6 Pemain Baru Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

Kem Harimau Malaya diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain baru yang melapor diri hari ini. Lima pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) iaitu Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin dan Endrick dos Santos melapor diri hari ini. Turut sama hadir melapor diri untuk tugasan skuad kebangsaan ialah pemain pertahanan Buriram United, Dion Cools. […]
Syihan Hazmi Disisihkan Saat Akhir Daripada Skuad Harimau Malaya

Kelibat penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi tidak berada dalam skuad negara menjelang dua aksi getir. Hal ini susulan barisan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi buat Harimau Malaya masih menjalani latihan bersama pasukan. Kelibat penjaga gawang berusia 28 tahun itu menjadi tanda tanya selepas tidak kelihatan dalam sesi latihan terakhir pasukan. Posisi […]
Paulo Josue ‘Tewaskan’ Syihan Hazmi

Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue berjaya menewaskan Ahmad Syihan Hazmi kali ke-2 musim ini. Pertemuan antara KL City dan JDT di Stadium Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi ini. Pertarungan sengit berlangsung pada 30 minit pertama permainan sebelum satu serangan balas oleh Harimau Selatan berjaya membolosi […]
Syihan Hazmi Buat Pemain Kelab Sepanyol Terkaku

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi mencipta sensasi apabila menunjukkan kebolehan sebenarnya di Sepanyol. Pemain berusia 28 tahun itu kini menjalani persiapan pra-musim apabila turun beraksi dalam beberapa perlawanan di sana. Persembahan penjaga gawang Malaysia ini sentiasa menjadi perhatian pada peminat selepas membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi domestik yang […]
Syihan Hazmi Ada Pencabar Baru Di Asia Tenggara

Penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi memiliki pencabar baharu di Asia Tenggara. Pemain berusia 28 tahun itu menjadi watak utama buat Harimau Malaya sejak tiga tahun kebelakangan ini termasuklah ketika aksi di Piala Asia 2023. Beliau juga merupakan antara penjaga gawang paling konsisten sejak era Kim Pan-gon tatkala negara-negara ASEAN yang lain sering memainkan watak […]
Perbezaan ‘Saham’ Tiga Penjaga Gol Malaysia Jadi Tumpuan

Perbezaan terkini saham tiga penjaga gol utama Malaysia mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat. Skuad kendalian Kim Pan-gon baru sahaja tamat mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Kedudukan ini menyaksikan Malaysia turun ke tangga ketiga kumpulan selepas mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan. Perkembangan posisi penjaga […]
“Jangan Letak Harapan Tinggi Lawan Oman” – Syihan Hazmi

Penjaga gawang negara, Ahmad Syihan Hazmi mahu kekal berfikiran realisitik menjelang pertemuan berdepan Oman dalam aksi kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menurut beliau, pasukan Oman kali ini agak berbeza setelah setelah berjaya merekrut jurulatih baharu yang sudah semestinya menggunakan taktikal yang baharu. Oleh itu, beliau tidak mahu meletakkan sebarang harapan yang […]
JDT Dilaporkan Buru Khidmat Penjaga Gol Import

Desas-desus mengenai identiti penjaga gol yang menjadi buruan jaguh Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) difahamkan adalah pemain import. Perkara ini mula menjadi bualan ramai selepas satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards tentang pembelian 4 pemain baharu iaitu Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Ryan dan Declan Lambert. Namun begitu, JDT juga memaklumkan […]
JDT Buru Penjaga Gol Berprofil Tinggi

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dilaporkan sedang memburu penjaga gol yang berprofil tinggi. Menurut kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards, menyatakan Harimau Selatan ketika ini dalam perbincangan untuk menandatangani penjaga gol baharu. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert […]
Saham Syihan Hazmi ‘Meroket’ Di Korea Selatan

Saham penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi naik mendadak selepas mempamerkan aksi memukau ketika mengikat Korea Selatan. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi antara watak penting negara untuk mengikat Taeguk Warriors sungguhpun tidak dapat layak ke pusingan berikutnya. Beliau menjadi tunjang ketika pasukan negara bangkit untuk mengikat Taeguk Warriors dengan keputusan 3-3. Menerusi beberapa komen […]
Lee Kang-in Terlepas Peluang Meledak Gol Bertaraf Dunia

Lee Kang-in terlepas peluang mencetak nama selaku penjaring gol kedua Korea Selatan sewaktu pasukan itu seri 3-3 berdepan Malaysia. Sepakan percuma bertaraf dunia daripada Lee Kang-in disahkan sebagai jaringan sendiri oleh Syihan Hazmi setelah lantunan bola tersebut terkena penjaga gol Malaysia. Lee Kang-in yang telah menjaringkan dua gol buat Korea Selatan sewaktu bertemu Bahrain tempoh […]
Aksi Tangan Lincah Syihan Hazmi Buat Son Heung-min Terkaku

Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi memastikan kecemerlangan skaud negara berterusan bagi aksi 45 minit pertama permainan. Pasukan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utama pasukan dan hanya melakukan beberapa pertukaran penting. Skuad kebangsaan berjaya mengawal keadaan dalam 15 minit pertama permainan namun berjaya ditembusi beberapa kali selepas itu. Detik paling penting buat pasukan […]
AFC Asian Cup: Ali Madan Akui Kehebatan Syihan Hazmi

Pemain sayap Bahrain, Ali Madan mengakui kehebatan penjaga gol utama Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi. Beliau dan rakan sepasukan berhadapan dengan satu perlawanan yang sukar kerana Syihan merupakan antara penjaga gol yang sukar ditembusi. Pemain sayap Bahrain berusia 28 tahun itu telah menyumbang gol kemenangan pasukan pada detik-detik akhir masa kecederaan ketika menentang Malaysia dalam perlawanan […]
AFC Asian Cup: 4 Pemain Tumpuan Aksi Malaysia & Jordan

Menjelang aksi hangat Malaysia berdepan Jordan, mari kita lihat antara pemain yang dijangka mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut. Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman sudah tentunya antara nama yang bakal diberi peranan penting bagi merobek gawang Jordan. Bakat pemain berusia 21 tahun itu sudah terbukti dengan statistik yang cukup cemerlang bersama skuad kebangsaan – 6 […]
Syihan Hazmi: Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan

Syihan Hazmi berpendapat skuad Harimau Malaya perlu meraih mata berdepan Jordan dalam perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023. “Alhamdulillah, dari hari pertama kami tiba mental pemain sangat baik dan fokus untuk aksi pertama. Saya harap penyokong Malaysia doakan kami agar dapat meraih mata untuk perlawanan pertama.” “Saya teruja dan bersyukur dapat menyertai Piala Asia. […]
Syihan Hazmi Jalani Latihan Intensif Sebelum Ke Piala Asia

Syihan Hazmi kini dikesan menjalani latihan intensif sebelum menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada 26 Disember ini. Penjaga gol berusia 27 tahun itu tampil komited melakukan latihan sendiri sebagai persediaan ke Piala Asia Qatar pada Januari tahun hadapan. Kejohanan besar Piala Asia sememangnya menuntut para pemain agar lebih bersedia menghadapi cabaran hebat pasukan […]