Tiket Aksi Kelantan vs Sri Pahang Dijual RM3 Sahaja

Dengan pusingan kedua Liga Super sudah bermula, Kelantan FC tahu mereka perlu bangkit untuk keluar dari kelompok tercorot liga. Atas sebab itu, pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengumumkan harga tiket perlawanan Kelantan-Sri Pahang pada 23 Jun ini dijual pada harga RM3. Dalam satu pengumuman di Facebook, penyokong yang mahu mendapatkan tiket pada harga berpatutan […]
Sri Pahang FC Sasarkan Seorang Lagi Pemain JDT

Dengan jendela perpindahan kedua Liga Super dibuka awal bulan hadapan, kebanyakan pasukan sudah mula merancang strategi membawa masuk muka baharu bagi memperkuatkan pasukan. Sri Pahang FC juga tidak ketinggalan. Difahamkan, Sri Pahang semakin hampir untuk membawa seorang lagi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman. Pemain yang dimaksudkan adalah pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid […]
Liga Super: Sri Pahang FC 1-2 KL City FC

Hasrat Sri Pahang FC merapatkan jurang dengan pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Super, Selangor FC tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Fandi Ahmad tunduk 1-2 kepada KL City FC di Stadium Darul Makmur. Selepas Selangor FC diaibkan PDRM FC di Stadium MBPJ semalam, skuad Tok Gajah di tempat ketiga berpeluang merapatkan jurang […]
Sri Pahang Hadapi JDT Tanpa Enam Tonggak Utama?

Tugas sukar menanti Sri Pahang FC dalam mengekalkan misi tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini apabila dijadualkan akan bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok. Ianya ditambah pula dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak utama pasukan yang dilaporkan masih mengalami kecederaan. Difahamkan, tiga pemain utama skuad ‘Tok Gajah’ […]
Penyokong Penang Bengang Dengan Penalti Sri Pahang

Perlawanan Liga Super di antara Sri Pahang FC dan Penang FC semalam berakhir dengan kemenangan tipis 1-0 memihak Sri Pahang. Gol tunggal perlawanan dijaringkan hasil sepakan penalti yang diambil penyerang import mereka, Kpah Sherman pada minit ke-49. Kemenangan tersebut sekaligus menghadiahkan 3 mata berharga di laman sendiri. Walaupun berjaya mengutip 3 mata semalam, keputusan pengadil […]
Fandi Ahmad Tidak Terkejut Kena Titik Dengan Selangor

Kekalahan besar 0-4 dialami di tangan Selangor sememangnya menyakitkan, namun pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad menerima hakikat mereka tewas di tangan sebuah pasukan yang jauh lebih baik. Sebelum perlawanan pada Sabtu, Sri Pahang belum tewas dalam sembilan perlawanan yang telah diharungi musim ini dan perlawanan menentang Selangor disifatkan pentas sebenar menguji keupayaan mereka, namun sebaliknya […]
Sri Pahang Dan PDRM Mula Berperang Di Media Sosial

Perlawanan Liga Super ketujuh (LS7) akan diteruskan dengan beberapa aksi menarik. Antaranya ialah perlawanan yang melibatkan pasukan berada di pertengahan liga, PDRM FC dan Sri Pahang FC. Perlawanan akan dilangsungkan pada jam 10 malam ini bertempat di Stadium MBPJ. Kedua-dua pasukan ini mengumpul jumlah mata yang sama iaitu 10 mata namun kelebihan memihak Sri Pahang […]
Mesin Gol Sri Pahang Terpaksa Berehat Panjang

Ketiadaan penyerang baharu Sri Pahang FC, Lucas Espindola da Silva ternyata menggusarkan penyokong skuad ‘Tok Gajah’ itu. Apatah lagi, penyerang dari Brazil itu dicanang sebagai bakal menjadi mesin gol buat Sri Pahang dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam baru-baru ini berkongsikan mengenai status sebenar Lucas Silva yang masih […]
Bekas Pemain Sri Pahang Kini Jurulatih Portsmouth

Bekas pemain import Sri Pahang FC, Zesh Rahman kini membula lembaran baharu dalam bidang kejurulatihan apabila dilantik selaku pembantu jurulatih bersama kelab di Eropah, Portsmouth FC. Beliau yang pernah menyarung jersi Tok Gajah pada era kegemilangan pasukan itu merupakan watak penting yang mmebawa kepada pelbagai kejayaan yang diraih oleh Pahang ketika itu. Pemain kelahiran England-Pakistan […]
Azam Azih Tak Ke Mana-Mana

Tonggak perancang berbakat Sri Pahang FC, Azam Azih sah tidak akan ke mana-mana bagi musim 2023. Pemain kelahiran Maran, Pahang ini merupakan tunjang utama buat pasukan tersebut sejak sekian lama. Bintang berusia 27 tahun ini mula mengatur langkah ke dalam skuad utama pada tahun 2015 telah pun diumumkan akan terus kekal berbakti bersama negeri kelahirannya […]
Mia Ahmad: Terima Kasih JDT Atas Segalanya

Pertemuan dan perpisahan sememangnya lumrah dalam sebuah kehidupan. Itu yang terjadi kepada pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi dan isterinya yang juga seorang pelakon, Mia Ahmad. Berita perpindahan Izham keluar dari JDT telah tersebar sejak bulan lalu lagi. Izham dikatakan akan menyertai Sri Pahang FC bersama seorang lagi pemain JDT iaitu pertahanan kiri, […]
Sri Pahang Sambar Mesin Gol Penang

Selepas meninggalkan pasukan Liga Super, Penang FC, penyerang import dari Brazil, Lucas Silva Espindola dikatakan semakin hampir untuk menyertai pasukan Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Super musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran dalam satu ciapan di laman twitter beliau. Namun sehingga kini masih belum ada apa-apa pengumuman […]
Sri Pahang Bakal Ikat Tiga Pemain Berprofil Tinggi

Selepas melalui musim yang kurang baik, pasukan Liga Super, Sri Pahang FC difahamkan sedang dalam proses untuk mendapatkan tiga pemain berprofil tinggi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah dua bekas pemain Harimau Malaya yang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq. Seorang lagi pemain […]
Hasrat Nick Swirad Sertai Harimau Malaya Tertangguh Di England

Hasrat pertahanan tengah Sri Pahang FC, Nick Swirad untuk menyarung jersi Harimau Malaya masih tertangguh disebabkan urusan beliau di England. Pemain berusia 31 tahun itu merupakan tunjang di bahagian tengah pasukan bersama beberapa lagi pemain seperti Muslim Ahmad dan lain-lain. Namun begitu, beliau tidak dapat memperkuatkan pasukan disebabkan masalah keluarga yang melandanya. Swirad memaklumkan bahawa […]
Bangga Jadi Rakyat Malaysia, Sergio Aguero Keluar Mengundi

Pemain naturalisasi, Sergio Aguero meluahkan rasa bangga menjadi salah satu daripada rakyat Malaysia yang bersama dapat melunaskan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Ini merupakan kali pertama bagi pemain bola sepak Sri Pahang itu keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertempat di Sekolah Kebangsaan Semambu, Kuantan. “Kali pertama saya mengundi dan ia bukan yang terakhir […]
Penyokong Pahang Tetap Penuhkan Bas Walaupun Selepas Dibelasah Terengganu

Selepas dibelasah Terengganu FC dengan keputusan 5-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia tempoh hari, Sri Pahang semestinya memerlukan keajaiban untuk kembali berada pada landasan yang tepat untuk mara ke pusingan suku akhir. Tiada cara lain buat Pahang untuk ke sukur akhir selain menang besar dengan margin jaringan melebihi empat gol ke atas […]