Sri Pahang Bakal Tempuhi Dua Ujian Besar

Dengan beberapa pasukan Liga Super sudah mengatur perlawanan persahabatan sebagai perlawanan pemanas badan, Sri Pahang FC juga dilaporkan akan berbuat demikian. Jurulatih Tok Gajah, Fandi Ahmad sebelum ini mendedahkan dua perlawanan persahabatan akan diatur semasa kalendar antarabangsa FIFA. Bagaimanapun, pengurusan Sri Pahang masih tidak mendedahkan identiti dua lawan berkenaan. Aturan dua perlawanan persahabatan ini dilihat […]

Azrif Nasrulhaq Jaring Gol Roket

Kelibat pertahanan kental Sri Pahang FC, Azrif Nasrulhaq kembali meniti di bibir penyokong selepas beliau menjaringkan gol yang cukup bermakna buat pasukan. Pemain pinjaman JDT ini menjadi pilihan utama Fandi Ahmad untuk mengisi posisi pertahanan kanan pasukan. Peluang tersebut nyata tidak dipersiakan oleh pemain berusia 30 tahun itu apabila memainkan peranan yang cukup penting untuk […]

Liga Super: Sri Pahang ‘Tawan’ Kelantan United Di Kota Bharu

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kelantan United dan Sri Pahang. Seawal minit kesembilan permainan, Sri Pahang membuka akaun jaringan menerusi pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq. Azrif melepaskan satu percubaan kencang dari luar kotak penalti dan rembatan tersebut gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan United, Ilham Amirullah. Pada minit ke-22 permainan, giliran penyerang kebangsaan […]

Kpah Sherman Belanja Gol Sepakan Gunting Ala Cristiano Ronaldo

Gol pertama Kpah Sherman menentang Harini FC meraih perhatian ramai apabila beliau menjaringkan gol menerusi sepakan gunting ala Cristiano Ronaldo. Jaringan akrobatik tersebut bukan sahaja mengejutkan penonton namun turut membuat penjaga gol Harini FC, Hafizul Hakim tercengang seketika. Jaringan sewaktu minit ke-43 itu terhasil apabila Baqiuddin Shamsudin memberi bola tinggi ke arah Kpah Sherman menerusi […]

Piala Malaysia: Sri Pahang Gah Ke Suku Akhir, Kalahkan Harini

Dua gol Kpah Sherman sudah cukup untuk membantu Sri Pahang FC layak ke suku akhir Piala Malaysia 2023. Ini selepas mereka mengalahkan wakil Liga M3, Harini FT dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik hari ini. Dengan Stadium Darul Makmur sebagai venue aksi kedua, kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad Tok Gajah selepas menang tipis 3-2 […]

Skuad Muda Sri Pahang Tundukkan Selangor

Ubi muda Sri Pahang FC mengulangi kejayaan skuad senior mereka mengatasi Selangor FC apabila menewaskan skuad muda The Red Giants 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan C, Piala MFL di Stadium Darul Makmur hari ini. Babak pertama menyaksikan Tok Gajah yang dibimbing Sahrulnizam Sahat kental menyerap asakan bertubi-tubi The Red Giants. Dan keinginan meraih kemenangan pertama […]

Terjahan Rodney Celvin Terhadap Kpah Sherman Patut Dilayangkan Kad Merah?

Bek tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Rodney Celvin amat bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah semasa tuan rumah meraih kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang FC semalam. Selepas dibuang padang kerana menendang muka Seo Seon-ung beberapa hari lepas, peminat KDA FC kecut perut apabila Rodney menjatuhkan Kpah Sherman di luar kotak penalti pada […]

“Tewaskan Sri Pahang Bukan Misi Mustahil” – Matyo

Bekas penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo melihat pasukannya, Harini FT berpeluang mengatasi Sri Pahang FC dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia. Ini kerana semangat juang yang dimiliki anak-anak buah P. Maniam itu berjaya mengikat Tok Gajah 2-2 sebelum akhirnya tumbang 3-2 dalam aksi pertama pada Jumaat lepas. Justeru, Matyo […]

Piala Malaysia: Sri Pahang Nyaris Dimalukan Harini

Pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang FC nyaris dimalukan pasukan Liga M3, Harini FT sebelum meraih kemenangan tipis 3-2 dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia hari ini. Turun sebagai pasukan pilihan, skuad Tok Gajah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Harini FT sebaik sepak mula. Bagaimanapun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-20 untuk […]

Matyo Beri Amaran Awal Kepada Sri Pahang

Penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Matyo memberi amaran awal terhadap pasukan Liga Super, Sri Pahang menjelang pertemuan aksi Piala Malaysia. Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi buat pasukan Liga M3, Harini FT dan memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan. Bekas bintang Kelantan itu menjaringkan satu gol yang cukup cantik […]

Liga Super: Sri Pahang Bergelut Atasi Cabaran Perak

Sri Pahang FC memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah apabila menundukkan Perak FC 1-0 dalam aksi sebelah petang Liga Super di Stadium Darul Makmur hari ini. Beraksi pada sebelah petang buat kali keempat musim ini, skuad Tok Gajah berharap dapat kembali ke landasan kemenangan selepas dibelasah Sabah FC 4-0 pada 15 Julai lalu. Babak pertama menyaksikan […]

“Ini Bukan Perlawanan Terakhir Saya” – Baddrol Bakhtiar

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tidak menyifatkan perlawanan hari ini sebagai perlawanan terakhir dalam karier bola sepaknya. Malah, bekas pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menegaskan beliau akan terus aktif sebagai pemain bola sepak. “Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Ilahi (kerana) pada malam ini, Sabah meraih tiga mata yang penting. Yang ini merupakan […]

Import Sri Pahang Tarik Perhatian Media Australia

Aksi cemerlang pertahanan Sri Pahang, Michael Glassock telah mendapat perhatian media bebas dari Australia, iaitu Front Page Football. Bekas pemain Sydney Olympic ini melengkapkan perpindahan ke Sri Pahang pada awal musim tahun ini dan beraksi dengan baik bersama Skuad Tok Gajah. Beliau telah diberi kepercayaan oleh pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad untuk turun dalam 12 […]

Zarif Irfan: Yang Gaduh Orang Lain, Orang Lain Pula Disalahkan

Penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan menjelaskan insiden yang berlaku ketika tamat aksi antara Sri Pahang dan Selangor tempoh hari. Dalam satu video yang tular pada kelmarin, Zarif dilihat seolah-olah meluru kearah penyokong pasukan Selangor. Tak terhenti setakat itu, berlaku juga pertelingkahan melibatkan pemain Sri Pahang dan Selangor di kawasan bangku simpanan. Penjaga gol berusia […]

Skuad Muda Selangor Titik Sri Pahang

Skuad muda Selangor FC menebus kehampaan yang dialami skuad senior beberapa hari lepas dengan menundukkan Sri Pahang FC 2-1 dalam Piala MFL di Stadium UITM, Shah Alam hari ini. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan untuk menembusi gawang pihak lawan. Perlawanan mula meriah pada babak kedua dengan Selangor FC mendahului menerusi Syahir Bashah […]

“Buat Apa Ayron Lari Ke Mukhairi?” – Zainal Abidin

Bekas pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan keliru dengan tindakan penyerang import Selangor, Ayron Del Valle yang seakan hilang arah di atas padang. Detik ini berlaku tatkala penyerang kelahiran Colombia itu terlibat dalam satu serangan balas pantas yang direncanakan oleh The Red Giants berdepan Sri Pahang. Zainal melihat penyerang berusia 34 tahun itu tidak berada […]