Sergio Aguero ‘Cabar’ Posisi Penjaga Gol Sri Pahang

Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero mempamerkan kebolehan untuk mencabar posisi penjaga gol Sri Pahang. Bintang kelahiran Argentina itu menjadi aset penting buat skuad Tok Gajah sejak tahun 2020/2021. Pemain berusia 30 tahun itu berjaya mencipta kebangkitan bersama pasukan sehingga berjaya menamatkan kedudukan di tangga ke-5. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sri Pahang, kelibat Aguero […]

Siaran Langsung Liga Super: Sri Pahang vs Kelantan Darul Naim (Live Streaming)

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super bagi aksi pertama musim baharu ini, Sri Pahang dan juga Kelantan Darul Naim yang akan berlangsung dengan cukup sengit pada malam ini. Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad masih berteka-teki siapa 11 pemain terbaik yang akan diturunkan bagi perlawanan malam ini. Kelantan Darul Naim ketika ini berada dalam momentum terbaik […]

5 Perpindahan Pemain Liga Super Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

Jendela perpindahan pertama Liga Super 2024/2025 kini telah menutup tirainya dan bagai sirih pulang ke gagang, terdapat beberapa pemain yang pulang menyertai pasukan lama mereka. Berikut merupakan 5 perpindahan pemain Liga Super yang akan kembali menyarung jersi pasukan lama mereka. 1. Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman) Penyerang yang terkenal dengan kerajinan beliau di atas padang […]

Kelantan Cipta Kejutan Tundukkan Skuad Muda Sri Pahang

Skuad muda Kelantan FA meneruskan momentum kemenangan dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 apabila menewaskan Sri Pahang FC 1-0. Kelantan yang dibimbing Abdul Aziz Mustafa tampak lebih yakin selepas mengejutkan Selangor FC 2-1 pada 4 Mei lalu. Sementara skuad muda Tok Gajah pula menginginkan kemenangan selepas dua kali kecundang dalam dua perlawanan sebelumnya. Babak pertama […]

Zarif Irfan Sedia Jadi Penjaga Gol Utama Sri Pahang

Penjaga gol berpengalaman, Zarif Irfan menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi penjaga gol utama Sri Pahang menjelang musim 2024/2025. Zarif Irfan dijangka akan menjadi penjaga gawang utama Sri Pahang setelah pemergian mengejut Izham Tarmizi pada akhir April lalu. Musim lalu kedua-dua penjaga gol itu bergilir-gilir menjaga gawang gol pasukan apabila kedua-duanya melakukan 14 penampilan dalam Liga […]

6 Tonggak Import Ketuai Cabaran Sri Pahang

Sri Pahang FC sah akan menggunakan enam pemain import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, Sri Pahang dilaporkan bakal menggunakan pemain import ketujuh. Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu dikaitkan dengan perpindahan penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud atau seorang penjaga gol Uzbekistan. Khabar angin perpindahan ini timbul selepas […]

Izwan Mahbud & Tonggak Uzbekistan Dalam Radar Akhir Sri Pahang

Selepas kehilangan khidmat Izham Tarmizi Roslan, Sri Pahang FC kini mengintai khidmat dua penjaga gol untuk memperkukuh bahagian tersebut. Salah satu nama dalam radar pengurusan Tok Gajah ialah penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semalam. Selain penjaga gol Singapura berusia 33 tahun itu, pengurusan […]

Sri Pahang & Izham Tarmizi Berpisah

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan sah tidak lagi bersama pasukan Pantai Timur itu. Ini selepas pengurusan Tok Gajah memaklumkan sesi latihan yang disertai beliau pada hari ini merupakan sesi latihan terakhirnya sebelum meninggalkan pasukan. “Sesi (latihan) terakhir untuk penjaga gol kita, terima kasih Izham Tarmizi. Meninggalkan pasukan dengan rasa syukur dan memori […]

Izham Tarmizi Kembali Sertai JDT

Penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi dikhabarkan dalam perjalanan pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT). Khabar ini dimaklumkan oleh wartawan terkenal Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai kepulangan penjaga gol berusia 33 tahun ini ke kelab selatan tanah air. “Menjelang hari terakhir perpindahan pemain, penjaga gol Izham Tarmizi difahamkan kembali ke JDT dari Sri […]

Pra-Musim: Terengganu Tundukkan Sri Pahang, Kekal Rekod Tanpa Kalah

Terengganu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi pra-musim apabila menewaskan cabaran Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Terengganu menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Sri Pahang seperti Shahrul Nizam, Marin Pilj, Manuel Ott, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade. Sri Pahang pula mempertaruhkan pemain baru seperti T. Saravanan bersama-sama pemain sediakala […]

Jersi ‘Halilintar Tempoyok’ Sri Pahang Terima Pujian Peminat

Jersi terbaharu Sri Pahang yang kaya dengan identiti tersendiri kini menjadi buah mulut para peminat bola sepak tempatan. Pada Jumaat, Sri Pahang telah melancarkan tiga jersi yang terdiri daripada jersi Home, Away dan Third yang bakal digunakan oleh skuad Tok Gajah menjelang musim 2024/2025. Pada musim kali ini, Sri Pahang memilih jenama tempatan, Voltra sebagai […]

Pra-Musim: Sri Pahang Bergelut Atasi Kelantan Darul Naim

Sri Pahang terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Kelantan Darul Naim dalam aksi pra-musim di Kota Bharu pada Rabu. Aksi persahabatan ini juga merupakan perlawanan ujian Video Bantuan Pengadil (VAR) yang akan digunapakai dalam saingan Liga Malaysia apabila liga membuka tirai kurang dari dua minggu dari sekarang. Kelantan turun dengan jersi baharu serba merah dengan barisan […]

4 Pemain JDT Berhijrah Ke Sri Pahang

4 orang pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan untuk beraksi bersama Sri Pahang. Skuad Harimau Selatan telah pun melepaskan beberapa tonggak bagi musim baharu setelah membuat pengurangan bajet sekitar 40 peratus musim ini. “Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan […]

Pra-Musim: Sri Pahang Jinakkan Geylang International

Aksi pra-musim pasukan Liga Super menyaksikan Sri Pahang bertandang ke Singapura menentang pasukan Geylang International berakhir dengan keputusan 1-0. Ini merupakan aksi kedua Sri Pahang dalam aksi Pra Musim di Singapura dimana sebelum ini bertemu pasukan di juara Liga Singapura, Albirex Niigata. Namun, perlawanan tersebut hanya 36 minit sahaja ekoran cuaca hujan lebat kilat yang […]

Pra-Musim: Sri Pahang Tewaskan Albirex Niigata Dalam Aksi 36 Minit

Pasukan Liga Super Malaysia iaitu Sri Pahang memilih bumi Singapura sebagai destinasi pra-musim pasukan menjelang musim baharu yang bakal bermula pada Mei kelak. Skuad kendalian Fandi Ahmad turun beraksi menentang pasukan yang beraksi di Liga Singapura, Albirex Niigata hari ini. Perlawanan persahabatan itu telah berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Bagaimanapun aksi tersebut tidak dapat […]

Sri Pahang Hadapi Dua Aksi Pra-Musim Di Singapura

Singapura bakal menjadi destinasi pilihan Sri Pahang bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang kelab di sana menjelang saingan Liga Malaysia 2024-2025. Perkara ini diumumkan oleh Sri Pahang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan yang memaparkan poster beserta jadual dua aksi pra-musim menentang Albirex Niigata dan Geylang International. Anak-anak buah Fandi Ahmad dijadualkan turun […]