PSM Hargai Nasihat Tunku Ismail, Komited Uruskan Padang SNBJ Lebih Baik

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menzahirkan rasa terima kasih buat pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan Johor di atas keprihatinan beliau berkenaan masalah padang di SNBJ. Menerusi satu siaran media yang dikeluarkan di akaun media sosial Perbadanan Stadium Malaysia, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat DYAM Tunku Mahkota Ismail, pemangku Sultan […]

PSM Larang Pentas & Menara Bunyi Diletakkan Atas Padang SNBJ

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mula mengambil tindakan bagi memulihkan kembali kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). PSM menerusi satu kenyataan media hari ini memaklumkan pentas dan menara bunyi untuk konsert tidak lagi dibenarkan diletakkan di atas padang SNBJ. Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat post-mortem membabitkan PSM, perunding dan kontraktor stadium berkenaan padang SNBJ yang […]

PSM: Konsert Harris Jayaraj Di SNBJ Tidak Melibatkan Kawasan Padang

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan konsert komposer India, Harris Jayaraj tidak akan melibatkan kawasan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Jaminan itu dibuat susulan ramai peminat bola sepak meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui satu lagi konsert bakal diadakan di SNBJ pada 25 Mei ini. Ramai peminat bimbang sekiranya konsert tersebut diteruskan, ini […]

Keadaan Terkini Padang SNBJ Legakan Hati Rakyat Malaysia

Warga Malaysia boleh menghela nafas lega melihat keadaan terbaru padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menerusi video yang dikongsikan wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly di Instagram Story, padang rumput jenis Zeon Zoysia itu kelihatan hijau dan sudah bersedia untuk aksi Malaysia-Oman malam ini. Keadaan terkini padang dijangka meredakan kerisauan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan […]

Media Terkemuka Asia Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi perhatian ramai belakangan ini termasuk media-media terkenal dari luar negara. Menerusi perkongsian Asean Football menyaksikan keadaan padang stadium tersebut menggunakan dron memaparkan pemandangan dari atas SNBJ sebelum perlawanan esok. “Stadium Bukit Jalil sebelum perlawanan antara Malaysia dan Oman dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026,” tulis Asean Football […]

Jurulatih Oman Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang baik mengundang keresahan jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy. Jurulatih dari Republik Czech itu berhasrat ingin mencuba padang SNBJ semalam bagi membantu anak buahnya beradaptasi menjelang perlawanan menentang Malaysia. Malangnya, perkara tersebut tidak dapat direalisasikan. Ini selepas Silhavy dimaklumkan keadaan padang SNBJ belum berada pada tahap terbaik. […]

Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Jana Impak Ekonomi RM200 Juta

Gelanggang Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil mencatatkan keuntungan hampir RM200 juta melalui penganjuran konsert tahun lalu. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh ketika sidang parlimen berlangsung semalam. Beliau berkata, dua penganjuran konsert utama tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil telah berjaya membawa pulangan yang besar buat ekonomi […]

FAM Puas Hati 100%, Yakin Padang SNBJ Boleh Pakai & Lebih Cantik

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh digunakan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac ini. Keyakinan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Ke-10 di […]

Hannah Yeoh Senaraikan 3 Pembaharuan Di Stadium Bukit Jalil Sejak Diambil Alih

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan terdapat beberapa pembaharuan telah dibuat ke atas Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sejak beliau mengisi jawatan tersebut pada akhir tahun 2022. Ini selepas beliau mengulas keluhan bekas Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu di X tentang kegagalan Malaysia menjadi penganjur konsert artis pop antarabangsa, Taylor […]

Hannah Yeoh Kongsi Keadaan Terkini Padang Di SNBJ

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah berkongsikan keadaan terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia selaku tuan rumah bakal berhadapan cabaran Oman pada 26 Mac kelak dan akan kembali menggunakan gelanggang keramat iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. “Rumput okay saya ada melawat stadium hari ini. Kerja penyelenggaraan sedang dijalankan oleh pihak kontraktor. Kita […]

SNBJ Perlukan Sebulan Kembali Dalam Keadaan Terbaik

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmy melihat tempoh sebulan diperlukan untuk mengembalikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ke tahap terbaik. Tempoh tersebut dilihat sesuai lebih-lebih lagi dengan mengambil kira apa yang berlaku di SNBJ pada Februari dan Mac tahun hadapan. Bulan Februari menyaksikan penyanyi British terkenal, Ed Sheeran bakal membuat […]

Keadaan Menyedihkan Padang SNBJ Menjelang Final Piala Malaysia

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 malam ini, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih dalam keadaan tidak memuaskan. Ini berdasarkan tinjauan yang dibuat MakanBola di SNBJ hari ini biarpun kerja-kerja menambahbaik rumput terus dipergiatkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Ramai penyokong percaya kerosakan padang ini berlaku akibat beberapa pembesar suara yang diletakkan di […]

PSM Akui Tak Cukup Masa Punca Padang SNBJ Rosak Teruk

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akui tak cukup masa untuk memulihkan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang akan digunakan di pentas final Piala Malaysia 2023 malam ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PSM pada semalam, mereka memaklumkan bahawa berlaku kekangan waktu untuk memulihkan keadaan selepas daripada penganjuran konsert Coldplay. Ia telah membantutkan sedikit sebanyak […]

Hannah Yeoh: PSM Akan Pastikan SNBJ Bersedia Bagi Aksi Final Piala Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dapat digunakan untuk aksi final Piala Malaysia pada 8 Disember ini. Sebelum ini, ramai peminat bola sepak kurang senang melihat perubahan kualiti padang SNBJ selepas ia digunakan untuk konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay baru-baru ini. Keadaan padang yang bertukar warna itu turut mengundang […]

Hans Isaac Ada ‘Resipi’ Pulihkan Keadaan Padang SNBJ?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Stadium Malaysia, Dato’Hans Isaac dilihat sudah memiliki resipi untuk memulihkan keadaan rumput Stadium Nasional Bukit Jalil. Tular sekeping foto yang dikongsikan oleh DYAM TMJ mengenai keadaan terkini padang SNBJ susulan penganjuran konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November 2023. Keadaan ini menimbulkan rasa dukacita dalam kalangan peminat bola sepak tanah […]

Penyokong Puas Hati Keadaan Padang Terkini SNBJ, Terima Kasih TMJ

Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam menjadi antara sebab penting yang membolehkan Malaysia memperagakan aksi terbaik untuk menewaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih perlu diberikan kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) atas jasanya untuk menawarkan penukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit […]