Berhadapan Malaysia & Thailand, Jurulatih Trinidad & Tobago Anggap Ini Peluang Terbaik Mereka Buktikan Sesuatu

Ketua jurulatih pasukan Trinidad & Tobago, Angus Eve melihat keputusan untuk menyertai kejohanan King’s Cup sebagai tindakan yang telah bagi persediaan pasukan pada masa hadapan. Pasukan yang berada pada kedudukan ke-101 dunia ini menjadi salah satu pasukan selain tuan rumah, Thailand, Malaysia dan juga Tajikistan bagi mengisi jadual perlawanan persahabatan kalendar FIFA September ini. Mengulas […]
Liridon Krasniqi Sertai Kelab Thailand, Khonkaen United

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi sah menyertai kelab Thai League 1, Khonkaen United secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2022/2023 ini. Bintang JDT ini difahamkan kontraknya telah tamat bersama kelab Liga India, Odisha FC. Untuk rekod, pemain berusia 30 tahun ini telah beraksi bersama Odisha sebanyak 16 perlawanan dan tidak mencatatkan […]
Chanathip Songkrasin Undur Diri Dari Skuad Piala AFF

Bintang Thailand, Chanathip Songkrasin telah mengesahkan bahawa beliau akan mengundur diri dari skuad Piala AFF bagi edisi 2022. Hal ini disebabkan masalah kecergasan yang dialaminya itu menyebabkan beliau terpaksa membuat keputusan untuk berehat seketika dari aksi antarabangsa bersama pasukan kebanggsaan Thailand. Menurut Asean Football, pemain berusia 28 tahun ini turut akan terlepas aksi King Cup […]
AFF U19: Vietnam Tewaskan Thailand Untuk Raih Tempat Ketiga

Perlawanan penentuan tempat ketiga Piala AFF Bawah 19 ini menemukan Thailand dan Vietnam. Perlawanan ini dimenangi oleh Vietnam selepas menewaskan Thailand 5-3 melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi sebentar tadi. Gol Thailand dijaringkan oleh Sittha Boonlha manakala gol Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Quoc Viet. Perlawanan […]
Vietnam & Thailand Dituduh Sengaja Kalah Dengan Malaysia & Laos

Kekalahan pasukan Vietnam dan Thailand pada aksi separuh akhir menentang Malaysia dan Laos menimbulkan beberapa tanggapan bahawa ianya sengaja dirancang oleh dua pasukan tersebut. Laos mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Thailand dengan jaringan 2-0 manakala Malaysia mudah belasah Vietnam 3-0. Dua keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada penyokong Indonesia dimana mereka menganggap tindakan tersrbut adalah […]
Liridon Mungkin Berkelana Ke Thailand

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dikhabarkan sedang dalam proses perbincangan dengan sebuah kelab Liga 1 Thailand selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama Odisha FC di Liga India musim lalu. Perkara tersebut disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan yang baru dimuatnaik sebentar tadi. Liridon masih merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan […]
Alexandre Polking Mendapat Talian Hayat Daripada FA Thailand

Jurulatih skuad bola sepak Thailand, Alexandre Polking telah dijanjikan peluang dan masa oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) untuk terus mengendalikan skuad yang digelar ‘Gajah Perang’ itu. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Polking selepas perbincangan dengan pihak persatuan pada Isnin lepas. Ini bermakna Polking berpeluang untuk membawa Thailand mempertahankan Piala AFF yang dimenangi awal tahun […]
Yoon Deok-yeo Bakal Ambil Alih Tempat Mano Polking?

Jurulatih berasal dari Korea Selatan semakin mendapat tempat dalam arena bola sepak Asia Tenggara. Malaysia juga turut terkena tempiasnya apabila melantik Kim Pan-gon untuk menjadi jurulatih skuad bola sepak senior negara. Selepas Malaysia, Vietnam dan Indonesia, kini Thailand dijangka akan melakukan perkara yang sama untuk menggunakan khidmat jurulatih dari Korea Selatan. Kredibiliti jurulatih Thailand, Mano […]
Masalah Cirit-birit Menghantui Thailand Menjelang Aksi Kelayakan Piala Asia

Dilaporkan seramai 13 pemain Thailand mengalami cirit-birit selepas hadir ke Namangan, Uzbekistan bagi melakukan persiapan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula hari ini. Situasi getir yang melanda pasukan Thailand itu telah disahkan oleh pemain pertahanan kiri mereka, Theerathorn Bunmathan dalam sidang media pra-perlawanan semalam. Pemain itu juga memberitahu media bahawa para pemain Thailand […]
Piala Asia B-23: Malaysia Ditunjukkan Jalan Keluar Selepas Mudah Dibenam Thailand

Perlawanan kedua Piala Asia Bawah 23 (B-23) ini menemukan pasukan Malaysia kendalian Brad Maloney bertemu dengan Thailand. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Thailand dengan keputusan 3-0 menewaskan Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bunyodkor, Tashkent, Uzbekistan. Gol-gol Thailand dijaringkan oleh Suphanat Mueanta (2 gol) dan satu lagi gol dijaringkan oleh pemain lincah […]
Worrawoot Srimaka Tahu Lubuk Kelemahan Malaysia

Ketua jurulatih skuad Thailand B-23, Worrawoot Srimaka sudah tahu lubuk bagaimana untuk menewaskan pasukan Malaysia bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan C malam ini. Memetik laporan Bangkok Post, Worrawoot akui sempat menganalisi perlawanan di antara Malaysia bertemu Korea Selatan tempoh hari dan ada ramuan baru untuk tewaskan Malaysia. “Selepas perlawanan kami menentang Vietnam, saya berpeluang menyaksikan […]
Mukhairi Enggan Pandang Remeh Kemampuan Thailand

Kapten pasukan Malaysia B-23, Mukhairi Ajmal mahu rakan sepasukan tidak memandang remeh terhadap kekuatan pasukan Thailand meskipun pernah menewaskan pasukan tersebut pada aksi Sukan Sea 2021 sebelum ini. Pemain berusia 20 tahun ini mengakui ini peluang terbaik untuk mendapatkan tiga mata berharga sekaligus meningkatkan semula moral pasukan untuk kembali bersaing kempen Piala Asia B-23 kali ini. […]
Brad Maloney Percaya Pemain Negara Sudah Bersedia Hadapi Thailand

Biarpun memulakan kempen Piala Asia Bawah 23 (B-23) dengan langkah kiri selepas tumbang 1-4 kepada juara bertahan, Korea Selatan Khamis lalu, pemain negara sudah ‘move on’ daripada kekalahan tersebut dan memberi fokus sepenuhnya kepada aksi kedua menentang Thailand pada Ahad. Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney akui sedar dengan kekuatan yang dimiliki pasukan Thailand dan […]
Mano Polking Dah Mula Risau Pertahanan Thailand Makin Rapuh

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Mano Polking sudah mula menyatakan kerisauannya apabila benteng pertahanan pasukannya semakin rapuh. Beliau sedang mempersiapkan pasukan menjelang dua perlawanan persahabatan sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia, Jun ini. Skuad Gajah Putih bakal berdepan dengan Turkmenistan dan juga Bahrain dalam usaha Polking mencari gandingan terbaik selepas kehilangan beberapa tonggak utama. Dalam satu […]
Sukan Sea: Thailand Mara Ke Final, Tewaskan Indonesia

Thailand berjaya menewaskan Indonesia 1-0 sekaligus mara ke perlawanan akhir Sukan Sea Vietnam 2021 di Stadium Thien Truong, Vietnam. Jaringan tunggal perlawanan oleh Weerathep Pomphan sudah cukup menghampakan anak buah Shin Tae-yong yang bekerja keras untuk memperoleh emas pertama dalam temasya Sukan Sea. Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan Indonesia mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk […]
Mano Polking Dedah Punca Sebenar Kekalahan Thailand Kepada Malaysia Di Sukan Sea

Pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) Thailand, Mano Polking ternyata kecewa dengan kekalahan yang menimpa pasukan kedaliannya kepada musuh ketat, Malaysia dalam aksi pertama Kumpulan B saingan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam, malam semalam. Polking menegaskan punca utama kekalahan kepada Malaysia semalam adalah kerana mereka terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas seorang Thailand, […]