Ikhsan Fandi Jadi Hero Orang China

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi kini muncul hero buat China layak ke pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Masatada Ishii memerlukan kemenangan besar ke atas Singapura untuk menghidupkan peluang ke pusingan ketiga. Skuad Gajah Perang tidak mahu bolos untuk memastikan kelebihan perbezaan jaringan dapat membantu pasukan untuk layak. Situasi itu bagaimanapun tidak menjadi […]

Theerathon Bunmathan: Ini Mungkin Kelayakan Piala Dunia Terakhir Saya

Kapten Thailand, Theerathon Bunmathan mengakui perlawanan menentang Singapura semalam berpotensi sebagai kempen kelayakan Piala Dunia terakhirnya. Thailand terlepas peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas The Lions dalam aksi terakhir Kumpulan C. Ini kerana China memiliki rekod pertemuan lebih baik daripada skuad Gajah Perang di peringkat kumpulan. Ini selepas kedua-dua […]

Thailand Cemas Sebelum Tewaskan Singapura

Perlawanan akhir peringkat kumpulan C saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menyaksikan Thailand membenam Singapura di laman sendiri.   Skuad kendalian Matada Ishii ini membuat dua pertukaran berbanding perlawanan sebelum ini dengan membawa Chanatip Songkrasin dan Elias Dollah dalam kesebelasan utama pasukan. Singapura pula dibarisi oleh penyerang berbisa, Ikhsan Fandi dan beberapa pemain berpengalaman […]

Malaysia & Thailand Dihimpit Ujian Sama Saat Akhir

Perjuangan dua pasukan Asia Tenggara, Malaysia dan Thailand dihimpit dengan ujian yang sama saat akhir di Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi aksi terakhir menentang Chinese Taipei sementara Thailand melayan kunjungan Singapura. Persiapan kedua-dua pasukan berlangsung lebih kurang sama dengan beberapa tonggak terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Harimau Malaya merekodkan keputusan seri […]

Penyerang Tottenham Hotspur Bakal Hadiri Aksi Thailand & Singapura

Penyokong Thailand berpeluang melihat kelibat penyerang Tottenham Hotspur, Jude Soonsup-Bell di Stadium Rajamangala pada malam ini. Ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madame Pang memaklumkan penyerang itu bakal menonton perlawanan terakhir Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia antara Thailand dengan Singapura. Sebelum ini, beliau berkesempatan mengadakan pertemuan dengan penyerang berusia 20 […]

Padang Baru Stadium Rajamangala Menanti Thailand & Singapura

Thailand dan Singapura berpeluang memperagakan aksi bola sepak berkualiti menjelang aksi terakhir Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 esok. Ini kerana padang rumput baru telah dipasang di stadium keramat pasukan yang diberi jolokan Gajah Perang itu, Stadium Rajamangala. Menurut kontraktor yang bertanggungjawab menyelia proses pemasangan padang, Punta Turf Care, kini yang tinggal ialah kerja-kerja merapikan […]

Penyerang Berbisa Buriram United Disambar Seteru Hebat Asia Tenggara

Penyerang berbisa Buriram United, Lonsana Doumbouya membuat kejutan dengan menyertai seteru kelab itu, Port FC . Perpindahan penyerang berusia 33 tahun itu diumumkan pengurusan Port Lions di platform media sosial mereka semalam. Doumbouya menyertai Port sebagai ejen bebas selepas kontraknya tidak disambung oleh pengurusan kelab juara Thai League 1 2023/24 itu. “Port FC mengumumkan pengesahan […]

Thailand Rekrut Jurulatih Bertaraf Dunia

Staf kejurulatihan Thailand diketuai Masatada Ishii mendapat sokongan tambahan menerusi perlantikan jurulatih kecergasan bertaraf dunia dari Jepun, Masaya Sakihana. Perlantikan ini diumumkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi platform media sosial pasukan kebangsaan Thailand, Changsuek semalam. Sakihana memiliki pengalaman sebagai jurulatih kecergasan untuk beberapa pasukan seperti Jerman, Amerika Syarikat, Vissel Kobe dan Kashima Antlers. “Selamat […]

Skuad Muda Thailand Terima Sentuhan Jurulatih Brazil

Pengendali Buriram United, Emerson Pereira diumumkan sebagai pengendali skuad Thailand Bawah 20 Tahun (B-20). ASEAN Football melaporkan Pereira dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya dari Jepun iaitu Yuki Richard Stalph. Menurut wartawan sukan Thailand, Ta Lao, sejak pasukan Thailand B-20 dipadankan dengan Buriram United untuk pengurusan pasukan, pasukan itu telah melalui perlantikan empat jurulatih. Selain Pereira […]

Thailand Hampir Malukan China

Aksi kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menyaksikan pertembungan diantara China dan Thailand yang berkesudahan seri di Stadium Shenyang Sport Centre.  Skuad kendalian Masatada Ishii turun dengan formasi 4-4-3 dan China dengan formasi 4-3-1-2. Thailand terlebih dahulu membuka jaringan pertama pada minit ke-20 permainan menerusi Supachok Sarachart yang menanduk deras ke arah gawang gol selepas menerima […]

Tan Cheng Hoe Tidak Ditawar Kontrak Lanjutan Di Police Tero

Jodoh Tan Cheng Hoe bersama kelab Thai League 1, Police Tero dilaporkan sudah berakhir. Sejak menerima tawaran The Silver Shield Dragon pada akhir Februari lalu, magis Cheng Hoe diharap dapat membantu pasukan itu keluar dari zon penyingkiran liga. Malangnya, itu tidak berlaku dengan Police Tero, Trat dan Chonburi tersingkir ke saingan Thai League 2 musim […]

Masatada Ishii Sasar Thailand Raih 6 Mata Bertemu China & Singapura

Ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii mahu anak buahnya meraih 6 mata dalam baki dua perlawanan menentang China dan juga Singapura. Dua kemenangan tersebut penting untuk pasukan Thailand mengesahkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026. Thailand ketika ini menghuni tangga ke-3 kumpulan C dengan mengumpul mata 4 setelah meraih 1 kemenangan, 1 […]

Kontrak Tan Cheng Hoe Di Police Tero 3 Bulan Sahaja?

Jodoh pengendali Police Tero, Tan Cheng Hoe bersama pasukan itu dilaporkan lebih singkat daripada apa yang disangka. Cheng Hoe sebelum ini menyertai kelab Thai League 1 itu pada penghujung bulan Februari lalu. Ini selepas beliau memilih meninggalkan kelab sebelumnya, Selangor FC secara mengejut. Dalam tempoh 11 perlawanan mengendalikan The Silver Shield Dragon, beliau hanya meraih […]

Malaysia B-17 Dalam Kumpulan Maut

Skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) bakal berdepan cabaran sukar dalam Kejohanan AFF B-16 2024 yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Ini kerana Malaysia yang dibimbing Javier Jorda Ribera bakal berada dalam Kumpulan C bersama Australia dan Thailand. Turut sama berada dalam kumpulan itu ialah Timor Leste. Perkara ini dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia […]

Usaha Madame Pang Menjadi, Peledak Tottenham Hotspur Jadi Pemain Warisan Terbaru Thailand

Penyerang muda Tottenham Hotspur, Jude Soonsup-Bell bakal menjadi pemain warisan terbaru yang mewakili skuad kebangsaan Thailand. Perkara ini terjadi hasil usaha Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madame Pang. Madame Pang telah pergi ke London, England baru-baru ini dan mengadakan pertemuan dengan penyerang berusia 20 tahun itu. Pertemuan tersebut turut dikongsikan beliau […]

Thailand Terima Berita Gembira Sebelum Lawan China

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang China, Thailand mendapat perkhabaran gembira hari ini. SiamSport melaporkan China terpaksa melupakan khidmat pemain sayap Shandong Taishan, Li Yuanyi kerana perlu menjalani penggantungan perlawanan. Ini selepas Persatuan Bola Sepak China (CFA) menerima makluman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bahawa Yuanyi perlu menjalani penggantungan dua perlawanan. Ini bermakna […]