Media India Senaraikan 3 Bintang Harimau Malaya Perlu Diawasi

3 bintang Harimau Malaya telah dikenal pasti oleh media di India bakal menjadi ancaman menjelang aksi persahabatan pada Isnin. Skuad kebangsaan bimbingan Pau Marti Vicente terbang ke Hyderabad untuk berdepan India dengan momentum positif setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Laos pada Khamis lalu. Tiga jaringan daripada Harith Haiqal, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero berjaya […]
JDT Lepaskan Syihan Hazmi Bersebab

Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki sebab untuk melepaskan penjaga gol, Syihan Hazmi untuk kekal membantu Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti berjaya menewaskan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand. Ujian berdepan India di Hyberabad diteruskan tanpa kelibat tiga tonggak JDT iaitu Arif Aiman, Matthew Davies dan juga Feroz Baharudin yang […]
Dua Penjaga Gol Malaysia Dijangka Bawa Diri Ke Kelab Baharu

Dua penjaga gol Malaysia dijangka membawa haluan ke kelab baharu. Baru-baru ini, tular penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz telah meninggalkan pasukan atas bersetujuan bersama. Tonggak utama Sang Kenari itu menjadi watak penting di bawah kendalian Nafuzi Zain namun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu. Beliau dijangka bakal membawa diri ke Lembah Klang untuk […]
Penjaga Gol Berbakat Malaysia Sertai Kuching City?

Penjaga gol berbakat Malaysia dilaporkan bakal berhijrah ke Kuching City. Perkhabaran awal ini telah menghangatkan jendela perpindahan kedua masih lagi dibuka hingga akhir September 2024. Menerusi beberapa laporan yang diterima oleh MakanBola, seorang penjaga gol berbakat besar Malaysia bakal meninggalkan pasukannya ketika ini untuk ke Kuching City. Persaingan sengit untuk mengekalkan posisinya pada peringkat kelab […]
Tugas Besar Syihan Hazmi

Tugas besar menanti penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim kedua penuh gemilang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu pasukan untuk muncul juara Piala FA. Bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini terlepas panggilan terakhir kem negara susulan kecederaan kembali menjadi sandaran utama […]
Syihan Hazmi Tidak Mahu Pandang Filipina Sebelah Mata

Tonggak utama Harimau Malaya, Syihan Hazmi tidak mahu pasukan negara memandang rendah keupayaan Filipina menjelang aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu. Syihan antara lapan pemain yang kembali dipanggil oleh pengendali negara, Pau Marti setelah disisihkan ketika saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang lalu akibat kecederaan. Menurut Syihan, beliau bersyukur dapat kembali bersama pasukan bagi menghadapi […]
Syihan Hazmi Buktikan Keputusannya 3 Tahun Lalu Tepat

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Syihan Hazmi membuktikan bahawa keputusan yang dibuat pada tiga tahun lalu adalah satu keputusan yang tepat. Pada tahun 2021, Syihan yang pada ketika itu mewakili pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) hanya diturunkan tiga kali sahaja bagi musim 2021. Syihan terpaksa bersaing dengan penjaga […]
3 Penjaga Gol Malaysia Piala Asia B-23 2018 Hadapi Nasib Berbeza

Tiga bekas penjaga gol skuad Malaysia Bawah 23 Tahun pada kejohanan Piala Asia B-23 2018 alami nasib berbeza dalam saingan Liga Super musim 2024/2025. Pada Piala Asia B-23 edisi 2018, Malaysia yang pada ketika itu dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee telah membawa tiga penjaga gol iaitu Haziq Nadzli, Ifwat Akmal dan Syihan Hazmi. Penampilan […]
Syihan Hazmi Bolos Dua Gol Dengan Cara Sama

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dibolosi dua jaringan dengan cara yang sama musim ini. Pemain berusia 27 tahun itu mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sabah FC. Skuad Harimau Selatan berjaya merakamkan kemenangan ke-5 musim ini sekaligus kekal di tangga teratas liga […]
Azri Ghani Diramal Bersedia Galas Tugas Syihan Hazmi

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya penjaga gol KL City FC, Azri Ghani sudah bersedia menggalas peranan Syihan Hazmi Mohamed iaitu penjaga gol utama Harimau Malaya. Selepas Syihan terpaksa disisihkan Kim Pan-gon untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 akibat kecederaan, Azri dipilih menggalas tugas sebagai penjaga kubu terakhir negara. Penjaga gol […]
3 Tonggak Penting Kembali Perkuat JDT

Tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) kini kembali memperkuat pasukan menjelang sepak mula Piala FA 2024. Skuad kendalian Hector Bidoglio mencatatkan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Super 2024/25 terutamanya ketika membelasah KL City dengan keputusan 5-1. Persiapan Harimau Selatan kini terarah kepada perlawanan Piala FA apabila bakal bertemu Kelantan Darul Naim di laman […]
Malaysia & Thailand Dihimpit Ujian Sama Saat Akhir

Perjuangan dua pasukan Asia Tenggara, Malaysia dan Thailand dihimpit dengan ujian yang sama saat akhir di Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi aksi terakhir menentang Chinese Taipei sementara Thailand melayan kunjungan Singapura. Persiapan kedua-dua pasukan berlangsung lebih kurang sama dengan beberapa tonggak terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Harimau Malaya merekodkan keputusan seri […]
JDT Sediakan 3 Pengganti Syihan Hazmi

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyediakan tiga pengganti kepada Syihan Hazmi. Pasukan kendalian Hector Bidoglio memulakan musim 2024/25 dengan begitu cemerlang apabila meraih 9 mata daripada 3 perlawanan. Prestas memberangsangkan ini juga diserikan dengan 11 jaringan dan hanya bolos satu gol ketika berdepan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim. Kejayaan itu […]
Razman Roslan Anggap Kalamullah Mampu Gantikan Syihan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan percaya penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi mampu menggalas peranan sebagai benteng terakhir negara. Masalah kecederaan membabitkan ramai tonggak utama menjejaskan persiapan Malaysia untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Antara nama yang terpaksa disisihkan jurulatih Harimau Malaya, Kim […]
Safee Sali Cadang Guna Taktikal Bertahan Lawan Kyrgyzstan

Bekas penyerang negara, Safee Sali mencadangkan Harimau Malaya menerapkan taktikal bertahan bagi aksi bertemu Kyrgyzstan pada 6 Jun nanti. Ini berikutan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain serangan dan ketiadaan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi untuk dua aksi Malaysia menentang Kyrygzstan dan Chinese Taipei. Baki dua perlawanan ini penting buat skuad Harimau Malaya yang […]
Senarai Kecederaan Pemain Harimau Malaya Makin Meningkat

Senarai kecederaan pemain Harimau Malaya meningkat menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon diperkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu tatkala tunjang utama pasukan mengalami kecederaan. Senarai 26 orang pemain awal menyaksikan ketiadaan 4 tonggak utama iaitu Arif Aiman, Faisal Halim, Romel Morales dan juga Azam Azmi Murad ekoran kecederaan. […]