Liga Super: Penang Akhiri Kemarau Kemenangan, Kalahkan Sri Pahang

Penang FC akhirnya berjaya mengakhiri kemarau kemenangan mereka dengan menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya hari ini. Selepas merehatkan Chong Yee Fat, skuad Harimau Kumbang berharap pemangku jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mampu mengakhiri kemarau kemenangan mereka sejak April lalu. Sementara Tok Gajah pula mahu meraih kemenangan hari ini bagi membolehkan mereka mengejar Sabah […]

Liga Super: PDRM Cemerlang Kejutkan Sri Pahang

PDRM FC bangkit daripada ketinggalan sebelum merekodkan kemenangan mengejut ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur hari ini. Skuad Tok Gajah memerlukan kemenangan hari ini untuk merapatkan jurang dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di kedudukan ketiga liga. Sementara The Cops pula melihat kemenangan hari ini mampu melonjakkan mereka ke tangga ketujuh […]

Sergio Aguero Pilih Kekal Di Sri Pahang

Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero dijangka kekal bersama pasukan itu biarpun khidmatnya menarik minat pasukan-pasukan luar. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi satu ciapan di X semalam. Sebelum ini, Persija Jakarta dilaporkan berminat mendapatkan bekas pemain perancang Melaka United itu bagi menambah sengat di bahagian serangan mereka. Selain Persija, […]

Liga Super: Sri Pahang Pamer Kebangkitan Luar Biasa Sebelum Ikat Terengganu

Hasrat Terengganu FC untuk terus mendaki kedudukan Liga Super semakin pudar apabila diikat 2-2 oleh tuan rumah, Sri Pahang pada aksi di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Terengganu yang tidak menurunkan beberapa tonggak utama seperti Ivan Mamut dan Sony Norde dilihat memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang baik. Selepas beberapa kali melancarkan serangan ke kubu […]

Baqiuddin Shamsudin Tarik Minat Kelab Eropah

Pemain tengah pasukan Sri Pahang FC, Baqiuddin Shamsudin menjadi bualan di Eropah selepas pencari bakat Malaysia mencadangkan nama beliau kepada sebuah kelab di sana. Menerusi satu wawancara bersama Harimau Malaya, individu yang dikenali sebagai Qayyum Shaharuddin itu berkongsikan mengenai perjalanan beliau bekerjasama dengan kelab divisyen 4 di Sepanyol, Velez FC. Beliau juga memberitahu bahawa terdapat […]

Sergio Aguero Bakal Sertai Persija Jakarta?

Pemain tengah naturalisasi negara, Sergio Aguero dikhabarkan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Sri Pahang FC. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta berminat mendapatkan khidmat pemain berdarah Argentina itu. Persija yang dibimbing jurulatih Jerman, Thomas Doll dilihat mahu menambahbaik pencapaian pasukan menjelang tetingkap perpindahan kedua bermula 1 […]

Piala MFL: Sri Pahang Bergelut Tewaskan Kedah

Kelebihan Stadium Darul Aman gagal dimanfaatkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B apabila tewas tipis kepada Sri Pahang 4-3 dalam aksi terbaru Liga Juara Piala MFL. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. Sang Kenari berharap dapat keluar dari kedudukan tercorot dan memintas Selangor FC di tangga ketujuh. Manakala ubi muda Tok Gajah pula mengintai […]

Kelemahan Pertahanan Ancam Aspirasi Sri Pahang Ke Asia

Walaupun berjaya meraih kemenangan ke-13 dalam Liga Super semalam, kelemahan pertahanan Sri Pahang FC pastinya merungsingkan jurulatih mereka, Fandi Ahmad. Ini kerana daripada tujuh perlawanan terakhir yang diharungi mereka, gawang Tok Gajah dibolosi sekurang-kurangya sekali dalam enam perlawanan. Ini termasuk kemenangan 3-2 mereka ke atas Kuching City FC. Daripada tujuh perlawanan sama, dua daripadanya berakhir […]

Liga Super: Sri Pahang Hentikan Perjuangan Hebat Kuching City

Pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang FC terpaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Kuching City FC 3-2 di Stadium Darul Makmur hari ini. Selepas meraih kemenangan kedua ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup, kecemerlangan ini mahu diteruskan oleh Il Gatto. Begitupun, tuan rumah bermula dengan langkah kanan apabila […]

Fandi Ahmad Puji Persembahan Rafael Silva

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji persembahan penyerang Brazil, Rafael Silva biarpun pasukan itu tersingkir dari Piala Malaysia baru-baru ini. Walaupun tidak menjaringkan gol dalam aksi suku akhir kedua menentang KL City FC, Silva menjadi duri dalam daging kepada pertahanan The City Boys dengan membentuk gandingan mantap bersama Kpah Sherman. Disebabkan beliau memberi komitmen […]

Piala Malaysia: KL City ‘Rampas’ Slot Separuh Akhir, Benam Sri Pahang

Pertembungan dua pasukan Liga Super, KL City FC dan Sri Pahang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat. Aksi di Stadium Darul Makmur ini terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat yang menjejaskan waktu perlawanan. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan rentak disebabkan padang yang basah. The City Boys dilihat lebih dominan untuk […]

Kecekapan Izham Tarmizi Benarkan Sri Pahang Kekal Bersaing

Sri Pahang FC perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Izham Tarmizi Roslan kerana masih berpeluang memburu slot separuh akhir Piala Malaysia 2023. Izham yang diturunkan dalam aksi suku akhir pertama KL City FC-Sri Pahang semalam cemerlang menafikan serangan demi serangan yang dilakukan tuan rumah. Biarpun akhirnya dibolosi menerusi sepakan penalti Romel Morales, itu langsung […]

KL City Sudah Ada Strategi Unik Singkirkan Sri Pahang

Jurulatih KL City FC, Nenad Bacina sudah ada ramuan tersendiri bagi memastikan pasukan itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia. KL City sebelum ini meraih kelebihan tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti Romel Morales.. Kelebihan ini diharap dapat dilebarkan lagi bila kedua-dua pasukan bersemuka untuk […]

Piala Malaysia: KL City ‘Titik’ Sri Pahang

Perlawanan suku akhir pertama antara pasukan KL City dan Sri Pahang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada tuan rumah. Aksi yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun The City Boys kehilangan pertahanan kental. Giancarlo Gallifuoco. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga untuk mencari gol awal namun gagal menembusi gawang gol pasukan. […]

Statistik Buktikan Serangan Sri Pahang Makin Berbisa

Liga Super musim 2023 menyaksikan jentera serangan Sri Pahang FC lebih berbisa dengan 35 gol daripada 20 perlawanan berbanding 33 gol daripada 22 perlawanan pada musim lepas. Daripada 35 gol, Kpah Sherman muncul penjaring terbanyak dengan 11 gol. Ini disusuli Stefano Brundo (lapan gol) dan Sergio Aguero (empat gol). Fadhli Shas, Azam Azih, Kevin Ingreso […]

Kpah Sherman Diseru ‘Serbu’ Gawang Gergasi Piala Dunia

Penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman dipanggil oleh pasukan kebangsaan Liberia bagi bertemu dengan pasukan Piala Dunia 2022. Bintang sensasi Liga Malaysia itu kembali menemui sentuhan yang diharapkan untuk mengemudi jentera serangan Tok Gajah. Bekas penyerang Terengganu ini bagaimanapun kembali mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Liberia bagi aksi persahabatan kali ini. Pemain berusia 32 tahun itu […]