Mano Polking Berangan Thailand Menang Piala Asia

Selepas bergelar juara Piala AFF buat kali ketujuh dalam final edisi 2022, Thailand berada dalam kelas tersendiri. Tetapi bagi Mano Polking, beliau sudah mempunyai sasaran seterusnya: merebut kejuaraan Piala Asia. Sekali pandang, ia kelihatan seperti misi mustahil buat skuad Gajah Perang. Apatah lagi, dengan lawan-lawan elit yang pernah beraksi di Piala Dunia seperti Korea Selatan, […]

Thailand Terima Bonus Mencecah RM4.6 Juta Julang Piala AFF

Kejayaan menjulang Piala AFF 2022 semalam bukan saja menjadikan Thailand pasukan paling berjaya dalam kejohanan tersebut. Malah, itu juga melayakkan mereka menerima bonus berjumlah 35 juta baht (RM4.6 juta). Sebelum ini, pengurus pasukan Nualphan Lamsam atau Madam Pang sudah berjanji akan memberi bonus sebanyak 10 juta baht (RM1.38 juta) kepada pasukan kebangsaan Thailand sekiranya mereka […]

“Saya Tak Pasti Ini Piala AFF Terakhir Saya” – Teerasil Dangda

Semalam, Thailand muncul juara Piala AFF 2022 selepas mengalahkan Vietnam di final kedua kejohanan tersebut. Tetapi bagi penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda, dia tidak pasti sama ada ini merupakan Piala AFF terakhir yang disertainya. Dalam skuad Gajah Perang, Teerasil dianggap yang paling berpengalaman dengan edisi 2022 merupakan edisi keenam Piala AFF yang disertainya. Malah, dia […]

Park Hang-seo Mahu Halang Theerathon

Menjelang aksi final kedua Piala AFF 2022 Thailand-Vietnam malam ini, jurulatih Vietnam, Park Hang-seo melihat kapten skuad Gajah Perang, Theerathon Bunmathan sebagai ancaman besar kepada pasukannya. Kerisauan jurulatih berasal dari Korea Selatan itu ada asasnya. Ini kerana dari segi bantuan gol kejohanan, Theerathon mendahului dengan enam bantuan gol. Selain itu, bekas bek kiri Yokohama F. […]

Park Hang-seo Mengamuk Depan Muka Mano Polking

Final pusingan pertama Piala AFF 2022 Vietnam-Thailand berakhir dengan keputusan seri 2-2. Tetapi perlawanan semalam penuh dengan insiden termasuk tindakan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengamuk terhadap pengadil Korea Selatan, Ko Hyung-jin selepas tamat perlawanan. Selepas tamat perlawanan, Hang-seo dan jurulatih Thailand, Mano Polking bersalaman sebelum kemudiannya menuju ke arah pengadil perlawanan. Bekas jurulatih Jeonnam Dragons […]

Adisak Kraisorn Harap Penyokong Malaysia Mampu Terima Dia Seadanya

Walaupun membantu Thailand mara ke final Piala AFF 2022 menerusi gol ketiganya semalam, Adisak Kraisorn tahu ia meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah. Atas sebab itu, dia memohon maaf kepada penyokong Malaysia dan berharap dia diterima bila beraksi bersama Terengganu musim ini. Adisak menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-71 sekaligus memastikan Harimau Malaya tewas […]

Thailand Sertai Piala Asia Barat

Thailand tidak mahu berlengah dari segi perancangan untuk tahun 2023 selepas berjaya mara ke final Piala AFF 2022. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mendedahkan mereka telah menerima jemputan menyertai Piala Asia Barat 2023. Kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) itu bakal diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 20 Mac […]

Thailand Mara Ke Final Piala AFF 2022 Tewaskan Malaysia

Thailand memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri apabila membenam Malaysia di Stadium Thammasat menerusi keputusan agregat 3-1. Ini sekaligus melayakkan mereka ke final Piala AFF buat kali ke-10. Skuad Gajah Perang yang dibimbing Mano Polking menyerang kubu pertahanan Harimau Malaya sebaik sepak mula. Dan mereka mendahului pada minit ke-19 menerusi Teerasil Dangda menerusi satu hantaran lintang […]

“Mara Ke Final Satu-Satunya Cara Balas Jasa Rakyat Malaysia” – Kim Pan-gon

Esok, aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 Malaysia-Thailand bakal menentukan siapa yang bakal menjadi lawan Vietnam di pentas final. Bagi jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, kejayaan ke final dilihat satu cara baginya membalas sokongan padu rakyat Malaysia terhadap skuad negara. Akuinya dalam sidang media pra-perlawanan Thailand-Malaysia hari ini, beliau turut mengikuti perkembangan Piala AFF […]

Mano Polking Akui Gol Ke-2 Malaysia Sah

Aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 Malaysia-Thailand menyaksikan Harimau Malaya menang tipis 1-0. Bagaimanapun, ia turut diselubungi kontroversi termasuk tuan rumah dinafikan gol kedua – hakikat yang turut diakui jurulatih skuad Gajah Perang, Mano Polking. Dalam sidang media pra-perlawanan separuh akhir kedua hari ini, jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu berpandangan gol Dominic Tan itu sepatutnya […]

Bonus Final Piala AFF RM638k Menanti Thailand

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 membabitkan Malaysia dan Thailand dijangka sengit malam ini. Dan sebagai cara memastikan skuad Gajah Perang kekal bermotivasi, mereka ditawarkan bonus lima juta baht (RM638,000) jika berjaya layak ke final kejohanan tersebut. Tawaran bonus ini dibuat oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang kepada skuad Gajah Perang hari […]

Bakal Berdepan Malaysia, Thailand Sasar Juara Piala AFF

Sebagai juara kumpulan A Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, Thailand berjaya menempah tiket ke separuh akhir dan lawan yang akan mereka hadapi ialah Malaysia yang mara ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan B. Jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Mano Polking menegaskan bahawa para pemainnya perlu memberikan aksi yang lebih baik daripada perlawanan terakhir kumpulan A […]

Piala AFF: Thailand Tundukkan Kemboja, Mara Ke Separuh Akhir

Thailand muncul juara Kumpulan A sekaligus mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF. Ini selepas skuad Gajah Perang bimbingan Mano Polking terpaksa bekerja keras menewaskan Kemboja dalam aksi terakhir Kumpulan A. Sebaik sepak mula, Thailand yang mendapat sokongan padu penyokong di Stadium Thammasat, Pathum Thani melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Kemboja. Bagaimanapun, ia mudah diserap […]

Piala AFF: Gol Magis Yooyen Bantu Thailand Ikat Indonesia

Thailand terus membuktikan keunggulan sebagai juara bertahan Piala AFF selepas mengatasi Indonesia dalam aksi keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 di Stadium Gelora Bung Karno hari ini. Sebaik sepak mula, Tim Garuda hampir mendahului seawal minit pertama menerusi Witan Sulaeman selepas menerima hantaran Egy Maulana Vikri. Bagaimanapun, ia berjaya ditampan dan ditangkap penjaga gol Thailand, […]

Bas Skuad Thailand Diserang Di Gelora Bung Karno

Perlawanan keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 membabitkan Indonesia dan Thailand dicemari insiden keganasan membabitkan penyokong hari ini. Ini selepas bas pasukan kebangsaan Thailand diserang penyokong tuan rumah semasa tiba di Stadium Gelora Bung Karno. Walaupun mendapat kawalan keselamatan pihak polis, segelintir penyokong bertindak mengerumuni bas pasukan Gajah Perang dan melakukan provokasi. Ini termasuk membaling […]

Terengganu Umumkan Adisak Kraisorn Selaku Import Baharu

Selepas berjaya mendapatkan khidmat Sony Norde, Terengganu telah memperkuat jentera serangan mereka dengan membawa masuk penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn. Kehadiran penyerang skuad Gajah Perang berusia 31 tahun itu dilihat dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kpah Sherman dan Tchetche Kipre selepas kedua-duanya tidak dikekalkan oleh pengurusan skuad Penyu. Kraisorn hadir dengan reputasi besar. Beliau bukan […]