yokohama F. Marinos turun dengan kesebelasan terbaik bagi memadam defisit kekalahan 1-0 kepada Ulsan sebelum ini dengan menagih bisa penyerang Anderson Lopes. Ulsan Hyundai pula mengekalkan hampir muka-muka sama dengan perlawanan pertama separuh akhir seperti Joo Min-Kyu, Gustav […]

Ulsan HD Layak Ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan HD mengesahkan kelayakan ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025. Kelayakan ini berjaya dicapai selepas wakil Korea Selatan itu mengalahkan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/24. Gol kemenangan The Tigers disumbang oleh pemain tengah menyerang, Lee Dong-gyeong pada minit ke-19. […]

ACL: Ulsan HD Atasi Tentangan Hebat Yokohama F. Marinos

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan Hyundai meraih kelebihan awal untuk aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila menewaskan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos. Marinos yang dibimbing legenda Leeds United, Harry Kewell berharap dapat mengekalkan rekod empat perlawanan tanpa kalah yang dilakar sejak 3 April lalu. Sementara Ulsan yang dibimbing Hong Myung-bo pula […]

ACL: Ulsan HD Ke Separuh Akhir, Singkirkan Jeonbuk Hyundai Motors

Aksi suku akhir saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini melibatkan pertembungan antara dua wakil dari Korea Selatan, Ulsan HD dan Jeonbuk Motors Ulsan mara je pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan Jeonbuk dengan agregat 2-1. Skuad kendalian Hong Myung-bo mendahului babak pertama perlawanan dengan keputusan 1-0. Juara bertahan K-League itu sempat meledak satu gol sebelum […]

ACL: Ulsan Hyundai Buat Kelab Picisan Jepun, Ventforet Kofu Merana

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan Hyundai meraih kelebihan besar untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024. Ini selepas pasukan itu mengatasi cabaran kelab kerdil Jepun, Ventforet Kofu dalam aksi pertama pusingan di Stadium Bola Sepak Munsu hari ini. Ulsan melihat kemenangan hari ini dapat mencerahkan peluang mereka layak ke […]

Jurulatih Ulsan Hyundai Disebut Hebat Ganti Jurgen Klinsmann

Kedudukan Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih Korea Selatan kini dalam bahaya selepas aksi hambar di Piala Asia yang lalu. Ini selepas ura-ura Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) bakal memecat Klinsmann bagi memastikan persiapan negara itu berjalan lancar pada kempen Kelayakan Piala Dunia pada Mac depan. Menerusi ciapan daripada Korea Football News, beberapa nama telah dikaitkan […]

Kawasaki Frontale & Ulsan Hyundai Tempuhi Laluan Berbeza

Selepas berjaya melepasi cabaran Kumpulan I, dua wakil Asia Timur, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai menempuh laluan berbeza untuk pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL). Ini selepas cabutan undi pusingan 16 terbaik ACL dibuat hari ini untuk pasukan dari belah Timur dan Barat. Frontale yang juga juara Emperor’s Cup musim 2023 bakal berdepan cabaran […]

Wajah Baru Ulsan Hyundai Bakal Gegar Asia

Ulsan Hyundai bakal berwajah baru apabila mengharungi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan K-League 1 pada tahun 2024. Hari ini, The Tigers memperkenalkan logo dan nama baru kelab baru. Nama Ulsan Hyundai kini dikenali sebagai Ulsan HD. Pengurusan kelab menyifatkan masa ini sebagai masa sesuai untuk memperkenalkan logo dan nama Ulsan HD […]

ACL: Ulsan Hyundai Sahkan Kemaraan, Ikat Kawasaki Frontale

Aksi terakhir kumpulan I membabitkan Ulsan Hyundai Kawasaki Frontale menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri untuk layak ke pusingan seterusnya sebagai juara dan naib juara kumpulan. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dan rancak dengan aksi berbalas serangan sejak minit pertama permainan. Kawasaki membuka tirai menerusi pemain berjersi nombor 17, Daiya Tono yang menyudahkan bola muntah seleps […]

Kemenangan Jurulatih Ulsan Hyundai Buat Netizen Korea Selatan Berang

Kemenangan yang diraih oleh ketua jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo sebagai jurulatih terbaik di Liga Korea mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir netizen Korea Selatan. Jurulatih berpengalaman itu berjaya membantu Ulsan Hyundai untuk mengekalkan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut namun kemenangannya seolah-olah sukar diterima oleh penyokong. Hal ini susulan terdapat beberapa nama lain yang […]

Pertahanan Ulsan Hyundai Dijulang Sebagai MVP Liga Korea

Pemain pertahanan Ulsan Hyundai, Kim Young-gwon mencipta sensasi tersendiri di usia 33 tahun apabila dijulang sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga K1 Korea Selatan musim 2023. Young-gwon mengumpul 55 undian daripada 115 undian keseluruhan daripada media, enam undian daripada 12 undian daripada ketua jurulatih dan empat undian daripada 12 undian daripada kapten kelab dalam Liga […]

5 Pemain Ulsan Hyundai Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Korea

Sebagai mengiktiraf kehebatan mereka menggondol gelaran juara K-League 1, lima pemain Ulsan Hyundai dipilih dalam kesebelasan terbaik liga itu. Pengumuman nama mereka seperti yang dilaporkan agensi berita Yonhap merupakan sebahagian daripada Anugerah K-League 2023 yang diadakan pada hari ini. Lima pemain yang dimaksudkan ialah Jo Hyeon-woo (penjaga gol), duo bek tengah Kim Young-gwon dan Seol […]

Gwangju Bakal Ke ACLE Musim Depan

Selepas juara K-League 1, Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers, satu lagi wakil Korea iaitu Gwangju FC mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim depan. Kejayaan itu dicapai selepas mereka menamatkan kumpulan kejuaraan K-League 1 di tempat ketiga menerusi keputusan seri tanpa jaringan dengan Pohang hari ini. Gwangju tahu mereka perlu seri jika mahu […]