Shopee Cup: Senarai 12 Pasukan, 2 Wakil Malaysia Sudah Terjawab

Senarai 12 pasukan yang bakal berentap dalam saingan Shopee Cup 2024/25 akhirnya terjawab. Senarai 12 pasukan ini lengkap apabila kelab Myanmar, Shan United dan kelab Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng mengesahkan kelayakan ke peringkat kumpulan. Preah Khan Reach Svay Rieng layak selepas mengenepikan cabaran kelab Laos, Young Elephants dengan keputusan agregat 8-3. Sementara Shan […]

Terengganu Idam Raih Mata Berdepan JDT

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menyeru anak buahnya memberikan tentangan yang hebat menjelang aksi Liga Super bertemu JDT kelak. Dua perlawanan Liga Super melawan JDT dan Negeri Sembilan amat penting pada pandangan jurulatih itu dalam mencipta momentum positif sebelum turun untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala FA menentang Selangor kelak. Terengganu yang berada di […]

Akhyar & Safawi Rasid Rehat Lawan JDT?

Duo serangan Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid difahamkan hanya berehat ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain pinjaman skuad Harimau Selatan ini memperagakan aksi terbaik untuk membantu skuad peteh musim ini. Gandingan serasi ini juga telah memastikan Terengganu tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini. Dua pemain ini bagaimanapun difahamkan tidak dapat diturunkan […]

Terengganu Cabar Rekod Hebat JDT

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini berupaya mencabar rekod hebat Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan ke-6 musim ini selepas menundukkan Selangor FC dengan keputusan 3-2. Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad Peteh memiliki peluang terbaik untuk melangkah ke final Piala FA 2024. Pencapaian membanggakan ini membolehkan Terengganu menjadi […]

Kim Pan-gon Lihat Jiwa Besar Dalam Diri Safawi Rasid

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat jiwa besar yang berada dalam diri Safawi Rasid. Jurulatih berusia 55 tahun itu tidak lagi bersama skuad kebangsaan selepas meletakkan jawatan baru-baru ini. Beliau dalam satu temu bual eksklusif bersama Astro Arena sempat berkongsi berkenaan sisi berbeza para pemainnya dalam kem kebangsaan. Memori indah itu jelas terpahat dalam […]

Ayah Main Untuk Terengganu, Jiwa Anak Tertinggal Di Selangor

Umum mengetahui, Nor Hakim Hassan sudah berhijrah ke Terengganu FC sejak musim lalu. Namun ramai yang tidak mengetahui, jiwa anak beliau masih ada bersama Selangor FC. Baru-baru ini, telah tular satu video di aplikasi Tiktok yang memaparkan seorang peminat cilik Terengganu sedang menangis ketika menonton perlawanan di antara Terengganu dan Selangor. Peminat cilik itu adalah […]

Kebersihan Tempat Duduk Penyokong Terengganu Cetus Kebimbangan

Biarpun Terengganu FC berjaya menewaskan Selangor FC pada separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari, namun kebersihan tempat duduk segelintir penyokong Terengganu mencetuskan kebimbangan. Selepas perlawanan tamat, telah tular satu video di laman sosial yang memaparkan keadaan tempat duduk penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, […]

“Banyak Kerja Rumah Saya Perlu Buat” – Nidzam Jamil

Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih Selangor FC mengakui dirinya perlu mencari jalan bagi mengatasi isu pertahanan Selangor yang kerap dibolosi dalam beberapa aksi yang lalu. Selangor tewas tipis 3-2 kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024/2025. Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga Selangor untuk musim ini dan […]

Nidzam Jamil: Kalah 3-2 Lawan Terengganu Tak Teruk

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tetap positif dengan persembahan pasukannya sungguhpun tewas 3-2 di tangan Terengganu. Beliau yang ditemui selepas perlawanan di Gong Badak memaklumkan bahawa pasukannya sudah berusaha sebaik mungkin. Pengendali muda ini bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan aksi bertenaga anak buahnya untuk menghabiskan perjuangan 90 minit di laman lawan. Nidzam Jamil memuji […]

Impak Safawi Rasid Gembirakan Tomislav Steinbruckner

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner gembira dengan impak yang ditunjukkan kapten pasukan itu, Safawi Rasid. Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan skuad Penyu berdepan cabaran Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 14 Julai lalu. Safawi menceriakan 31,689 orang penyokong di SSMZA dengan meledakkan sepakan percuma yang menembusi gawang Merah […]

Terengganu Lepaskan Ivan Mamut?

Naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu dijangka melepaskan khidmat penyerang import sensasi, Ivan Mamut. Kecederaan yang dialami Ivan mengakibatkan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa berehat panjang dan disisihkan pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner. Selepas kemenangan 3-2 Skuad Peteh di laman sendiri dalam aksi separuh akhir Piala FA 2024 menentang Selangor malam semalam, Tomislav beri bayangan […]

Piala FA: Terengganu Atasi Angka Kehadiran Di Stadium Darul Aman

Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi untuk musim 2024/25 diikuti oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menyaksikan skuad Peteh meraih kemenangan berharga 3-2 ke atas Selangor FC. Kemenangan tipis anak buah Tomislav Steinbruckner ini dibantu dengan […]

Piala FA: Giliran Terengganu Beri Kekalahan Kepada Selangor

Perlawanan separuh akhir Piala FA malam ini menyaksikan pertembungan diantara Terengganu menentang Selangor yang berkesudahan dengan keputusan 3-2. Skuad kendalian Nidzam Jamil bertandang ke Gong Badak untuk memburu kemenangan selesa di tempat lawan.  Anak buah Tomislav Steinbruckner pastinya mahu menggunakan kelebihan di laman sendiri memastikan bekalan selesa di timbal balik kedua.  Perlawanan bermula rancak apabila […]

Siaran Langsung Piala FA: Terengganu vs Selangor (Live Streaming)

Perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan pertembungan antara Terengganu dan juga Selangor FC. Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner percaya bahawa sokongan padu dapat memberikan kelebihan buat pasukannya bertemu The Red Giants. “Pemain kami beraksi dengan baik ketika bertemu Sabah sebelum ini jadi sukar untuk diubah. “Saya percaya dengan sokongan penonton, kita boleh menang perlawanan esok,” […]

Tomislav Steinbruckner Beri Bayangan Kesebelasan Utama Terengganu

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi gambaran awal mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor pada Jumaat. Sang Penyu menanti kunjungan Selangor di Gong Badak dengan misi bagi membawa bekalan selesa ke Kelana Jaya setelah cemerlang menewaskan Sabah dengan agregat 7-0 sebelum ini. Menurut Steinbruckner, beliau tidak menolak […]

Piala FA: Terengganu Sasar Kehadiran Tertinggi Lawan Selangor

Terengganu FC berharap dapat merekodkan kehadiran tertinggi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024. Kecuali aksi pertama Liga Super menentang Perak FC pada 11 Mei lalu, Terengganu merekodkan kehadiran melebihi 10,000 orang untuk musim 2024/25. Kehadiran tertinggi yang direkodkan di SSMZA ialah 20,150 orang. Rekod ini dilakar […]