Kim Pan-gon Pantau Rapat Pemain JDT & Terengganu

Aksi akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan JDT dan Terengganu malam ini berjaya menarik perhatian ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Kim Pan-gon dikesan turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama beberapa staf kejurulatihan seperti E. Elavarasan dan Pau Marti. Kehadiran Kim Pan-gon pastinya untuk memantau dan menilai keupayaan para pemain tempatan bagi mempersiapkan pasukan […]

Keadaan Menyedihkan Padang SNBJ Menjelang Final Piala Malaysia

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 malam ini, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih dalam keadaan tidak memuaskan. Ini berdasarkan tinjauan yang dibuat MakanBola di SNBJ hari ini biarpun kerja-kerja menambahbaik rumput terus dipergiatkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Ramai penyokong percaya kerosakan padang ini berlaku akibat beberapa pembesar suara yang diletakkan di […]

Siaran Langsung Piala Malaysia: JDT vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu dijangka bakal dibanjiri kira-kira 75 ribu orang penonton kedua-dua pasukan. Keadaan menjadi hangat selepas keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih […]

Azlan Johar: Pengalaman Final Bakal Matangkan Pemain Muda Terengganu

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar melihat aksi final Piala Malaysia 2023 sebagai medan pendedahan terbaik buat barisan pemain muda Terengganu FC. Musim ini menyaksikan jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner memberi kepercayaan kepada pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama terutama di barisan pertahanan. Walaupun percaturan ini kelihatan berisiko pada awalnya, pemain-pemain seperti Ubaidullah Shamsul Fazili dan Safwan Mazlan […]

Status Liridon Krasniqi Bersama Terengganu Akhirnya Terjawab

Status perancang tengah pasukan Terengganu FC, Liridon Krasniqi bagi aksi final Piala Malaysia 2023 akhirnya dijawab oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner. Pengendli kelahiran Croatia itu memberitahu ketika sesi sidang media pra perlawanan bagi aksi final Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 9 Disember 2023. Beliau memberitahu bahawa pasukannya akan turun semaksimum mungkin untuk menjulang […]

Kerosakan Padang SNBJ Disebabkan Oleh Pembesar Suara Konsert?

Biarpun keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil kurang memuaskan, namun perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dam Terengganu FC esok tetap akan dilangsungkan mengikut jadual. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga telah mengeluarkan permohonan maaf atas apa yang berlaku dan berjanji akan terus komited melakukan penambahbaikan. Melalui siaran media yang […]

Jordi Amat Percaya Dua Elemen Penting Mampu Bantu JDT Di Final

Tumpuan peminat bola sepak tanah air kini terarah kepada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 malam esok yang menemukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC. Bagi kapten pasukan JDT, Jordi Amat, beliau menganggap Terengganu adalah sebuah pasukan yang bakal menyukarkan mereka. Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa kecewa selepas melihat keadaan […]

Adam Adli: Padang Sepatutnya OK

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC malam esok, kehangatan perlawanan telah disulami lebih awal dengan berita keadaan padang yang tidak berada di dalam kondisi terbaik. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli menegaskan bahawa keadaan padang sepatutnya berada dalam keadaan yang baik dan mesti boleh digunakan […]

TMJ Tampil Bersuara Isu Padang SNBJ

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ tampil membuka mulut susulan keadaan padang teruk di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). DYAM TMJ hari ini turun sendiri untuk melihat keadaan padang di Bukit Jalil selepas beberapa keping gambar tular berkenaan permukaan padang yang belum siap menjelang sepak mula esok. Menerusi tinjauan MakanBola di […]

PSM Mohon Maaf Tentang Keadaan Padang SNBJ

Susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan menjelang final Piala Malaysia 2023 esok, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf hari ini. PSM dalam satu kenyataan hari ini mengakui berdepan kesuntukan masa menambahbaik kualiti padang susulan penganjuran konsert kumpulan rock antarabangsa, Coldplay pada 22 November lalu. Ini mengakibatkan kualiti padang tidak dapat […]

Habib Haroon: Kami Teruja Berdepan JDT

Pemain tonggak Terengganu FC, Habib Haroon berkongsi perasaan teruja pasukannya untuk turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim di perlawanan akhir Piala Malaysia 2023. Beliau juga berkata, pemain-pemain Terengganu FC berada dalam keadaan yang baik dan gembira untuk berada di pentas final ditambah pula menentang juara bertahan edisi lalu. “Bagi semua pemain, mereka merasa gembira kerana […]

TMJ Segera Ke SNBJ, Pantau Keadaan Semasa Rumput Zeon Zoysia

Susulan isu kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim meninjau sendiri keadaan padang SNBJ semasa sesi latihan JDT hari ini. Baginda melakukan tinjauan bagi melihat padang rumput Zeon Zoysia itu hari ini. DYAM TMJ turut mengiringi baginda dalam […]

SNBJ Hadapi Dua Masalah Besar Kurang 24 Jam Sebelum Final

Perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC bakal menghadapi dua masalah besar berbaki kurang 24 jam sebelum berlangsung. Sebelum ini, tular gambar berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil yang kelihatan tidak bersedia sekaligus mencetuskan perasaan bercampur-baur dalam kalangan penyokong. Beberapa jam terbaru juga menyaksikan keadaan padang masih tidak berubah […]

Sasaran Awal Ong Kim Swee Di Asia Tercapai

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira kerana berjaya mencapai sasaran awal dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024. Selepas mengetahui skuad Badak berada dalam Kumpulan H bersama PSM Makassar, Hai Phong dan Hougang United, Kim Swee sentiasa melihat pasukan itu mampu melepasi peringkat kumpulan. Dengan sasaran itu sudah tercapai, ini memberi ruang kepada bekas […]

Tomislav Steinbruckner: Rahadiazli Perlu Cari Kelab Lain

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa penjaga gol utama pasukannya ialah Suhaimi Husin sambil berharap agar Rahadiazli mencari tempat baharu untuk menjadi penjaga gol utama pasukan. Dalam satu kenyataan pra perlawanan sebentar tadi, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa beliau sudah membuat keputusan mengenai penjaga gol yang bakal diturunkannya. Beliau sedar banyak pihak […]

Liridon Krasniqi Ungkap Penghargaan Kepada JDT & TMJ

Selepas menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada penghujung 2019, Liridon Krasniqi akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Super 10 tahun berturut-turut itu. Dalam satu muatnaik di laman instagram story, Liridon Krasniqi yang juga merupakan pemain naturalisasi kedua negara telah mengungkapkan ucapan penghargaan kepada JDT khususnya kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim […]