Kelab Thailand Hadapi Masalah Tunggakan Gaji?

Kelab Thailand, Kasetsart FC didakwa sedang berdepan masalah tunggakan gaji berdasarkan luahan jurulatih mereka, Anurak Srikerd. Wartawan Thailand, Ta Lao mendedahkan perkara ini menerusi satu gambar tangkap layar luahan sedih Anurak di Facebook semalam. “Saya dapat makanan untuk makan selepas (Kasetsart) seri walaupun saya tak dibayar selama dua bulan. Saya tak pernah alami perkara sebegini […]

Asian Games: Thailand Ikat Kuwait

Perlawanan Sukan Asia (Asian Games) antara pasukan Thailand dan Kuwait berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik Thailand. Thailand menurunkan kesebelasan terbaik bagi menghadapi lawan yang cukup hebat di pentas Asia ini. Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dengan skuad Gajah Perang lebih selesa mengawal permainan. Asak bertali arus yang dilancarkan akhirnya membuahkan hasil apabila gol pembukaan perlawanan […]

Asian Games: Malaysia Garang Belasah Thailand

Skuad hoki senior Malaysia memulakan kempen Sukan Asia 2023 di Hangzhou dengan langkah kanan apabila membelasah Thailand 9-0 dalam aksi pertama Kumpulan B. Babak pertama menyaksikan Speedy Tigers tampil garang. Dan mereka tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi jaringan Azrai Aizad Abu Kamal pada minit kelapan. Thailand yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Kim Jung-chul berdepan […]

Dibelasah Korea Selatan, Jurulatih Thailand Musykil

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun Thailand, Issara Sritaro akur dengan kekalahan besar 0-4 di tangan Korea Selatan dalam aksi kumpulan E acara bola sepak Sukan Asia Hangzhou semalam. Walaupun sedar sukar untuk menang berdepan dengan pasukan gergasi Asia itu, namun Srtitato meluahkan kemusykilan mengenai aksi yang dipersembahkan anak buahnya terutama pada separuh masa pertama. […]

Pemain Korea Selatan Dedah Sengaja Mahu Kad Kuning

Pertahanan Korea Selatan, Park Jin-Seob mendedahkan beliau sengaja mendapatkan kad kuning dalam aksi kedua acara bola sepak Sukan Asia bertemu Thailand semalam. Park Jin-Seob mahu menerima layangan kad kuning kerana ingin digantung untuk perlawanan seterusnya bertemu Bahrain dan kembali bersih untuk peringkat kalah mati kelak menurut media sukan Korea. Ini ekoran pemain tersebut sudah mengutip […]

Asian Games: Korea Selatan Belasah Thailand

Skuad B-23 Korea Selatan meneruskan rentak cemerlang setelah berjaya meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan Thailand dalam aksi kedua peringkat kumpulan E. Korea Selatan membuktikan mereka merupakan salah satu pasukan gergasi bola sepak Asia apabila mendahului 4-0 untuk separuh masa permainan. Hong Hyun-Seok membuka akaun jaringan Korea Selatan pada minit ke-15 perlawanan menerusi tandukan […]

Asian Games: Thailand ‘Rantai’ Bahrain

Skuad B-24 Thailand bangkit dari ketinggalan sebelum mengikat Bahrain 1-1 dalam aksi pertama Kumpulan E Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Selepas meraih tempat ketiga Piala AFF B-23 2023 dan layak ke Piala Asia B-23 2024, momentum ini mahu diteruskan oleh jurulatih Thailand, Issara Sritaro dalam Sukan Asia di Hangzhou. Dan sebaik babak pertama bermula, […]

Bintang Piala AFF Thailand Taruhan Utama Urawa Reds Di ACL

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Urawa Reds telah menamakan bintang Thailand, Ekanit Panya dalam senarai pemain yang beraksi dalam kejohanan itu. Ini susulan keputusan AFC pada musim lepas yang membenarkan pasukan-pasukan ACL mempunyai enam pemain import. Bagaimanapun, satu kuota mestilah diisi oleh pemain Asia. Justeru, langkah Urawa menyenaraikan Ekanit sebagai satu langkah bijak sekaligus […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Sah Ke Piala Asia

Hasrat Malaysia ke Piala Asia B-23 2024 tercapai selepas rekod disiplin mereka membantu mengatasi Iran untuk slot terakhir naib juara kumpulan. Selepas tewas kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H, skuad B-23 negara terpaksa menunggu keputusan kumpulan kelayakan lain bagi mengetahui sama ada mereka layak atau tidak. Sebelum perlawanan menentang Thailand, dari segi kedudukan naib […]

Kelayakan Piala Asia U23: Thailand Tewaskan Malaysia

Anak buah kendalian E. Elavarasan hari ini turun berdepan pasukan Thailand bagi aksi kelayakan Piala Asia B24 2024. Aksi separuh masa pertama menyaksikan Malaysia ketinggalan 1-0 menerusi jaringan Yotsakon Burapha pada minit ke-20 permainan. Penyerang berusia 18 tahun itu memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan dengan satu tandukan sekaligus menewaskan penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel. […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia U23: Thailand vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia U23 menyaksikan pertembungan antara pasukan Thailand berdepan Malaysia. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chonburi, Thailand itu menyaksikan anak didik E. Elavarasan memiliki tugas berat berdepan skuad Gajah Perang. Skuad muda negara sudah pasti mahu memadam rekod kurang baik apabila tewas menerusi sepakan penalti berdepan Thailand bagi penentuan tempat […]

Pertahanan Thailand Minta Rakan Sepasukan Hati-Hati Dengan Malaysia

Pemain pertahanan Thailand, Pongsakorn Trisat berharap rakan-rakan sepasukannya berwaspada dengan ancaman skuad B-23 Malaysia. Biarpun skuad Gajah Perang berjaya mengatasi Harimau Muda dua kali dalam aksi Sukan SEA 2023 dan Piala AFF B-23 2023, mereka perlu mengelak daripada terlalu yakin. Dengan skuad negara juga memburu slot kelayakan ke Piala Asia B-23 2024, Pongsakorn percaya Malaysia […]

Luqman Hakim Buat Malaysia Tersenyum Semula

Aksi sengit melibatkan pertembungan antara skuad Malaysia U23 dan Thailand U23 diserikan dengan khabar baik daripada kem pasukan negara. Aksi terakhir kumpulan itu bakal menentukan nasib anak didik E. Elavarasan yang kini memiliki tugas penting untuk layak ke pusingan berikutnya. Sebelum ini, penyokong Malaysia berdebar menantikan perkhabaran penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang dikesan […]

V. Ruventhiran Mahu Manfaatkan Pengalaman Tewaskan Thailand

Pemain pertahanan skuad B-23 Malaysia, V. Ruventhiran melihat Thailand mampu ditewaskan menjelang aksi terakhir Kumpulan H yang berlangsung esok. Bek kiri Selangor FC itu berpandangan sedemikian kerana beliau pernah membantu skuad senior negara mengalahkan Gajah Perang dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2022. Justeru, pengalaman itu mahu dimanfaatkan bagi membantu Harimau Muda mengalahkan Thailand dan […]

Mano Polking Yakin Hasrat Thailand Ke Piala Dunia Masih Cerah

Jurulatih Thailand, Mano Polking percaya negara itu masih memiliki peluang cerah layak ke Piala Dunia 2026. Ini selepas skuad Gajah Perang menunjukkan persembahan hebat menentang Iraq pada aksi final Thai King’s Cup 2023 semalam. Biarpun tewas 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti, keupayaan Thailand mengikat Lions of Mesopotamia 2-2 dalam tempoh 90 minit patut mendapat pujian. […]

King’s Cup: Iraq Juara Benam Thailand

Hasrat Thailand menjulang Thai King’s Cup buat kali pertama sejak 2017 gagal apabila tewas kepada Iraq dalam aksi final hari ini. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing menewaskan Lubnan dan India dalam aksi pertama kejohanan pada Khamis lepas. Aksi final yang sepatutnya bermula pada jam 9.30 waktu Malaysia terpaksa dilewatkan untuk seketika susulan hujan […]