Liga Super: Kebangkitan Terengganu Buat Sri Pahang Terduduk

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Sri Pahang tewas menentang Terengganu dengan keputusan 1-2 di Stadium Darul Makmur. Sri Pahang turun dengan rekod cemerlang selepas mengharungi 5 perlawanan tanpa kalah sementara Terengganu kini berada pada momentum terbaik setelah kembali ke landasan kemenangan minggu lepas. Permainan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk […]
Liga Super: Sri Pahang Menang Bergaya Tundukkan Penang

Aksi Liga Super LS17 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Penang dan Sri Pahang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang ini menyaksikan pasukan Sri Pahang berjaya mengutip tiga mata berharga di laman lawan Gol pertama perlawanan terhasil pada minit ke-44 permainan menerusi pemain import Sri Pahang, Steven Rodriquez. Ledakan beliau cantik mengegar jaring menewaskan […]
Liga Super: 2 Gol Minit Akhir Sri Pahang Hampakan Melaka United

Aksi Liga Super diteruskan dengan pertemuan di antara pasukan Melaka United yang melayan kunjungan pasukan Sri Pahang di Stadium Hang Jebat. Kelalaian Melaka United mengundang padah apabila menyaksikan kebangkitan luar biasa dipamerkan Sri Pahang di akhir permainan. Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol awal. Melaka United terlebih dahulu di hadapan […]
Jaringan Berkelas Dunia Warnai Aksi Liga Super Minggu Ini

Aksi Liga Super 2022 musim ini kini memasuki minggu yang ke-14 dan peminat bola sepak tempatan kembali disajikan dengan jaringan-jaringan berkelas dunia. Saksikan 6 jaringan menarik yang terhasil pada minggu ini. Sean Selvaraj (Negeri Sembilan FC) 2. ‘Bicycle Kick’ daripada Lucas Silva (Penang FC) 3. Voli kemas menerusi Amri Yahya (Sabah FC). 4. Nor Azizi […]
Liga Super: Sri Pahang Buat Selangor Berputih Mata

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Sri Pahang FC dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur menyaksikan pasukan Pahang berjaya mengatasi Selangor, 2-0. Gol pertama perlawanan tercetus menerusi pemain import Pahang, Steven Rodriguez rentetan kesilapan mudah yang dilakukan pertahanan pelawat, Yazan al-Arab. Tindakan kurang cermat Yazan sekaligus menghukum gawang […]
Jaringan Azwan Aripin Layak Dimasukkan Dalam Senarai PUSKAS

Pertahanan kiri pasukan Sri Pahang FC, Azwan Aripin mencuri perhatian apabila menjaringkan gol yang cukup cantik sekaligus berpotensi untuk dikelaskan dalam anugerah PUSKAS. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang Penang FC beraksi dengan cukup baik untuk mengekang asakan lawan. Bekas pertahanan Kelantan ini berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Penang yang jelas gagal mengekang asalan lawan dengan […]
Liga Super: Terengganu Buat Sri Pahang Gigit Jari

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Sri Pahang. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu mengutip tiga mata berharga. Babak pertama perlawanan bermula dengan gol awal berjaya dihasilkan pasukan tuan rumah. Pada minit pertama permainan, Kpah Sherman berjaya memerangkap kealpaan barisan pertahanan Sri Pahang […]
Budaya Penyokong Konfrontasi Pemain Usai Perlawanan: Wajarkah?

Baru-baru ini tular cuplikan video sekumpulan penyokong pasukan Sri Pahang FC yang berkonfrontasi dengan pemain pasukan tersebut sejurus tamat perlawanan Sri Pahang FC menentang NSFC di Stadium Paroi. Kumpulan penyokong tersebut melempiaskan kekecewaan mereka terhadap prestasi semasa pasukan Sri Pahang yang jika diambilkira secara kumulatif memang agak terumbang-ambing dalam saingan Liga Super musim ini. Malah […]
Bekas Pemain Buriram United, Kevin Ingreso Perkuat Sri Pahang

Bekas pemain Buriram United, Kevin Ingreso sah sertai pasukan Sri Pahang secara pinjaman daripada kelab BG Pathum United bagi baki saingan Liga Super 2021/22. Sebelum ini, pemain berusia 29 tahun ini beraksi di Liga Utama Thailand bersama Samut Prakan City juga secara pinjaman daripada BG Pathum United. Namun, beliau hanya membuat sebanyak 10 penampilan bersama […]
Pertembungan 2 Bekas Pemain Sheffield Wednesday Dalam Kancah Liga Super Malaysia

Pertembungan Johor Darul Ta’zim dan Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super musim ini bakal menemukan dua bekas pemain Sheffield Wednesday, Fernando Forestieri dan Manuel Hidalgo buat kali pertama. Sheffield Wednesday, sebuah pasukan Inggeris yang kini beraksi di Football League One, liga ke-3 dalam hierarki bola sepak Inggeris. Walaupun tidak pernah beraksi bersama dalam perlawanan kompetitif, […]
Konsistensi Azam Azih Buktikan Beliau Layak Jadi Perancang Harimau Malaya

Pemain kelahiran Pahang, Nor Azam Azih mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya membantu skuad Tok Gajah menang bergaya menewaskan Penang FC. Pemain berusia 25 tahun itu berjaya menjaringkan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam perlawanan tersebut. Beliau berjaya peroleh jaringan pertama Sri Pahang dengan sepakan luar kotak menewaskan penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar. Kemudiannya, […]
Ternyata Kemenangan Sri Pahang ‘Dirompak’ Sekali Lagi

Kemenangan Sri Pahang sekali lagi telah ‘Dirompak’ apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan ketika menentang PJ City ternyata salah disisi undang-undang. Perkara ini telah disahkan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM, Abang Zulkarnain setelah menetiliti semula ulang tayang video seperti yang dilaporkan Arena Metro. “Selepas kita membuat penelitian menerusi rakaman […]
Tiada Masa Untuk Berehat, Kim Pan-gon Kembali Turun Padang Tinjau Aksi Sri Pahang & PJ City

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali melakukan tugasannya apabila beliau dilihat kembali berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga Super. Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu sebelum ini sudah diketahui akan kehadirannya ke stadium untuk melihat perlawanan Liga Super. Bukan itu sahaja, kehadiran Pan-gon juga telah menjadi perintis kepada pemilihan senarai awal […]
Liga Super: Sri Pahang Kemarau Kemenangan, Diikat PJ City Di Darul Makmur

Perlawanan Liga Super di antara Sri Pahang FC menentang Petaling Jaya City FC (PJ City) berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi. PJ City memulakan perlawanan dengan positif selepas melakukan serangan dilakukan seawal minit pertama melalui Darren Lok. Namun rembatan penyerang berbisa PJ City […]
FAM Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pengadil Perlawanan Kedah & Sri Pahang

Menerusi satu kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengadil perlawanan untuk perlawanan Liga Super 2022 di antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Sri Pahang akan dikenakan tindakan tegas. Selepas pihak Jawatankuasa Pengadil FAM meneliti rakaman video perlawanan, terdapat beberapa kesalahan besar dilakukan pengadil termasuklah tindakan membatalkan gol Sri Pahang sebelum ini. “Laporan daripada Penilai Pengadil […]
Pengadil ‘Cap Ayam’ Robek Kemenangan Sri Pahang?

Aksi saingan Liga Super 2022 di antara pasukan Kedah Darul Aman dan Sri Pahang pada semalam telah dicemari dengan pelbagai insiden kontroversi yang melibatkan antara pemain dan pengadil. Keputusan pengadil perlawanan telah dipertikai oleh sesetengah peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong pasukan Sri Pahang dek kerana dua gol yang dibatalkan. Hal ini barangkali telah merobek […]