Skuad Muda JDT Tewas 2-1 Kepada Terengganu

Skuad Terengganu FC II berjaya membalas dendam kekalahan skuad senior mereka kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada Jun lalu dengan menundukkan JDT FC II 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Selepas tewas kepada lawan sama dalam perlawanan Piala MFL pada 21 Jun lalu, skuad Peteh yang dibimbing Hairuddin Omar berazam tidak mahu kecewa […]
Liga Super: Terengganu Mantap Belasah Kelantan United

Terengganu FC membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan apabila membelasah Kelantan United FC 4-1 dalam aksi derby Pantai Timur di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Selepas berjaya meraih kemenangan ke atas KL Rovers dalam aksi Piala Malaysia, skuad Peteh berharap dapat mengakhiri kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam liga. Kali terakhir Terengganu […]
Engku Nur Shakir Sandaran Baharu Terengganu

Nama Engku Nur Shakir kini mula menjadi sebutan para penyokong Terengganu setelah aksi cemerlang beliau dalam beberapa perlawanan yang lalu. Penyerang berusia 24 tahun ini telah merekodkan 3 gol dan 4 bantuan jaringan dalam kesemua 16 penampilan bersama Terengganu FC. Engku Nur Shakir pada awalnya kerap memanaskan bangku simpanan pasukan namun beliau perlahan-lahan mula membarisi […]
Tomislav Steinbruckner Risaukan Keadaan Azam Azmi

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui bimbang dengan tahap kecergasan bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad. Selepas tiga minggu berehat akibat kecederaan, Azam kembali membarisi kesebelasan utama Terengganu FC menentang KL Rovers dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023 semalam. Selain membantu skuad Penyu meraih kemenangan 4-0 ke atas Rovers, bek […]
Piala Malaysia: Hatrik Ivan Mamut Julang Terengganu Tewaskan KL Rovers

Pertembungan pasukan Liga Super, Terengganu FC menentang kelab Liga M3, KL Rovers berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan pelawat. Beraksi di laman sendiri, KL Rovers gagal menyerap tekanan awal daripada skuad Peteh apabila memulakan permainan dengan percubaan oleh Sony Norde. Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Ivan Mamut memecah kebuntuan pada minit ke-18. Nor Hakim […]
Jaringan Negeri Sembilan Berdepan Terengganu Dipersoal

Keputusan seri 1-1 Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC diselubungi kontroversi susulan gol penyamaan yang dijaringkan pemain import pelawat, Herold Goulon diterima. Tatkala tuan rumah sudah bersedia meraikan kemenangan kelapan dalam liga, Goulon memastikan Hoben Jang Hoben pulang dengan satu mata pada minit ke-88. Bagaimanapun, ramai pemain Terengganu FC membantah keputusan pengadil Khairulsyahmi Ahmad Khalidi […]
Liga Super: Terengganu Bergelut Diikat Negeri Sembilan

Keinginan Nor Hakim Hassan melakar kemenangan sulung bersama Terengganu FC terus tidak kesampaian apabila diikat 1-1 dengan Negeri Sembilan FC hari ini. Pasukan pelawat berpeluang meraih gol awal apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit keenam. Begitupun, sepakan penalti Herold Goulon berjaya dinafikan Suhaimi Hussin dengan sepakan susulannya berjaya dikeluarkan kapten skuad Penyu, Habib Haroon. Percubaan […]
Nor Hakim Ada Misi Besar Bersama Terengganu

Pemain sayap Terengganu FC, Nor Hakim Hassan berharap dapat membantu pasukan barunya itu meraih kemenangan selepas gagal melakukannya dalam dua perlawanan. Dua aksi Liga Super skuad Penyu menyaksikan mereka masing-masing seri dengan KL City FC pada 7 Julai dan PDRM FC pada 16 Julai. Dua perlawanan sama turut menyaksikan Nor Hakim diturunkan dalam kesebelasan utama. […]
PBSNT: Kita Tidak Akan Berdiam Diri

Prestasi kurang memberangsangkan Terengganu FC (TFC) sejak kebelakangan ini bukan saja meresahkan para penyokong tetapi juga ahli lembaga pengarah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ini kerana pasukan menunjukkan prestasi tidak konsisten di atas padang musim ini. Ini membuatkan para penyokong mula membandingkan pencapaian jurulatih ketika ini, Tomislav Steinbruckner dengan jurulatih sebelumnya, Nafuzi Zain. Ada […]
Duo Finalis Piala AFC Bakal Sertai Terengganu?

Pasukan Liga Super, Terengganu FC dilaporkan berminat untuk membawa masuk dua pemain finalis Piala AFC 2022 bagi memantapkan skuad ke Asia tahun ini. Umum mengetahui bahawa jendela perpindahan kali ini menyaksikan skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner sibuk melakukan persiapan termasuklah melepaskan beberapa tonggak utama ke pasukan lain. Skuad Peteh juga telah membawa masuk beberapa muka baharu […]
Tomislav Steinbrückner Temui Seorang Lagi Permata Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner memuji kualiti yang dimiliki oleh seorang pemain muda Terengganu yang tampil cemerlang berdepan PDRM semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan skuad Peteh diikat oleh PDRM dengan keputusan 0-0. Sungguhpun terdapat kekecewaan apabila gagal membawa pulang 3 mata, pengendali berusia 56 tahun itu tetap menggariskan beberapa perkara […]
“Kualiti Liga Malaysia Bantu Terengganu Di Piala AFC” – Habib Haroon

Kapten Terengganu FC, Habib Haroon percaya kualiti yang dimiliki Liga Malaysia (Liga M) dapat membantu pasukan itu cemerlang dalam saingan Piala AFC. Ini kerana pemain tengah Bahrain itu melihat Liga M sebagai sebuah liga yang berkualiti dan kuat. Dan itu dijangka membantu skuad Peteh yang dibimbing Tomislav Steinbruckner bila berdepan pasukan-pasukan dari negara Asia lain […]
PDRM vs Terengganu: Terengganu Kena ‘Roadblock’ PDRM

Terengganu FC hanya mampu meraih satu mata hari ini selepas diikat PDRM FC tanpa jaringan di Stadium MPBJ. Bagi merobek benteng Sang Saka Biru yang kental, Tomislav Steinbruckner memberi kemunculan pertama kepada pemain import Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov. Tetapi benteng pertahanan The Cops yang diterajui James Okwuosa berupaya menyerap setiap asakan yang dicipta pasukan pelawat. Peluang […]
Faiz Nasir Tinggalkan Terengganu

Pemain sayap Terengganu FC, Faiz Nasir difahamkan telah menyertai satu lagi pasukan yang berpangkalan di pantai timur secara pinjaman iaitu Kelantan United FC. Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter, keputusan tersebut dibuat bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan. Ini kerana terdapat ramai pemain yang bersaing di bahagian tengah Terengganu FC terutama […]
Satu Lagi Kelab ‘Besar’ Liga Super Mahu Sambar Azam Azmi

Saga perpindahan pemain sensasi Terengganu FC, Azam Azmi masih belum tamat tatkala sebuah lagi pasukan Liga Super sedang memburu khidmat. Beberapa hari kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai masa depan pemain yang mesra disapa ‘Aney’ ini apabila beliau dikatakan mahu dilamar oleh sebuah kelab gergasi Liga Super. Menerusi pengesahan oleh agen pemain kelahiran Penang ini menyatakan […]
Kogileswaran Nafi Sertai Kelab Pantai Timur

Pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran menafikan khabar angin bahawa beliau akan berpindah ke Terengganu FC dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M). Perkara ini dikongsikan menerusi ciapan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di Twitter hari ini. Sebelum ini, khabar angin perpindahan bekas pemain sayap PJ City FC ke skuad Peteh dikongsikan oleh […]