Aksi Lipat Minit Akhir Hiasi Perlawanan Kedah & Sri Pahang

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan di antara pasukan Kedah Darul Aman menentang pasukan Sri Pahang FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman berkesudahan dengan kemenangan buat pasukan tuan rumah. Babak separuh masa pertama perlawanan dilihat seimbang. Kedua-dua pasukan lebih berhati-hati ketika mengatur serangan dan para pemain masih mencari rentak permainan. Walaupun […]
Tok Gajah Yakin Dengan Taruhan Pemain Berkualiti

Bekas Graduan Sri Pahang U-21, Baqiuddin Shamsudin berpendapat barisan pemain skuad Tok Gajah musim ini dilihat lebih berkualiti berbanding sebelum ini. Pemain berusia 27 tahun ini tetap mahu merebut kesebelasan utama pasukan walaupun posisinya ramai pemain yang berkualiti. Pemain sayap ini baru sahaja menyertai Sri Pahang FC pada musim 2021 telah berjaya beraksi sebanyak 20 […]
Sri Pahang Masih Tagih Khidmat Muslim

Bekas pertahanan kebangsaan, Muslim Ahmad sah kembali perkuat pasukan Sri Pahang pada saingan Liga Malaysia musim 2022. Ini menyaksikan Muslim kekal bersama skuad Tok Gajah bagi musim keenam. Perkara itu diumumkan oleh laman rasmi Instagram Sri Pahang apabila kembali menyenaraikan Muslim yang sebelum ini pemain berusia 32 tahun itu adalah diantara 14 pemain yang telah […]
Sri Pahang Umum 8 Muka Baharu Dalam Sehari

Kelab yang dijolok dengan gelaran Tok Gajah, Sri Pahang FC terus memberikan berita baik kepada para penyokong dengan mengumumkan 8 muka baharu yang akan memperkuatkan pasukan bagi cabaran musim 2022 kelak. Sebelum ini, Sri Pahang mengumumkan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih baharu kelab manakala Dollah Salleh akan bertindak selaku pengurus pasukan. 6 muka baharu di […]
Dollah Salleh Kekal Di Sri Pahang FC, Kembali Dilantik Pengurus Pasukan

Jodoh bekas pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh ternyata panjang dengan pasukan Tok Gajah ini. Melalui pengumuman yang dibuat oleh pasukan Sri Pahang, Dollah Salleh dilantik menjadi pengurus pasukan bagi saingan Liga Malaysia 2022. Selepas mengumumkan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih baru, ramai tertanya-tanya mengenai status Dollah Salleh yang telah berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan […]
Penyokong Sri Pahang Bagi ‘Nasihat’ Kepada Christophe Gamel

Pasukan Sri Pahang FC baru-baru ini telah membuat satu kenyataan mengenai pelantikan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih pasukan menjelang sepak mula musim baharu tidak lama lagi. Menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial Sri Pahang, pasukan mengalu-alukan kehadiran Gamel selaku ketua jurulatih menerusi satu hantaran berbentuk video. Jurulatih berpengalaman yang berasal dari Perancis ini menjawat […]
Christophe Gamel Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Sri Pahang

Kelab Bola Sepak Sri Pahang harini mengumumkan menerusi laman Twitter rasmi bahawa jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Gamel sah menjadi ketua jurulatih Sri Pahang FC bagi musim hadapan. Pengendali berusia 49 tahun ini merupakan penolong jurulatih kepada Thomas Dooley dalam saingan sebelum ini. Beliau juga merupakan bekas pengendali kebangsaan Fiji selama 4 tahun tahun. Menurut satu […]
Sri Pahang Lepaskan Hidalgo

Pemain import Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo tidak akan lagi bersama Sri Pahang FC dalam kancah saingan Liga Malaysia musim hadapan. Biarpun sebelum ini, Dollah Salleh mengakui bahawa khidmat Hidalgo masih ditagih dalam pasukan. Namun keputusan yang telah dibuat pihak pengurusan Sri Pahang FC adalah muktamad. Dalam satu hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC, […]
4 Tahun ‘Menyulam Cinta’, Lee Tuck Ucap Selamat Tinggal Buat Terengganu

Memberikan segalanya apabila di atas padang, itulah yang dapat digambarkan buat pemain tengah berpengalaman ini. Lee Tuck yang berusia 33 tahun baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau tidak lagi bersama pasukan Terengganu selepas tamat tempoh pinjaman dan bakal kembali ke kelabnya, Sri Pahang. Pemain kelahiran England ini dipinjamkan ke Terengganu FC selepas pasukan Sri Pahang membuat […]
Nor Azam Azih Kekal Pacu Jentera Tengah Sri Pahang

Pemain tengah pasukan Sri Pahang FC, Nor Azam Azih kekal menjadi tunjang utama pasukan bagi saingan musim hadapan apabila difahamkan beliau akan terus kekal bersama pasukan. Menurut laporan oleh wartawan, T. Avineshwaran, beliau yang juga pemain tengah pasukan kebangsaan ketika berjaya menempah tiket ke pentas akhir kejohanan Piala AFF pada tahun 2018 ternyata masih berbisa […]
Sri Pahang Sedia Pertimbang Lim Teong Kim Sebagai Jurulatih Baharu

Pihak pengurusan Sri Pahang FC kini dikhabarkan sudah memulakan langkah dalam usaha untuk memantapkan pasukan menjelang musim baharu apabila dikhabarkan sedang berusaha untuk mencari jurulatih baharu buat pasukan tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan, T. Avineshwaran, pasukan yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Gajah’ ini dalam perancangan untuk menggantikan jurulatih sedia ada sebagai permulaan era […]
Sri Pahang Sukses Dalam Penswastaan Pasukan, Ikut Jejak JDT Dan Kelantan FC

Proses penswastaan pasukan di dalam Liga Malaysia ternyata bukanlah satu perkara yang asing selepas beberapa pasukan berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa dana kerajaan. Namun saban tahun pasti ada kontroversi yang melanda beberapa pasukan di Liga Malaysia yang membabitkan isu lambat dalam membayar gaji dan beberapa lagi isu yang berulang […]
Piala Malaysia: Sri Pahang ‘Terkulai’ Dimalukan Sarawak United di Darul Makmur, Jaringan Saat Akhir Jadi Perhatian

Sri Pahang perlu menelan ‘pahit yang tajam’ setelah tewas 1-2 kepada Sarawak United sekaligus terlepas peluang layak ke pusingan kalah mati siangan Piala Malaysia 2021 kumpulan A. Lebih menyedihkan kekalahan ini berlaku di halaman sendiri dan selepas beraksi cemerlang menewaskan Penang FC dalam dua aksi sebelum ini. Walaupun menyajikan corak permainan yang baik, kekuatan pasukan […]
Dollah Salleh Bongkar Punca Utama Kemenjadian Malik Mat Ariff Tumbangkan Penang FC

Pasukan Sri Pahang FC sebelum ini dikritik hebat oleh segelintir penyokong selepas pasukan kesayangan mereka ini mengalami 7 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini. Namun, kemenangan Sri Pahang FC menewaskan Penang FC 4-0 semalam menunjukkan bahawa pasukan pantai timur ini mampu memberi saingan dalam Piala Malaysia sekali gus menutup mulut […]
6 Kekalahan Berturut-Turut, Ruangan Komen Sri Pahang FC Dibanjiri #DollahOut

MakanBola.com, Petaling Jaya, 28 Sept – Penyokong pasukan Sri Pahang FC seperti tidak dapat lagi membendung rasa kecewa terhadap prestasi pasukan Tok Gajah musim ini yang dilihat sangat longlai dan membimbangkan. Manakan tidak, mereka terpaksa menelan 5 kekalahan terakhir dalam Liga Super dan baru-baru ini memulakan Piala Malaysia dengan hambar selepas tewas 3-1 kepada Kuala […]
Peluang Depan Mata Pun Tak Boleh Nak Skor, Dollah Salleh Semakin Bingung

Liga Super 2021 sudah pun melabuhkan tirainya dengan Johor Darul Ta’zim FC menjadi juara liga buat kali ke-8 berturut-turut manakala Kedah Darul Aman FC menjadi naib juara sekaligus mengesahkan slot ke Piala AFC musim hadapan. Namun nasib berbeza dialami oleh pasukan Sri Pahang FC yang hanya menghabiskan saingan di kedudukan ke-10 liga musim ini. Mereka […]