Satu Langkah & Safawi Rasid ‘Gegar’ Jaring Lagi

Pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid menggegar jaring lagi ketika aksi menentang Negeri Sembilan FC. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner turun tanpa penyerang utama, Ismaheel Akinade sekaligus memaksa beberapa pertukaran berlaku. Tuan rumah bagaimanapun tersentak apabila Negeri Sembilan membuka tirai jaringan menerusi tandukan Mika Junko untuk gol pertama pasukan. Usaha Terengganu menyamakan kedudukan akhirnya membuahkan hasil […]

Syed Nasrulhaq Terima Penilaian Tinggi Laman Statistik Terkemuka

Penjaga gol Terengganu FC, Syed Nasrulhaq telah menerima penilaian tinggi oleh laman statistik terkemuka antarabangsa, Sofascore selepas menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super. Melalui tinjauan di laman Sofascore, Syed Nasrulhaq telah menerima penilaian sebanyak 7.80 dan ianya menjadikan penjaga gol berusia 25 tahun itu sebagai penjaga gol Liga Super yang menerima penilaian tertinggi laman […]

BG Pathum Beri Amaran Awal Kepada Terengganu

Jaguh Liga Thailand, BG Pathum United telah memberi amaran awal kepada Terengganu FC. Skuad kendalian Makoto Teguramuri kini sedang menjalani latihan pra-musim dengan berdepan beberapa kelab sekitar Asia dan Eropah. BG Pathum memulakan aksi pra-musim dengan mengejutkan finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Borussia Dortmund dengan keputusan 4-0. Prestasi memberangsangkan ini diteruskan ketika menentang wakil Hong […]

Arif Aiman Tenang, Reaksi Ketika Ditarik Marin Pilj Raih Perhatian

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kekal tenang selepas ditarik pemain import Terengganu, Marin Pilj ketika diatas padang. JDT telah dijadualkan bertemu Terengganu dalam aksi keenam saingan Liga Super 2024/2025 baru-baru ini. Skuad Harimau Selatan tidak berdepan tugas sukar selepas mudah menundukkan Terengganu dengan keputusan 4-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim. […]

Alvin Fortes Ambil Aura Safawi Rasid

Pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes mengambil aura bintang Terengganu FC, Safawi Rasid. Pemain berusia 29 tahun itu meneruskan momentum cemerlang untuk merekodkan jaringan bersama Gergasi Merah. Beliau menjadi watak penting pasukan bimbingan Nidzam Jamil untuk merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Penang FC di Stadium MBPJ. Bekas pemain Ratchaburi FC di Thai League ini membuat […]

Terengganu Pertimbang Wujudkan Kawasan Khas Wanita Di Stadium

Terengganu mempertimbangkan keputusan bagi mewujudkan kawasan khas untuk wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Inisiatif ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim susulan luahan mengenai isu percampuran penonton antara lelaki dan wanita minggu lalu. “Sewaktu perlawanan bola sepak antara Terengganu FC vs Selangor FC sempena Separuh […]

Terengganu Sedia Tambah Baik 3 Kemudahan Buat Penyokong Di SSMZA

Pengurusan Terengganu FC bersedia menambah baik beberapa kemudahan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim. Ini selepas beliau telah mendengar maklum balas penyokong tentang kemudahan SSMZA semasa aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024. Aksi tersebut menyaksikan Terengganu meraih […]

Penyerang Croatia Dalam Radar Terengganu

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mendedahkan pasukan Pantai Timur itu kini mengintai khidmat seorang peledak gol dari Croatia. Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 menyaksikan skuad Peteh meledakkan 19 gol. Penjaring terbanyak Terengganu ketika ini ialah Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade yang berkongsi empat gol. Meskipun begitu, pasukan itu merindui penjaring terbanyak mereka pada musim […]

Tomislav Steinbruckner: Terengganu Buat Sehabis Baik Tanpa Tonggak Utama

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner akui sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya.  Meskipun tanpa beberapa tonggak utama seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid, beliau percaya anak buahnya tetap memberi saingan hebat kepada pasukan tuan rumah. Malang berganda buat Terengganu apabila dihukum beraksi 10 pemain selepas Ubaidullah Shamsul dilayangkan kad merah di separuh […]

“Siapa Pencabar Sebenar JDT? Tak Ada”

Tiada mana-mana pasukan yang dilihat mampu mencabar keupayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini. Perkara ini disuarakan oleh bekas penjaga gol negara, Syed Adney Syed Hussein ketika mengulas mengenai perlawanan antara JDT dan Terengganu di Sukan RTM. Katanya, sungguhpun ramai mengatakan bahawa pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner merupakan pencabar terbaik namun beliau tidak dapat melihatkan pada […]

Liga Super: JDT Benam Terengganu 4-0

Aksi minggu 6 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan kekalahan pertama Terengganu dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan kencang Heberty Fernandes seawal minit ke-6. Terengganu bergelut tanpa kelibat Akhyar dan Safawi Rasid pada bahagian serangan dengan Ismaheel Akinade kurang mendapat sokongan. Kesilapan daripada pertahanan […]

Zainal Abidin Kesan Perbezaan Safawi Rasid Di JDT & Terengganu

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengesan perbezaan Safawi Rasid ketika berada di JDT dan juga Terengganu. Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke kelab negeri kelahirannya pada musim ini setelah berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat di JDT. “Kita tahu siapa Safawi Rasid. Kita nampak beliau bermain di JDT dikelilingi oleh pemain-pemain […]

Siaran Langsung Liga Super: JDT vs Terengganu (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu ke-6 menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu. Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang apabila merekodkan 9 kemenangan bersih musim ini. Anak buah Tomislav Steinbruckner turut merakamkan rekod baik selepas tidak tewas dalam mana-mana perlawanan yang diharungi musim ini. “Kita semua boleh lihat pasukan kita akan mengharungi […]

JDT Dapat 3 Tonik Tambahan Hadapi Terengganu

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat tiga tonik tambahan berdepan Terengganu. Skuad kendalian Hector Bidoglio tidak tewas dalam mana-mana perlawanan musim ini termasuklah ketika merekodkan kemenangan 2-1 di Darul Aman. Skuad Peteh juga mengekalkan rekod sama selepas 8 perlawanan musim ini sekaligus menyaksikan aksi ini menjadi tumpuan. JDT bagaimanapun memiliki beberapa kelebihan […]

Terengganu Pincang Tanpa Safwan Mazlan

Pasukan Pantai Timur, Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan kebangsaan, Safwan Mazlan menjelang aksi terbaru liga menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Sebelum ini, skuad Peteh terpaksa melupakan khidmat dua pemain sayap negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid untuk aksi berkenaan. Ini disebabkan status mereka sebagai pemain pinjaman pasukan gergasi selatan tanah air […]

Rekod Pertembungan JDT & Terengganu ‘Berat Sebelah’

Rekod pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC dilihat berat sebelah. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu bagi aksi ke-6 Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Julai 2024 ini. Perlawanan ini juga penting tatkala finalis Piala Malaysia 2023 ini masih tidak tewas dalam mana-mana perlawanan yang diharungi musim ini. Anak didik […]