Suhaimi Husin Terima Pujian Fandi Ahmad

Jurulatih pasukan Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang berjaya mendapatkan satu mata berharga di Terengganu. Beliau pada awalnya sangat yakin dengan pasukannya mampu menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu. Namun, Fandi Ahmad tetap bersyukur dengan keputusan ini.  “Alhamdullilah kita datang sini untuk mendapatkan mata, tidak dapat tiga dapat satu […]

Liga Super: Sri Pahang Bawa Pulang Satu Mata Berharga Dari Terengganu

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-9 malam ini menyaksikan Derbi Pantai Timur antara Terengganu dan Sri Pahang berakhir dengan keputusan seri. Pasukan pelawat, Sri Pahang pastinya masih memburu kemenangan kedua dalam saingan Liga Super. Manakala, Terengganu pula mahu terus mengejar kedudukan terbaik liga ketika ini.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan, […]

Pemain Sri Pahang, Kevin Ingreso Mendarat Di Filipina

Selepas meninggalkan Sri Pahang musim lalu, bekas pemain Sri Pahang, Kevin Ingreso dikhabarkan telah mendarat ke satu kelab di Filipina iaitu One Taguig FC bagi saingan Liga Filipina musim ini. Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini dikatakan bakal berhijrah ke Thailand, namun berita itu tidak tepat kerana beliau sudahpun mendarat ke negara kelahirannya semula. […]

Liga Super: Kedah Mudah Jinakkan Sri Pahang Di Darul Aman

Selepas kekalahan mengejut kepada Perak FC minggu lalu dalam saingan Piala Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya menundukkan Sri Pahang 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Kedah yang menurunkan kesebelasan terbaik mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan gol pendahuluan apabila seawal […]

Fandi Ahmad Hampa Lihat Aksi Sri Pahang

Walaupun berjaya mencatatkan kemenangan, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui berasa sedikit hampa apabila melihat para pemainnya melakukan kesilapan-kesilapan mudah dalam aksi Piala Malaysia menentang Harini FT semalam. Pada hemat Fandi, kesilapan-kesilapan itu tak seharusnya berlaku namun memuji usaha keras para pemainnya yang bermain bermati-matian bagi memastikan kemenangan menjadi milik Sri Pahang. “Agak rasa […]

Fandi Ahmad Terkejut Lihat Cara Sabah Bermain

Kekalahan besar 0-4 yang menimpa Sri Pahang FC pada aksi bertemu Sabah FC semalam nyata mengejutkan ramai pihak dan tidak terkecuali pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad. Fandi akui terkejut dengan apa yang corak permainan para pemain Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Pemain Sabah dilihat bermain dengan begitu bersemangat dan lebih baik berbanding […]

Sabah vs Sri Pahang: The Rhinos Jinakkan Tok Gajah

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan di antara Sabah FC menentang Sri Pahang yang berakhir dengan keputusan 4-0. Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke-9 permainan selepas mudah menerima hantaran daripada Ramon Machado.  Pada minit ke-43 permainan, penyerang kelahiran Brazil, R. Machado menjaringkan gol kedua buat Sabah selepas menerima kemas lorongan […]

Dua Import Korea Selatan Hilang Tempat Di Sri Pahang FC

Pasukan dari pantai timur, Sri Pahang FC hari ini mengumumkan telah melepaskan dua pemain import dari Korea Selatan iaitu Lee Jeong Geun dan Lee Ji Yong.  Menurut kenyataan daripada Sri Pahang FC, kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak secara persetujuan bersama. Jodoh kedua pemain import Korea Selatan ini bersama Sri Pahang hanya bertahan selama tiga bulan sahaja. […]

Zarif Irfan Mohon Maaf, Ambil Pengajaran Atas Apa Yang Berlaku

Penjaga gawang Sri Pahang FC, Zarif Irfan yang sebelum ini terpalit dengan sedikit insiden kekecohan selepas tamat perlawanan menentang Selangor FC mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Zarif telah memuatnaik satu instagram story yang memaparkan permohonan maaf terbuka beliau kepada semua penyokong bola sepak Malaysia terutamanya penyokong Sri Pahang dan Selangor. “Salam kepada semua peminat bola […]

Karier Fadhli Shas Kembali Bernyawa

Agak jarang kita mendengar nama pemain pertahanan Sri Pahang FC, Fadhli Shas disebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, karier pemain berusia 32 tahun itu kembali mekar selepas menyertai Sri Pahang awal musim lalu. Fadhli membuat keputusan meninggalkan pasukan lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menyertai pasukan Sri Pahang dengan kontrak selama dua tahun. Keputusan […]

Penyokong Selangor Sempat Rakam Insiden Melibatkan Penjaga Gol Sri Pahang

Hasrat Selangor FC untuk memungut tiga mata dalam saingan Liga Super berkecai selepas tewas mengejut 0-1 kepada pasukan Sri Pahang FC pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur petang semalam. Disebalik kekalahan yang menimpa Selangor itu, terdapat insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan. Insiden tersebut melibatkan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan. Dalam video […]

Seorang Lagi Pemain Uzbekistan Disambar Sri Pahang

Selepas mendapatkan khidmat Rafael Silva semalam, Sri Pahang FC menambah keampuhan pada jentera tengah mereka. Hari ini, skuad Tok Gajah mengumumkan perpindahan jeneral tengah Uzbekistan, Kuvondik Ruziev. Ruziev merupakan bekas pemenang Liga Super Uzbekistan sebanyak dua kali bersama Lokomotiv Tashkent. Beliau juga mempunyai enam penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Uzbekistan. Mampu beraksi di bahagian tengah […]

Penyerang Brazil Jadi Sandaran Gol Sri Pahang

Hasrat Sri Pahang FC mencari penyerang baru sebagai sokongan kepada Kpah Sherman akhirnya tercapai hari ini. Ini selepas penyerang Brazil, Rafael Silva sah menyertai skuad Tok Gajah. Pengumuman perpindahan dibuat Sri Pahang FC menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. “Kelab berbesar hati mengumumkan telah menandatangani […]

Jersi Pelik Kpah Sherman Jadi Bualan

Disebalik kemenangan bergaya 5-0 Sri Pahang FC ke atas Kelantan FC, ada sesuatu yang pelik telah berlaku ke atas penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman. Kpah yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu dilihat memakai jersi yang lain daripada pemain lain. Jersi yang dipakai Kpah dilihat tidak mempunyai jenama jersi dan ianya berbeza dengan pemain-pemain […]

Matheus Babi Bakal Sertai Sri Pahang?

Dengan Lucas Silva masih lagi berdepan masalah kecederaan, Sri Pahang FC amat memerlukan penyerang baru sebagai sokongan kepada Kpah Sherman. Dan menjelang tetingkap perpindahan kedua pada Julai ini, skuad Tok Gajah dikaitkan dengan penyerang Brazil, Matheus Babi. Babi atau nama sebenarnya Matheus Barcelos da Silva merupakan penyerang kelab Serie A Brazil, Club Atletico Paranaense. Penyerang […]

Gandingan Pemain Muda & Berpengalaman Kelantan Risaukan Sri Pahang

Saingan Liga Super kembali bersambung malam ini dengan Kelantan FC melayan kunjungan Sri Pahang FC. Biarpun skuad Kijang berada di kelompok tercorot liga, skuad Tok Gajah tetap berwaspada dengan pasukan tersebut. Ini kerana pertama, malam ini, mereka beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu. Kedua, The Red Warriors (TRW) turut menerima sentuhan jurulatih […]