Venue Rasmi Final Piala Malaysia Akhirnya Diumumkan

Penantian para peminat bola sepak tanah air berkenaan venue rasmi Piala Malaysia akhirnya terjawab menerusi satu pengumuman oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini. Pertembungan dua pasukan berprestij di Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC menjadi tumpuan selain menjadi kejohanan akhir untuk menutup aksi musim ini. Juara bertahan Piala Malaysia, […]

Harga Tiket Aksi Malaysia & Kyrgyzstan Bermula Serendah RM5

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Kyrgyzstan, penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM5. Pengumuman ini dibuat oleh FAM menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini. Dengan skuad negara beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), harga tiket perlawanan ditetapkan pada harga RM40 bagi Kategori Terbuka dan […]

PSM Puas Hati Dengan Sistem Perparitan, Perlukan 12 Bulan Untuk Benar-benar Bersedia

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendedahkan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 12 bulan bagi menyediakan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Keadaan padang SNBJ yang menggunakan rumput baru jenis Zeon Zoysia semalam mengundang keluhan daripada penyokong Harimau Malaya. Ini kerana dengan tompok rumput yang banyak tercabut, ia sedikit sebanyak menggugat aksi menarik Malaysia dan India dalam saingan […]

TMJ Ulas Situasi Sebenar Padang Zeon Zoysia Di SNBJ

Keadaan padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan mendapat perhatian DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Ramai mengeluh melihat aksi Pestabola Merdeka 2023 malam ini membabitkan Malaysia dan India terganggu akibat keadaan padang yang kurang elok. Untuk rekod, padang baru SNBJ ini menggunakan rumput Zeon Zoysia menggantikan rumput cowgrass yang digunakan […]

“10 Bulan Dah Selesai” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kini menghela nafas lega kerana kerja penggantian rumput cowgrass kepada Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah selesai. Usaha penggantian rumput ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja penambahbaikan ke atas SNBJ yang digerakkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Usaha penggantian rumput tersebut direalisasikan menerusi tajaan dana daripada DYAM TMJ, […]

Hannah Yeoh: Tak Guna Ada Kemudahan Canggih Jika Rakyat Tak Boleh Guna

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melihat inisiatif merakyatkan kemudahan milik PSM patut diberi sokongan penuh. Ini kerana jika orang ramai tidak boleh mengakses kemudahan bertaraf antarabangsa, maka sukar untuk menyuburkan minat mereka terhadap sukan terutama dalam kalangan generasi muda. Dengan langkah ini, ini memudahkan usaha mengenalpasti bakat-bakat baru sukan yang boleh menjadi atlet pelapis […]

Kos Naik Taraf SNBJ Cecah Hampir RM5 Juta

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah menelan belanja hampir RM5 Juta. Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa serahan tapak projek kepada syarikat Talenttwo (M) Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 1 April 2023 dan kerja penukaran rumput telah dijalankan sehingga 30 September 2023. Tempo […]

Penyokong Berpeluang Nikmati Pengalaman Baharu Di SNBJ

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac percaya penyokong Harimau Malaya merasai pengalaman berbeza bila berada di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Selepas ditutup selama beberapa bulan untuk kerja-kerja penambahbaikan termasuk penggantian rumput Zeon Zoysia, kini SNBJ kelihatan lebih segar dan selesa untuk kegunaan penyokong. “Akan ada dua perlawanan berlangsung nanti dan kami harap […]

Media Terkemuka Asia Cadang 3 Stadium Malaysia Jadi Venue Piala Dunia 2034

Sebuah akhbar Australia mencadangkan sekiranya pakatan Malaysia-Australia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 jadi kenyataan, tiga stadium negara ini patut dijadikan sebagai venue kejohanan. Akhbar Sydney Morning Herald menggagaskan idea ini atas alasan Malaysia memiliki beberapa stadium yang memenuhi kriteria stadium perlawanan Piala Dunia berbanding Australia. FIFA menetapkan sesebuah stadium perlu memiliki kapasiti sekurang-kurangnya 40,000 […]

TMJ & Hannah Yeoh Bincang Perkembangan Terkini Rumput Zeon Zoysia Di SNBJ

DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim terima mengadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Ibu Pejabat Johor Darul Ta’zim (JDT) FC hari ini. Pertemuan yang dikongsikan baginda di akaun media rasmi baginda ialah bagi membincangkan perkembangan terkini pemasangan rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Ini selepas timbul kebimbangan SNBJ berkemungkinan […]

Aksi Harimau Malaya Bakal Terganggu Dengan Konsert Coldplay

Pada Januari lepas, ramai penyokong Harimau Malaya marah apabila penganjuran konsert Jay Chou mengurangkan kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk aksi separuh akhir Piala AFF 2022. Dan terbaru, konsert Coldplay pada 22 November ini dijangka bakal memberi kesan sama untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang diadakan sehari selepas itu. Hal ini mula mengundang […]

Penyokong Dan Media Thailand Risaukan Padang SNBJ

Disebalik pelbagai isu yang hangat menjelang pertembungan separuh akhir Piala AFF 2022 di antara Malaysia dan Thailand malam ini, ada isu yang lebih merisaukan segelintir penyokong dan media Thailand. Isu yang merisaukan mereka adalah keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dikatakan tidak sesuai untuk pasukan Thailand bermain secara ‘Possesion Football’. Selain itu […]

Hannah Yeoh Kena Game?

Apa isunya jika Stadium Nasional Bukit Jalil sudah ditempah untuk penganjuran konsert Jay Chou empat tahun lalu, dan kenapa perlukan sampai 14 hari untuk pemasangan pentas? Itu persoalan dibangkitkan bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Zakaria Rahim setelah mendengar penjelasan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Pemasangan struktur pentas untuk konsert tersebut yang sedang […]

Theerathon Bunmathan: Kita Cukup Bagus Untuk Kalahkan Malaysia

Ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan dengan yakin menyatakan bahawa skuad Gajah Perang kali ini mampu menewaskan Malaysia. Meskipun Thailand tidak pernah menang dalam lima perlawanan sebelum ini, bekas pemain Vissel Kobe itu percaya pasukannya mampu melangkah jauh dalam saingan kali ini. “Saya tidak mahu kedengaran sombong, tetapi saya amat yakin pasukan Thailand ini cukup bagus […]

Rumput Stadium Rajamangala Hancur Disebabkan Konsert

Ramai mengeluh disebabkan konsert artis terkenal Taiwan, Jay Chou, mereka tidak dapat menonton perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Malaysia-Vietnam. Dan ada yang bimbang disebabkan konsert tersebut, ia bakal merosakkan padang seperti dialami stadium keramat Thailand, Stadium Rajamangala. Kebiasaannya, skuad kebangsaan Thailand akan beraksi di Stadium Rajamangala untuk aksi penting termasuk Piala AFF. Tetapi untuk […]

Hannah Yeoh Bagi Fakta Menarik Mengapa Kapasiti SNBJ Terpaksa Dikurangkan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah menjawab persoalan mengenai isu mengapa kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikurangkan dengan memberi beberapa fakta yang menarik. Harimau Malaya yang terpaksa mengorbankan 21,000 penyokong selepas diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disebabkan oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang masih dalam proses pemasangan. Antara fakta yang dilontarkan oleh […]