Penyerang Tempatan, Supachai Chaided Rangkul Kasut Emas Liga Thailand

Penyerang berbisa Thailand, Supachai Chaided muncul penjaring terbanyak Thai League 1 untuk musim 2023/24. Supachai meraih anugerah Kasut Emas selepas merekodkan 21 gol dalam liga. Beliau mengatasi cabaran penyerang Bangkok United, Willen Mota yang menyumbat 20 gol musim ini. Ini kali kedua berturut-turut penyerang berusia 25 tahun itu meraih gelaran Kasut Emas Thai League 1. […]
AFC MA Ranking: Thailand & Malaysia Kemudi Tangga Teratas Asia Tenggara

AFC MA Ranking: Thailand dan Malaysia mengungguli carta kedudukan teratas negara Asia Tenggara pada kemas kini terbaru oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Malaysia memiliki tiga wakil yang beraksi di pentas bola sepak Asia pada kempen 2023/24 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC. […]
Thailand Hadapi Brazil & Croatia Di Piala Dunia Futsal

Jaguh futsal Asia Tenggara, Thailand bakal berdepan cabaran getir apabila diundi bersama Brazil dan Croatia dalam saingan Piala Dunia Futsal 2024. Thailand melayakkan diri ke kejohanan berprestij dunia itu setelah muncul naib juara Piala Asia Futsal apabila tunduk 1-4 kepada Iran dalam aksi final yang diadakan pada April lalu di Bangkok Arena. Pada sesi undian […]
Thailand Muncul Juara Piala Dunia Sepak Takraw, Sekat Hajat Malaysia

Thailand muncul juara acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menewaskan Malaysia di pentas final hari ini. Selepas berjaya meraih gelaran juara acara double dan regu, Malaysia kini memburu gelaran juara acara berpasukan bagi melengkapkan dominasi mereka. Sementara Thailand melihat final ini sebagai peluang untuk membalas dendam selepas tewas dalam final acara double dan […]
Final Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Kemuncak saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sudah pun tiba dengan aksi final bagi acara berpasukan menyaksikan pertembungan epik di antara Malaysia menentang jaguh dunia, Thailand pada Ahad. Selepas kejayaan menggondol dua gelaran juara dalam acara beregu dan regu Rabu lalu, Malaysia meneruskan misi meraih satu lagi gelaran juara bagi acara berpasukan pada hari ini. […]
Pembantu Tan Cheng Hoe Di Police Tero Letak Jawatan

Bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe kehilangan khidmat penolong jurulatihnya di Police Tero, Sinthaweechai Hathairattanakool. Ini selepas Sinthaweechai memutuskan untuk meninggalkan kelab itu meskipun Thai League 1 masih berbaki satu perlawanan. Keputusan penolong jurulatih berusia 42 tahun itu diumumkan Police Tero menerusi satu kenyataan di platform media sosial mereka semalam. Selain menggalas peranan sebagai […]
Mano Polking Sah Bimbing Kelab Vietnam

Nama bekas jurulatih Thailand, Mano Polking kembali menjadi sebutan apabila beliau sah membimbing kelab V. League 1, Cong An Ha Noi (CAHN) FC. CAHN terpaksa mencari jurulatih baru selepas legenda Thailand, Kiatisuk Senamuang mengumumkan keputusan untuk meninggalkan pasukan itu secara mengejut baru-baru ini. Kiatisuk berbuat demikian atas alasan ingin kembali ke Thailand selepas beberapa tahun […]
Brendan Gan Mahu Malaysia Jadi ‘Raja Asia Tenggara’

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan mahu pasukan Malaysia menjadi pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara. Brendan Gan berpendapat kejohanan ASEAN Championship memberikan banyak kebaikan untuk pasukan negara dan tidak memandang rendah kualiti kejohanan tersebut. ASEAN Championship atau dulunya dikenali sebagai Piala AFF bakal menampilkan 10 pasukan dan dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga […]
Media ASEAN Terkejut Malaysia Buat Thailand Malu Besar

Kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia menewaskan Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw menjadi buah mulut media ASEAN. Pada Rabu, kem negara mencatat sejarah tersendiri dengan menggondol dua gelaran juara dunia bagi acara double dan regu dalam saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin menceriakan penyokong di Stadium Titiwangsa dengan menewaskan Thailand […]
Malaysia Muncul Juara, Leburkan Dominasi Thailand

Regu Malaysia meneruskan kecemerlangan regu acara double dengan menewaskan Thailand di pentas final Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara regu. Thailand dilihat pasukan pilihan kerana bergelar juara acara tersebut dalam tiga edisi terakhir Piala Dunia Sepak Takraw termasuk edisi 2022. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing menewaskan Myanmar dan Filipina di peringkat separuh akhir. […]
Mahali Jasuli Saran Malaysia Guna Pemain Muda Di Piala AFF

Bekas pemenang Piala AFF edisi 2010, Mahali Jasuli menyarankan agar skuad Malaysia dibarisi pemain-pemain muda bagi kejohanan Piala AFF 2024 yang dijadualkan pada hujung tahun ini. Ini susulan pertembungan jadual antara kejohanan Piala AFF yang kini dikenali sebagai ASEAN Championship dengan jadual Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan juga Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). Pemain-pemain daripada […]
Malaysia Muncul Juara Dunia, Tewaskan Musuh Tradisi Thailand

Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara double buat kali pertama dengan mengatasi cabaran Thailand. Kedua-dua pasukan berjaya mara ke final selepas mengatasi lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Malaysia terpaksa bekerja keras mengenepikan cabaran Myanmar dengan Thailand pula menundukkan Indonesia. Cabaran Malaysia sekali lagi digalas oleh Aidil Aiman Zawawi […]
Indonesia Ajak Thailand Berentap

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Sumardji mendedahkan Indonesia cuba mengatur aksi pemanas badan menentang Thailand. Perkara ini didedahkan beliau apabila ditemubual portal sukan Indonesia, Bolasport hari ini. Sebelum turun untuk dua baki aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan, Tim Garuda inginkan satu aksi pemanas badan bagi membantu persiapan mereka. Pada […]
Kiatisuk Senamuang Bakal Bimbing Skuad Muda Thailand?

Bekas jurulatih Cong An Ha Noi (CAHN), Kiatisuk Senamuang berpotensi membimbing pasukan Thailand Bawah 23 Tahun (B-23). Nama legenda Thailand itu menjadi sebutan peminat bola sepak Asia Tenggara apabila mengumumkan perletakan jawatan mengejut sebagai jurulatih pasukan itu semalam. Meskipun telah membimbing CAHN selama empat bulan, Kiatisuk merasakan sudah tiba masanya untuk beliau pulang ke tanah […]
Gaduh Besar 3 Tahun Lalu, Dua Pemain Thailand Kini Satu Pasukan

Nama pemain Thailand, Aitsaret Noichaiboon kembali mencuri tumpuan peminat bola sepak Thailand hari ini. Ini selepas wartawan sukan Thailand, Ta Lao berkongsikan satu ciapan daripada Goal Thailand yang memaparkan gambar Aitsaret bersama seorang pemain lain, Supasan Ruangsuphanimit. “Siapa boleh bayangkan mereka bermain untuk pasukan sama dua tahun kemudian,” katanya di X. Nama kedua-duanya pernah menjadi […]
China Guna Muslihat Terancang Lemahkan Thailand

Pasukan kebangsaan China cuba menggunakan muslihat kotor untuk melemahkan skuad Thailand bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan China bakal berdepan skuad Gajah Perang bagi yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2024. Keadaan bagaimanapun tidak memihak kepada pasukan kendalian Matasada Ishii apabila pasukannya cuba dilemahkan oleh China secara […]