Cubaan Lawan Halang Pemain BG Pathum Bertukar Tragedi

Penyokong BG Pathum tidak kering gusi di Stadium BG semalam gara-gara tindakan pemain Trat ke atas pemain tengah mereka, Freddy Alvarez. Pada minit ke-76, pemain tengah Costa Rica itu berjaya mengawal bola walaupun dihambat dua pemain Trat. Dengan Alvarez terus mengekalkan kawalan bola, ini mendorong pemain gantian Trat, Sarawut Thongkot yang mengejarnya melakukan sesuatu yang […]

BG Pathum Mudah Belasah Trat

Kepimpinan jitu yang dipamerkan kapten Sarach Yooyen memastikan BG Pathum United kembali menerajui Thai League 1 hari ini. Ini selepas The Rabbits mengalahkan Trat 2-0 di stadium keramat mereka, Stadium BG dalam aksi terbaru liga. Dengan pencabar terdekat, Buriram United sekadar seri tanpa jaringan dengan Chiangrai United, ini peluang keemasan buat anak-anak buah Thongchai Sukkoki […]

Jepun Bakal Uji Persiapan Piala Asia Thailand

Persiapan Thailand ke Piala Asia 2023 bakal dipertingkatkan dengan menerima jemputan aksi persahabatan dengan pasukan gergasi Asia, Jepun. Pengumuman aksi persahabatan pra-kejohanan itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) di laman media sosial rasmi mereka. Perkara ini turut disahkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka. Berdasarkan pengumuman […]

Thailand Cemerlang Ikat Estonia

Thailand bangkit daripada memori kekalahan besar 8-0 di tangan Georgia dengan mengikat Estonia 1-1 di A. Le Coq Arena awal pagi tadi. Gajah Perang dilihat mahu melupakan kekalahan kedua terburuk dalam sejarah bola sepak Thailand itu yang dialami beberapa hari lepas. Sementara The Blueshirts pula mahu memburu kemenangan dalam kalendar antarabangsa FIFA buat kali pertama […]

Mano Polking: Thailand Banyak Buat Silap

Jurulatih Thailand, Mano Polking mengakui anak-anak buahnya kerap melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan besar 8-0 di tangan Georgia awal pagi ini. Kesilapan demi kesilapan yang berlaku dalam perlawanan memberi peluang kepada The Crusaders mendominasi babak pertama. Ini dibuktikan dengan enam gol yang dijaringkan oleh Zuriko Davitashvili, Luka Lochoshvili dan hatrik Georges Mikautadze. Mikautadze menambah […]

Thailand ‘Dikelar’ Georgia 8-0

Kempen perlawanan persahabatan Thailand di bumi Eropah bermula dengan langkah kiri selepas tunduk kepada Georgia awal pagi tadi. Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan Thailand menghadapi Piala Asia 2023. Di atas kertas, kelebihan memihak kepada The Crusaders yang menduduki ranking ke-79 FIFA berbanding Thailand (ranking ke-112). Dengan ramai pemainnya beraksi di liga-liga utama Eropah, […]

Jurulatih Vietnam Pilih Menentang China Berbanding Thailand Dan Indonesia

Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Vietnam, Philippe Troussier jelas mempunyai sebab tersendiri memilih untuk menentang China berbanding Thailand dan Indonesia dalam aksi persahabatan antarabangsa FIFA. Troussier akui perlawanan menentang China, Thailand dan Vietnam pasti akan menarik minat penyokong untuk menonton perlawanan itu namun Troussier memilih China kerana ranking pasukan itu berada di atas Vietnam. “Saya […]

Asian Games: Malaysia Kekal Pasukan Kelima Terbaik Asia

Skuad hoki wanita Malaysia memastikan pencapaian tempat kelima Sukan Asia dikekalkan buat kali kelima berturut-turut. Ini selepas mereka berjaya mengatasi tentangan sengit Thailand dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam hoki wanita Sukan Asia 2023. Biarpun dianggap pasukan pilihan untuk perlawanan ini, The Malayan Tigress ketinggalan menerusi gol awal Kunjira Inpa pada minit kelima. Bagaimanapun, […]

Asian Games: Hasrat Regu Malaysia Pertahankan Emas 2018 Tersekat

Skuad sepak takraw Malaysia hampa apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi final regu Sukan Asia 2023. Pertembungan dua pesaing tradisi ini sudah dijangka selepas kedua-duanya masing-masing mengetepikan Filipina dan Vietnam di pentas separuh akhir. Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharom masih mengekalkan kepercayaan kepada Zarif Merican (tekong), Amirul Zazwan Amir (feeder) dan Azlan Alias […]

Atlet Malaysia Pengsan Ketika Bertarung Dengan Thailand

Suasana di Gimnasium Xiaoshan Linpu cemas seketika pagi tadi apabila atlet jiu-jitsu Malaysia, Cassandara J. Poyong pengsan di atas gelanggang. Insiden ini berlaku apabila beliau turun menentang atlet jiu-jitsu Thailand, Orapa Senatham untuk pusingan 16 terbaik acara wanita 57 kg. Selepas dijatuhkan lawannya, Cassandra kelihatan tidak sedarkan diri sebelum kemudiannya dibantu oleh pegawai perlawanan yang […]

TMJ Kongsi Detik Cemas Di Thailand, Terlepas Saksikan Aksi JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsikan detik mencemaskan yang berlaku di Thailand hingga terlepas perlawanan membabitkan pasukannya. Aksi Harimau Selatan dan BG Pathum United yang berlangsung di Bangkok bertukar cemas apabila berlakunya insiden keganasan di salah sebuah pusat membeli belah di sana. DYAM […]

Pengumuman Skuad Thailand Buat Penyokong Terkejut

Thailand membuat kejutan dengan tidak menyenaraikan pemain-pemain terbaik mereka untuk dua aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober ini. Ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Changsuek hari ini. Nama-nama besar seperti Chanathip Songkrasin (BG Pathum United), Theerathon Bunmathan (Buriram United) dan Supachok Sarachat (Hokkaido Consadole Sapporo) tidak […]

Thailand Bergelut Tewaskan Malaysia

Pasukan futsal kebangsaan Thailand melakar kemenangan bermakna ke atas Malaysia dalam satu aksi persahabatan. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dengan skuad negara dalam momentum cemerlang musim ini. Thailand bermula garang untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi ledakan pada minit ke-5 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-7 menerusi jaringan cantik Saad Sani. Giliran Malaysia berada di […]

Asian Games: Thailand Raih Pingat Emas, ‘Libas’ Malaysia

Skuad sepak takraw Malaysia hampa bila gagal meraih pingat emas dalam aksi final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 hari ini. Ini selepas mereka tewas kepada musuh tradisi, Thailand. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas mengatasi Laos dan Korea Selatan di pentas separuh akhir. Walaupun mengetahui Thailand merupakan pasukan pilihan kejohanan, anak-anak buah Ahmad Jais […]

Asian Games: Thailand Kalah Kepada Iran

Skuad B-24 Thailand kempunan layak ke suku akhir acara bola sepak Sukan Asia 2023 selepas tunduk 2-0 kepada Iran dalam aksi pusingan 16 terbaik hari ini. Selepas layak ke pusingan ini sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan E, skuad Gajah Perang sedar mereka berdepan tugas sukar menentang Team Omid Melli itu. Dan seperti dijangka, skuad B-24 […]

Bintang Sensasi Thailand Mahu Buat Kemunculan Semula

Nama yang pernah menghiasi pasukan Thailand 9 tahun lalu, Charyl Chappuis mengakui masih mahu menyarung jersi kebangsaan Thailand dan bersedia membuat kemunculan semula. Charyl Chappuis yang kini berusia 31 tahun bermain untuk pasukan liga kedua Thailand, Chiangmai FC ketika ini dan telah melakukan 6 penampilan bagi musim ini. Beberapa siri kecederaan menyebabkan perkembangan karier bola […]