Keisuke Honda Minat Kemudi Thailand Hingga Ke Piala Dunia

Selepas meninggalkan Kemboja, ramai ingin tahu pasukan mana yang bakal dilatih legenda Jepun, Keisuke Honda. Walaupun masih tidak mendedahkan destinasi seterusnya, bekas pemain tengah VVV-Venlo itu berminat untuk melatih Thailand. Hal ini dinyatakan dalam satu hantaran di akaun media sosial peribadinya semalam. Beliau berhasrat melatih pasukan-pasukan yang mempunyai peluang cerah layak ke Piala Dunia 2026. […]
Sukan SEA: Thailand Mudah Belasah Laos

Thailand muncul pasukan pertama yang layak ke separuh akhir dari Kumpulan B selepas membelasah Laos 4-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Keputusan ini sudah pasti akan memberi tekanan kepada Malaysia yang perlu menang ke atas Vietnam malam ini bagi menghidupkan peluang layak ke separuh akhir. Mengetahui kemenangan ke atas anak-anak buah Michael Weiss […]
Sukan SEA: Malaysia Tewas Tipis Kepada Thailand

Sebelum perlawanan Kumpulan B Malaysia-Thailand, jurulatih Thailand Issara Sritaro pastinya memandang sinis komen jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner berkenaan skuad B-22 negara. Tetapi anak-anak buah E. Elavarasan membuktikan mereka bukan lawan mudah dengan memaksa Gajah Perang bekerja keras sebelum tewas 2-0 di Stadium Visakha, Phnom Penh. Kedua-dua pasukan memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan B dengan mengambil […]
Kelayakan Piala Asia B-17: Thailand Kalahkan Malaysia 11-0

Hasrat skuad Malaysia B-17 layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 pada September ini tidak kesampaian. Ini selepas anak-anak buah Petronella Downy dibelasah tuan rumah Thailand 11-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A. Separuh masa pertama menyaksikan Malayan Tigress dibolosi seawal minit ketujuh menerusi Rinyaphat Moondong. Chirarak Khamtan menggandakan kelebihan tuan rumah empat minit […]
Sukan SEA 2023: Thailand Garang Belasah Singapura

Skuad B-22 Thailand membuka tirai saingan Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja dengan bergaya. Ini selepas skuad Gajah Perang yang dibimbing Issara Sritaro menumbangkan skuad B-22 Singapura 2-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Selepas kempunan meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam pada tahun lepas, anak-anak […]
Dion Cools Beri Sokongan Padu Kepada Skuad Malayan Tigress

Menjelang aksi terakhir Kumpulan A, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 menentang Thailand esok, anak-anak buah Petronella Downy dilihat tidak sabar menentang pasukan tuan rumah. Dan mereka turut mendapat suntikan motivasi apabila kem Malayan Tigress B-17 menerima kunjungan kapten Harimau Malaya, Dion Cools. Ia merupakan satu kejutan yang baik buat anak-anak buah Petronella sepanjang tempoh mereka […]
BG Pathum Naik Taraf Padang Pusat Latihan

Kebelakangan ini, makin banyak kelab Asia Tenggara berusaha menaiktaraf kemudahan yang dimiliki mereka termasuk kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT). Terbaru, kelab Thai League, BG Pathum mengambil langkah menaiktaraf permukaan rumput padang pusat latihan mereka. Penaiktarafan ini dibuat bagi memastikan padang yang digunakan dapat memenuhi kualiti latihan pasukan yang dibimbing jurulatih interim, Supachai […]
Suphanat Mueanta Bakal Jalani Latihan Pra-Musim Di Eropah

Nama Suphanat Mueanta semakin menjadi bualan terutama selepas membantu Buriram mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Thai League 1. Justeru, tidak hairanlah sebaik saja musim ini berakhir, Suphanat bakal menjalani pra-musim di Eropah. Hal ini didedahkan oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Thailand, Issara Sritaro apabila ditanya skuad bayangan yang bakal bertolak ke Sukan SEA 2023 […]
Saingan AFC B-17 Di Thailand Bakal Tertangguh Kerana Konsert BLACKPINK

Bukan sekali penyokong Thailand berang apabila stadium keramat mereka, Stadium Rajamangala tidak dapat digunakan akibat konsert artis antarabangsa. Dan terbaru, sebarang usaha menganjurkan Kejohanan AFC Bawah 17 Tahun (B-17) di stadium berkenaan terpaksa dibatalkan akibat penganjuran konsert kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK. Ini selepas BLACKPINK mengumumkan rancangan mengadakan konsert di Stadium Rajamangala pada 27 dan 28 […]
Penyokong Thailand Jatuh Cinta Dengan Jersi Terengganu

Sebahagian besar penyokong Terengganu FC kini datang dari seberang apabila mereka mengumumkan ketibaan penyerang prolifik Thailand, Adisak Kraisorn. Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara bintang skuad Piala AFF Changsuek tahun lalu apabila membantu mereka menjuarai kejohanan tersebut. Perpindahan Adisak jelas membuka mata ramai penyokong Thailand yang turut tidak melepaskan peluang melihat jersi terbaru Terengganu […]
Thai League 1: Hasrat Safawi Rasid Bantu Ratchaburi Raih 3 Mata Lebur

Kepulangan semula pemain sayap sensasi Ratchaburi FC, Safawi Rasid ke dalam kesebelasan utama pasukan berakhir dengan kedukaan apabila pasukannya tewas di laman sendiri. Beliau diberi kepercayaan untuk beraksi semula setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tempoh hari. Pada babak pertama, kedua-dua pasukan rancak berbalas asakan namun The Fragons sekali lagi diuji apabila terpaksa beraksi dengan 10 […]
Thailand Jadi Destinasi Manchester City Asah Taring

Dengan saingan EPL kini memasuki separuh kedua musim, beberapa pasukan sudah mula merancang program pra-musim 2023-2024. Dengan Manchester United bakal menjalani pra-musim di Amerika Syarikat, jiran mereka Manchester City pula bakal menjalani pra-musim di Jepun dan Thailand. Hal ini didedahkan oleh akhbar Daily Mail beberapa hari lepas. Mereka dikatakan turut mengatur dua perlawanan di Jepun […]
Buriram United Tawarkan Peluang Menonton Perlawanan Atas Katil Di Stadium

Selalunya bila menonton perlawanan di stadium, penyokong biasanya akan duduk di tempat duduk stadium. Tetapi kelab Thailand, Buriram United memberi peluang kepada penyokong untuk menonton perlawanan mereka dari atas katil! Ini disebabkan baru-baru ini, Thunder Castle telah membuka sebuah lounge VIP eksklusif yang diberi nama Dream Power Club di Chang Arena. Di sinilah, penyokong dapat […]
Ucapan Perpisahan Mano Polking Buat Park Hang-seo Amat Menyentuh Hati

Tamatnya final Piala AFF 2022 bukan sekadar menyaksikan Thailand bergelar juara buat kali ketujuh. Tetapi itu juga perlawanan terakhir Park Hang-seo sebagai jurulatih Vietnam – satu hakikat yang disedari jurulatih Gajah Perang, Mano Polking. Justeru, tidak hairanlah mengapa jurulatih Thailand berdarah Brazil-Jerman itu menyifatkan legasi yang ditinggalkan Hang-seo amat besar bukan saja di Vietnam tetapi […]
“Terima Kasih Kerana Percayakan Saya” – Mano Pölking

Kejayaan menjulang Piala AFF buat kali ketujuh beberapa hari lepas merupakan satu pencapaian menakjubkan buat skuad Thailand. Tetapi untuk edisi 2022, ia takkan berlaku tanpa sentuhan emas jurulatih mereka, Mano Polking. Piala AFF 2022 menyaksikan skuad Gajah Perang yang dibawa Polking tidaklah sekuat pasukan yang memenangi edisi 2020. Beberapa tonggak utama tidak dapat menyertai pasukan […]
Liga Thailand Sedia Sepenuhnya Gunakan VAR

Tatkala FAM secara perlahan-lahan memperkenalkan VAR untuk musim 2023, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pula selesai menyiapkan kemudahan VAR baru mereka menjelang pusingan kedua Liga Thai 1 pada 21 Januari ini. Pusat VAR baru untuk saingan Liga Thai 1 dilihat sudah bersedia untuk menangani tuntutan baki perlawanan musim ini. Ini dibuktikan menerusi tinjauan yang dibuat […]