Terengganu Risik Khidmat Nafuzi Zain Semula

Dengan Liga Super bakal berakhir pada minggu hadapan, Terengganu FC dikatakan sudah mula membuat perancangan untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan khabar angin bahawa skuad Peteh cuba merisik khidmat jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain. Namanya bukan asing dalam kalangan penyokong Terengganu kerana pernah membimbing skuad Penyu dari […]

Keputusan Pemilihan Pengadil Dari Selangor Bagi Aksi JDT & Terengganu Bersebab

Susulan prestasi pengadil R. Logeswaran yang didakwa kurang memberangsangkan semasa mengadili final Piala Malaysia 2023 membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Terengganu FC, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberi penjelasan. Nama Logeswaran dipilih oleh badan induk bola sepak negara itu selepas berdepan kekangan mencari pengadil yang berstatus berkecuali. Ini kerana Razlan Joffri […]

FAM: Kenyataan Pengerusi Pengadil FIFA Adalah Palsu

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa kenyataan yang dikatakan datang dari Presiden Pengadil FIFA, Pierluigi Collina yang dikatakan kecewa dengan mutu pengadilan final Piala Malaysia 2023 adalah palsu. Khabar yang tular dalam kumpulan bola dan juga laman tertentu itu disahkan bukan daripada kenyataan rasmi oleh FIFA sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai. “Dalam satu lagi […]

Terengganu Persiapkan Pengganti Azam Azmi?

Desas-desus mengenai perpindahan bintang Terengganu FC, Azam Azmi Murad ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Malah laman Transfermarkt juga telah merekodkan perpindahan Azam Azmi ke JDT yang difahamkan bakal dilengkapkan pada Januari tahun hadapan. Namun begitu, Terengganu dilihat tidak menoleh lagi ke belakang apabila dikhabarkan bakal membawa masuk pemain […]

Ubaidullah Shamsul Disahkan Cedera ACL

Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan yang semakin meningkat naik, Ubaidullah Shamsul Fazili. Penganalisis bola sepak, Cafiq Sahari mendedahkan Ubaidullah terpaksa berehat sekitar sebulan hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa aksi final Piala Malaysia 2023. Kecederaan tersebut dialami beliau susulan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang […]

Azam Azmi Sertai JDT?

Pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2024. Pemain berusia 22 tahun itu beraksi dengan cukup cemerlang dalam dua musim kebelakangan ini sekaligus menyaksikan beliau menjadi pilhan utama pada posisi pertahahan kanan. Desas-desus mengenai masa depan beliau kembali menjadi bualan hangat susulan beberapa spekulasi yang […]

Ivan Mamut Mahu Kekal Bersama Terengganu

Penyerang Croatia, Ivan Mamut bersedia untuk kekal bersama Terengganu FC sekiranya khidmatnya masih ditagih pasukan itu. Musim 2023 menyaksikan Mamut telah meledakkan 22 gol bersama Sang Penyu dalam semua kejohanan termasuk aksi final Piala Malaysia 2023 pada Sabtu lalu. Dengan kontraknya bakal berakhir pada hujung bulan ini, ramai ingin tahu sama ada Mamut akan dikekalkan […]

Safwan Mazlan Akui Kehebatan Arif Aiman

Pertahanan muda Terengganu, Safwan Mazlan mengakui Arif Aiman merupakan seorang pemain yang berbahaya diatas padang. Arif Aiman memainkan peranan penting dalam menoktahkan kemenangan JDT ke atas Terengganu apabila terlibat dalam gol kedua dan ketiga. Malah, pemain sayap lincah itu turut muncul pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia setelah melakukan bantuan jaringan kepada Feroz Baharudin dan […]

Corbin-Ong & Ubaidullah Sah Cedera, Shane Lowry Menangis Tinggalkan Padang

Khabar duka menyelubungi kem pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC selepas beberapa bintang utama seperti La’Vere Corbin-Ong dan Ubaidullah Shamsul mengalami kecederaan. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun terpaksa membayar harga yang mahal selepas kecederaan beberapa pemain utama menjadi masalah. Keadaan pertama terjadi […]

Penyokong Terengganu Meninggal Dunia Di Stadium

Disebalik kerancakan aksi final Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, terdapat khabar duka yang menjentik sanubari semua peminat bola sepak tanah air. Dikhabarkan, terdapat seorang penyokong dipercayai penyokong Terengganu telah meninggal dunia di stadium semalam selepas mengalami serangan jantung. Perkara tersebut telah dikongsikan […]

“Sebagai Pemain Muda Memang Tak Boleh Memilih” – Ubaidullah

Pemain pertahanan muda Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul mengakui beliau tidak boleh bersikap memilih dan sentiasa berikan yang terbaik supaya momentum yang diingini berjaya dicapai. Ketika ditanya mengenai perubahan posisi sebelum ini akan mengganggu keselesaannya untuk turun beraksi di pentas akhir, beliau berkata, sebagai pemain muda, beliau perlu menerima cabaran itu tanpa perlu memilih mengenai […]

Bergson Tak Mahu Bebankan Arif Aiman

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak mahu meletakkan beban yang besar kepada rakan sepasukannya, Arif Aiman Hanapi untuk mengambil sepakan penalti pada masa tambahan ketika aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC. Pemain berusia 32 tahun itu gusar Arif akan dikecam sekiranya beliau gagal dalam tendangan penalti itu sehingga membuka peluang […]

Sony Norde Akui Terengganu Berbeza Pada Babak Kedua

Penyerang Terengganu, Sony Norde mengakui aksi babak pertama mereka lebih bagus berbanding babak kedua namun seluruh pemain Terengganu telah memberikan yang terbaik. Kemarau trofi Piala Malaysia terus berpanjangan buat Terengganu apabila skuad kendalian Tomislav Steinbruckner tewas 1-3 terhadap JDT. “Apa yang saya boleh katakan, kita sudah mencuba yang terbaik. Padang tidak banyak membantu dan jika […]

Tano Solari Puji Keberanian JDT Hadapi Kekuatan Terengganu

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari memuji keberanian yang ditunjukkan anak-anak buahnya bila menentang Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia 2023. Seperti dijangka, skuad Peteh memberi tentangan sengit kepada Harimau Selatan bagi mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 22 tahun. Biarpun beraksi di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang […]

Tomislav Steinbruckner: VAR Perlu Ada Untuk Aksi Sebesar Ini

Kekalahan yang menimpa Terengganu FC di pentas akhir Piala Malaysia 2023 sebentar tadi membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kejuaraan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut. Bagi Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, beliau menganggap Video Bantuan Pengadil (VAR) sangat diperlukan dalam perlawanan akhir seperti ini. Ini kerana tiga sepakan penalti telah diberikan. Malah Tomislav juga berpendapat ada […]

Piala Malaysia: JDT Kekalkan Mahkota Kejuaraan Tewaskan Terengganu

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan Harimau Selatan mengekalkan barisan terkuat sementara Sang Peteh mempertaruhkan pertahanan tempatan bagi aksi getir ini. Padang yang tidak […]