Gandingan Duo Sayap Tempatan Terengganu Makin Menjadi-jadi

Duo sayap pasukan Terengganu, Engku Nur Shakir dan Hakimi Abdullah makin menjadi-jadi apabila kehadiran mereka sentiasa membantu pasukan mendapatkan gol. Gandingan dua pemain tempatan ini dibahagian sayap pasukan menonjolkan aksi positif setelah Terengganu meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Kuching City. Engku Nur Shakir berjaya menjaringkan 1 gol dan 1 bantuan jaringan manakala Hakimi Abdullah […]

Liga Super: Terengganu Mudah Ketepikan Cabaran Kuching City

Terengganu FC terus melebarkan rekod kemenangan mereka dalam semua kejohanan kepada lima perlawanan selepas mengatasi cabaran Kuching City FC di Stadium Negeri Kuching hari ini. Dengan jurulatih Tomislav Steinbruckner masih lagi bercuti, tugas membimbing skuad Peteh digalas pembantunya, Ivica Vranjes. Vranjes pastinya mahu menambah satu lagi kemenangan selepas mereka membelasah pasukan Pantai Timur, Kelantan 8-0. […]

Central Coast Mariners Beri ‘Amaran’ Awal Kepada Terengganu

Kelab A-League, Central Coast Mariners dijangka menjadi pencabar hebat buat Terengganu FC sekiranya mereka mahu mara lebih jauh dalam saingan Piala AFC 2023-2024. Ini kerana kelab Australia itu hadir dengan reputasi tersendiri. Musim lepas, mereka mencipta kejutan dengan membelasah Melbourne City 6-1 dalam aksi Grand Final A-League. Ia dianggap satu kejutan kerana Melbourne City merupakan […]

AFC Cup 23/24: Terengganu Berdepan Gergasi Australia, Sabah Diuji Kelab Indonesia

Dua wakil Malaysia ke pentas Piala AFC, Terengganu dan Sabah FC sudah pun mengetahui lawan mereka di pentas berprestij tersebut. Kejohanan yang memasuki edisi ke-19 itu menyaksikan penyertaan 36 kelab dari 5 zon AFC yang berbeza mengambil bahagian. Terengganu FC dan Sabah FC layak ke pentas AFC setelah muncul naib juara dan tempat ke-3 Liga […]

Insiden Kad Merah Vietnam Matangkan Azam Azmi

Bek kanan muda Terengganu FC, Azam Azmi Murad mengakui insiden kad merah yang diterimanya semasa mewakili skuad Malaysia pada penghujung tahun lepas banyak mematangkan permainannya. Insiden kad merah yang dimaksudkan ialah kad merah semasa aksi Piala AFF 2022 menentang Vietnam pada 28 Disember tahun lalu. Azam dibuang padang oleh pengadil selepas didakwa mengasari Doan Van […]

Hakim Hassan Kerja Keras ‘Lawan’ Import JDT

Perpindahan bintang utama Harimau Malaya di Piala AFF, Nor Hakim Hassan terbukti berbaloi apabila beliau kini menyinar bersama Terengganu dan kini berada dalam landasan terbaik untuk mengejar kedudukan import JDT. Pemain berusia 31 tahun ini bergelut untuk memberi impak ketika bersama Selangor selain faktor kecederaan menyebabkan beliau sukar mendapat tempat. Penghijrahan ke Terengganu telah membuka […]

Penangan ‘Tonik’ Baru, Liridon Krasniqi Kembali Meledak

Bisa perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi kembali menjelma apabila beliau memainkan watak penting untuk membawa pasukan ke suku akhir Piala Malaysia. Bintang kelahiran Kosovo itu dimasukkan pada babak kedua permainan yang menyaksikan anak buah Tomislav Steinbruckner tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasukan Liga M3, KL Rovers. Pemain naturalisasi negara ini cemerlang membentuk gandingan di […]

Piala Malaysia: Terengganu Gah Ke Suku Akhir Tewaskan KL Rovers

Pertembungan pusingan kalah mati antara pasukan Liga Super, Terengganu FC menentang KL Rovers berkesudahan dengan keputusan memihak kepada skuad Peteh. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik pada malam ini dengan KL Rovers mahu memadam defisit empat gol yang dimiliki oleh Terengganu. Tugas ini bagaimanapun kelihatan sukar apabila anak buah Tomislav Steinbruckner memperoleh gol menerusi Nor Hakim […]

Terengganu Mahu Rombak Pasukan Bertemu KL Rovers

Gergasi pantai timur, Terengganu FC bakal merombak kesebelasan utama pasukan berdepan KL Rovers bagi aksi timbal balik pusingan 16 saingan Piala Malaysia pada Jumaat ini. Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mahu menurunkan pemain yang kurang minit permainan bagi memberi peluang buat para pemain untuk menyinar dan menonjolkan kemampuan masing-masing. Terengganu kini memiliki bekalan selesa apabila […]

Ubaidullah Shamsul Mahu Beraksi Di Asia

Pemain pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili berharap dapat memperaga prestasi mantap dalam Piala AFF B-23 agar dapat beraksi dalam saingan Piala AFC 2023-2024. Musim ini, Ubaidullah merekodkan tiga penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala Malaysia. Dan seperti pemain-pemain lain, beliau juga tidak mahu ketinggalan beraksi di peringkat benua itu. Atas sebab itu, persembahannya untuk […]

Kelab Malaysia Berpeluang Sertai AFC Challenge Cup

Kelab-kelab Malaysia kini berpeluang mengintai satu lagi slot kelayakan ke peringkat Asia. Ini selepas AFC memperkenalkan kejohanan baru yang bakal bermula pada musim 2024-2025 iaitu AFC Challenge Cup (ACC). AFC dalam satu kenyataan melihat ini sebagai usaha reformasi bagi mewujudkan persekitaran komersial yang lebih menguntungkan buat ahli-ahli badan induk bola sepak Asia itu. Selain ACC, […]

Kelantan Pecah Rekod Liga Super

Kelantan kini telah memecahkan rekod bola sepak Malaysia apabila menjadi pasukan paling banyak dibolosi dalam Liga Super dengan 76 bolos. Rekod pasukan paling banyak dibolosi dalam format 14 pasukan sebelum ini dipegang oleh pasukan PDRM pada tahun 2010 sebanyak 75 bolos. Lebih buruk, Kelantan yang telah dibolosi 76 kali dalam 20 perlawanan masih mempunyai baki […]

Liga Super: Terengganu Belasah Kelantan 8-0

Pasukan Liga Super, Kelantan FC menerima tamparan hebat apabila tewas kepada seteru Pantai Timur, Terengganu FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke-iv menyaksikan anak didik Alfredo Vera diratah pada babak pertama permainan. Keadaan padang yang dilimpahi air hujan menjejaskan prestasi tuan rumah apabila dibolosi 4 gol. Pesta jaringan dimulakan apabila peledak berbisa pasukan, […]

Hairuddin Omar Gilap Seorang Lagi Permata Muda Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu ll, Hairuddin Omar melakukan satu tugas yang cukup penting bersama pasukan apabila berjaya menggilap seorang lagi prospek muda berbakat di sana. Pasukan muda Terengganu mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan dalam saingan Piala MFL dalam aksi Kumpulan A. Mereka berjaya muncul selaku juara kumpulan selepas 14 perlawanan dengan meraih 11 kemenangan penting. Ketika […]

Tuan Muqris, Pemain Yang Disiku Daryl Sham Dilaporkan Stabil

Terengganu FC menghela nafas lega selepas bek kanan muda, Tuan Muqris Tuan Noor Marzuki dilaporkan stabil selepas disiku di bahagian leher oleh pemain skuad B-23 negara, Daryl Sham semalam. Insiden tersebut berlaku dalam perlawanan Liga Juara Piala MFL antara Terengganu FC II dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II. Pada minit ke-12, kedua-duanya berebut bola […]

Terengganu Dapat Aura Baru Ke Piala AFC

Menjelang aksi Piala AFC yang bakal bermula pada September ini, Terengganu FC mendapat tonik baru menerusi pengenalan jersi away khas untuk kejohanan berkenaan. Pengumuman jersi away baru ini dibuat pengurusan pasukan menerusi laman media sosial rasmi Terengganu FC beberapa jam lepas. Tidak seperti jersi away Liga Malaysia (Liga M) yang menggunakan turquoise (hijau firus), pembuat […]