Sri Pahang Bakal Beraksi Di Stadium Temerloh?

Sri Pahang berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Stadium Darul Makmur musim hadapan. Ini selepas gelanggang keramat Tok Gajah itu akan menjalani proses naiktaraf dari segi sistem pengaliran dan rumput baharu yang bakal menjadikan stadium ini berwajah baharu. Proses naiktaraf yang dijalankan ini merupakan hasil geran penyelenggaraan kualiti rumput padang yang disumbangkan oleh […]
Brendan Gan Sertai KL City?

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan kini dilaporkan telah menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super. Brendan Gan masih berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu dan masih belum memutuskan tentang destinasi beliau yang seterusnya. Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, terdapat dua kelab Liga Super yang menawarkan kontrak kepada Brendan Gan […]
Terkini: Sri Pahang Sambut Kepulangan Manuel Hidalgo

Pemain sayap lincah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo kembali ke pangkuan bekas kelab, Sri Pahang FC. Pemain berusia 24 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu pasukan Harimau Selatan menerusi satu pengumuman tempoh hari. Beliau bagaimanapun sah meninggalkan Kedah Darul Aman selepas beraksi cemerlang musim 2023 untuk membantu pasukan menduduki tangga ke-4 Liga Super. […]
Pemain Sayap Lincah KL City, T. Saravanan Sah Perkuat Sri Pahang

Pemain sayap lincah KL City kini sah perkuat Sri Pahang bagi saingan bola sepak musim 2024/25. T. Saravanan telah diperkenalkan secara rasmi selaku pemain Sri Pahang dan telah mengikat kontrak selama 2 tahun. Pemain berusia 23 tahun ini terkenal dengan kelincahan di posisi sayap kiri dan telah melakukan 21 penampilan liga bersama KL City musim […]
3 Pemain JDT Dipinjamkan Ke Kelab Liga Super

Tiga pemain yang baru sahaja ditandatangani kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dipinjamkan ke beberapa buah kelab Liga Super. Tiga pemain itu ialah Azam Azmi Murad, Manuel Hidalgo dan Declan Lambert. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards pada semalam telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara ini. Menurutnya, JDT telah menandatangani empat pemain […]
Manuel Hidalgo Muncul Pemain Terbaru Sertai JDT

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya menandatangani bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di semua media sosial rasmi pasukan JDT. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan […]
Penampilan Sempoi Azam Azih Ke Latihan Buat Netizen Geli Hati

Pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih hadir ke sesi latihan Sri Pahang dengan penuh bergaya. Penampilan santai pemain berusia 29 tahun ini mencuri tumpuan ramai apabila beliau hadir ke padang latihan dengan menunggang motosikal. Rata-rata peminat dan penyokong pasukan Skuad Gajah teruja melihat penampilan jeneral tengah pengalaman ini. Mereka sempat meninggalkan respon di ruangan komen […]
Brendan Gan Kekal Di Malaysia Dengan Kelab Berbeza?

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Australia namun ianya seakan-akan tidak menjadi kenyataan apabila dilaporkan akan kekal di Malaysia. Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan akan kekal di Malaysia dengan kelab yang berbeza selepas meninggalkan Selangor FC pada akhir musim lalu. Melalui satu hantaran di laman X wartawan Astro […]
Muslim Ahmad Idam Julang Piala Malaysia Sebelum Bersara

Bekas pemain pertahanan Sri Pahang, Muslim Ahmad mendedahkan dirinya belum bersara dalam arena bola sepak walaupun kini aktif dalam sukan Muay Thai. Muslim Ahmad turut berkongsikan impian besar beliau untuk menjulang Piala Malaysia sebelum bersara selaku pemain bola sepak menurut MFL. Jodoh Muslim Ahmad bersama Sri Pahang akhirnya tamat pada tahun lalu setelah hampir 7 […]
Seorang Pemain Tengah Bertaraf Tinggi Bakal Perkuat Sri Pahang

Sri Pahang FC kini berusaha mendapatkan pemain tengah berkualiti tinggi sebagai penambahan terakhir kepada skuad mereka. Perkara ini didedahkan sendiri oleh pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena. Dollah memaklumkan rundingan antara pemain tersebut dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Yang Amat Mulia (YAM) […]
Sean Selvaraj Tuntut Peluang Adil Di Sri Pahang

Tonggak baharu Sri Pahang FC, Sean Selvaraj berharap perpindahan beliau ke skuad Tok Gajah musim ini mampu memberikan dirinya peluang beraksi selepas tersisih banyak perlawanan bersama Negeri Sembilan FC musim lalu. Bersama Negeri Sembilan musim lepas, Sean hanya membuat 14 penampilan sahaja secara keseluruhan dengan hanya 2 kali terpilih berada di kesebelasan utama skuad kendalian […]
Penyerang Ukraine Bakal Jadi Senjata Baru Sri Pahang

Jentera serangan Sri Pahang bakal diberi nafas baharu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, seorang penyerang berasal dari Ukraine bakal dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Tok Gajah. “Penyerang kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov dijangka akan memperkuatkan Sri Pahang FC untuk saingan Liga M 2024/2025,” tulis Fadhirul di laman […]
Sri Pahang Jadi Pilihan Sean Selvaraj

Sri Pahang kini menjadi destinasi seterusnya buat Sean Selvaraj bagi saingan bola sepak musim 2024. Sean Selvaraj telah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Sri Pahang melalui laman media sosial rasmi kelab tersebut. Pemain berusia 27 tahun ini merupakan pemain serangan yang mampu bermain dibahagian kanan dan kiri sayap pasukan. Sean Selvaraj sebelum ini sempat memperkuatkan […]
Adam Nor Azlin ‘Kereta Kebal’ Baharu Sertai Sri Pahang

Pertahanan kental negara, Adam Nor Azlin secara rasminya meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menyertai Sri Pahang. Pemain berusia 28 tahun itu kurang mendapat tempat dalam skuad utama JDT berikutan persaingan sengit di bahagian pertahanan. Bekas tonggak utama negara ini lebih banyak diturunkan bersama JDT II dalam saingan Piala MFL 2023 dan memainkan peranan selaku […]
Manuel Hidalgo Selangkah Pulang Ke Sri Pahang

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman, Manuel Hidalgo difahamkan selangkah untuk pulang ke kelab lamanya, Sri Pahang. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Avineshwaran berkenaan perkembangan terkini pemain kelahiran Argentina itu. Beliau sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain di Liga Super terutamanya apabila aksinya cukup memberangsangkan sejak beberapa musim lalu. Nilai […]
Perpindahan Ke Indonesia Tertangguh, Sergio Aguero Pilih Kekal Di Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero memilih untuk kekal beraksi di Malaysia sekali gus menepis gosip perpindahan sebelum ini yang mengaitkan beliau ke Liga Indonesia. Tonggak Sri Pahang itu telah disahkan menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Tok Gajah yang bakal menyaksikan beliau beraksi bersama pasukan itu untuk dua musim lagi. Perkara itu telah dikongsikan pihak pengurusan […]