Pemain Chonburi Dilaporkan Mabuk Semasa Memandu, Sebabkan Kematian & Kecederaan Orang Lain

Penjaga gol Chonburi FC, Worawut Sukhuna dilaporkan mabuk semasa memandu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam. Dalam kejadian tersebut, polis menjumpai satu mayat lelaki berusia lingkungan 62 tahun yang dikatakan sedang melakukan senaman telah patah kaki, patah kepala dan kecederaan serius di otak. Seorang lagi difahamkan mengalami kecederaan patah kaki. Seorang lagi pemain Chonburi, […]
Singapura Sertai Thailand Gunakan VAR, Malaysia Bakal Menyusul?

Liga Perdana Singapura (SPL) mengumumkan bakal menggunakan teknologi Pembantu Pengadil Video (VAR) pada saingan liga musim depan. Ini sekaligus menjadikan Singapura sebagai negara ketiga di ASEAN dan negara ke-11 di Asia yang mengimplimentasi sistem VAR dalam liga profesional tempatan. Ketua Projek dan Pengarah (Pengadil) Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Nazeer Hussain dalam satu kenyataan memaklumkan […]
Liridon Krasniqi: Saya Harap Malaysia Boleh Jadi Macam Thailand

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mengakui banyak perbezaan diantara Liga Malaysia dan Liga Thailand. Beliau yang kini beraksi di Thai League 1 bersama Khon Kaen Utd dengan status pemain pinjaman telah pun beraksi sebanyak 5 perlawanan bagi musim baru ini. Pemain yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Don’ ini berpendapat Liga Thailand mempunyai tahap intensiti permainan […]
Chanathip Mahu Bagi Peluang Pemain Muda Beraksi Di AFF

Bintang Thailand, Chanathip Songkrasin sah tidak akan beraksi di Piala AFF 2022 meskipun telah dipujuk oleh ketua jurulatih kebangsaan Thailand, Alexander Polking dan juga Persekutuan Bola Sepak Thailand. Pemain berusia 29 tahun itu mengakui bahawa tidak berada dalam prestasi terbaiknya ekoran kecederaan yang dialaminya sebelum ini yang masih belum pulih sepenuhnya. Oleh sebab itu, beliau […]
King’s Cup: Thailand Sahkan Tempat Ke-3 Atasi Trinidad

Pertembungan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 antara pasukan tuan rumah, Thailand menentang Trinidad & Tobago berkesudahan dengan keputusan 2-1. Ketua jurulatih Gajah Perang, Mano Polking menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat pasukan, Chanatip Songkrasin. Trinidad yang dibimbing oleh Angus Eve turut menampilkan aksi yang amat bertenaga untuk mengasak gawang yang dikawal oleh Kampol Pathum-attakul. […]
Jurulatih Trinidad Kenal Pasti Ancaman Bintang ‘Nombor 6’ Thailand

Ketua jurulatih Trinidad & Tobago, Angus Eve waspada dengan barisan pemain yang bakal diturunkan oleh Thailand bagi penentuan tempat ke-3 dan 4. Bekas penyerang berbisa pasukan kebangsaan Trinidad ini menjelaskan, persiapan pasukannya berjalan dengan lamcar ketika ini sambil tahap keyakinan mereka berada pada tahap tertinggi. Menjelang pertemuan dengan pasukan Mano Polking, beliau waspada dengan beberapa […]
Chanatip: Saya Pentingkan Diri

Kapten pasukan kebangsaan Thailand, Chanatip Songkrasin mengakui beliau agak pentingkan diri tatkala pasukannya tewas kepada Malaysia semalam. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-13 akibat kecederaan. Dalam satu temubual, bintang yang berkelana di Jepun ini memaklumkan bahawa beliau sememangnya beraksi dalam keadaan cedera. Namun begitu, azam […]
Polking Sedih Dengan Situasi Chanatip Songkrasin

Ketua jurulatih pasukan Thailand, Mano Polking sedih dengan situasi yang melanda kapten pasukannya, Chanatip Songkrasin. Pemain berusia 28 tahun itu turun untuk mengemudi jentera tengah pasukan namun terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-13 permainan. Mengulas lanjut, Polking mengakui ketiadaan bintang yang berkelana di Jepun itu memberi tamparan yang cukup hebat buat Thailand. Katanya, kualiti yang dimiliki […]
Syihan Hazmi Buktikan Kemampuan Sebagai Penjaga Gol No.1 Malaysia

Penjaga gol pasukan negara, Ahmad Syihan Hazmi membuktikan kalibernya untuk mengemudi benteng terakhir pasukan menerusi satu persembahan yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Thailand semalam. Pemain berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengemudi gawang gol Harimau Malaya ketika berkunjung ke Chiang Mai. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki dengan ketangkasannya menjadi faktor Malaysia layak […]
Polking Sudah Jumpa Permata Baru Thailand

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Mano Polking menemui ‘sesuatu’ selepas tewas kepada Malaysia sebentar tadi. Beliau menjelaskan bahawa sungguhpun pasukannya tidak mampu menandingi kehebatan Harimau Malaya yang beraksi dengan cukup baik namun beliau kekal berpuas hati dengan usaha para pemainnya. Katanya, perubahan taktikal yang berlaku pada babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak melakukan […]
King’s Cup: Malaysia Ke Final Hampakan Thailand

Aksi separuh akhir yang melibatkan pasukan Harimau Malaya yang turun menentang pasukan tuan rumah, Thailand berkesudahan dengan kemenangan bermakna milik Malaysia. Malaysia turun dengan barisan terbaik dengan nama seperti Brendan Gan dan juga Safawi Rasid kembali dalam kesebelasan utama pasukan jelas mampu memberi impak yang cukup luar biasa. Menentang jaguh yang beraksi di laman sendiri, […]
Selepas 8 Tahun Gagal, Thailand Turun Untuk Menang

Aksi pertama buat kem Kim Pan-gon di kejohanan King’s Cup bakal berlangsung di Stadium Chiang Mai hari ini. Malaysia bakal berentap bertemu Thailand sebelum melayakkan diri ke pentas akhir King’s Cup edisi kali ini. Sebuah akaun pemerhati bola sepak tempatan di Twitter, KejarBola dalam satu ciapan merungkai antara sebab terbesar pasukan Thailand menjemput Malaysia untuk […]
Jakkaphan Yakin Malaysia Akan Kalah Kepada Thailand

Menjelang aksi King Cup membabitkan Malaysia dan Thailand esok, pemain Thailand, Jakkaphan Kaewprom suarakan keyakinan untuk menumbangkan Malaysia dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Ulangtahun Ke 700 Chiang Mai, Thailand. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertamu adalah pada Jun 2021 di mana Thailand gagal menyaingi Malaysia dan tewas 0-1 kepada skuad Harimau Malaya yang pada […]
“Saya Bangga Dengan Arif Aiman” – Faisal Halim

Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Abdul Halim mengakui Arif Aiman seorang pemain muda yang sangat berbakat walaupun usianya masih muda. Beliau menganggap pemain sayap Johor Darul Ta’zim itu mampu menjadi nadi pasukan kebanggsaan apabila berdepan pasukan Thailand nanti. “Kemampuan skuad kebanggsaan tak boleh nafikanlah kerana kita ada Arif Aiman di sayap kanan. Dia memang bagus, […]
Thailand Pertaruh Chanatip & Supachok, Lengkapkan 23 Pemain Lawan Malaysia

Duo bintang sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin dan juga Supachok Sarachat melengkapkan senarai 23 orang pemain pasukan berdepan Malaysia di Piala Raja Thailand bulan ini. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), ketua jurulatih, Mano Polking tetap mahu menurunkan barisan pemain terbaiknya pada kejohanan ini. FAT memaklumkan bahawa pengendali kelahiran Brazil itu mahu membawa dua […]
Justin Bieber & Maroon 5 ‘Paksa’ Thailand Ubah Lokasi Perlawanan

Venue keramat pasukan kebangsaan Thailand, Stadium Rajamangala dilaporkan tidak dapat digunakan pada saingan Piala AFF Mitshubishi Electric kali ini. Perkara ini difahamkan ekoran daripada penganjuran konsert yang melibatkan dua artis terkemuka dunia, Justin Bieber dan juga Maroon 5 yang bakal diadakan di stadium tersebut. Stadium kebangsaan pasukan Thailand itu difahamkan bakal menganjurkan dua konsert bertaraf […]