Skuad Muda Selangor Bakal Sertai Piala Lion City

Skuad remaja Selangor FC bakal menimba pengalaman dengan menyertai Piala Lion City 2023 anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Ini merupakan edisi ke-27 kejohanan selepas kali terakhir dianjurkan pada 2015. Pada edisi sebelumnya, skuad B-15 Tottenham Hotspur muncul juara kejohanan mengatasi skuad B-15 Liverpool. Selain Selangor FC dan skuad Pusat Pembangunan Nasional (NDC) B-15 Singapura, […]

Lion City Sailors Jadi ‘Lauk’ Tottenham Hotspur

Tottenham Hotspur bangkit dari ketinggalan gol awal sebelum membelasah kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors 5-1 dalam aksi pra-musim di Stadium Nasional Singapura. The Sailors membuktikan mereka bukan lawan mudah apabila mendahului pada minit ke-14 menerusi Shawal Anuar. Tersentak, anak-anak buah Ange Postecoglou bangkit memburu gol penyamaan. Son Heung-min menyangka telah menyamakan kedudukan […]

Bekas Kapten Portugal Perkuat Lion City Sailors Di ACL

Kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors membuat satu tindakan yang cukup besar buat pasukan apabila membawa masuk bintang kelahiran Portugal, Rui Pires. Pemain berusia 25 tahun ini merupakan pemain ketiga yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini untuk menambah kualiti pada bahagian tengah pasukan dan mengukuhkan skuad untuk kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak […]

Singapura ‘Tiru’ Malaysia

Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) membuat keputusan yang senada dengan Malaysia mengenai percaturan bola sepak mereka pada tahun ini. Umum mengetahui bahawa tahun 2023 merupakan tahun yang amat sibuk buat bola sepak di Asia Tenggara dengan beberapa kejohanan penting buat pasukan muda di rantau ini. Hal ini termasuklah penyertaan pasukan bawah 23 tahun (b-23) Singapura yang […]

Johor & Singapura Meterai Kerjasama Pembangunan Bola Sepak

Johor dan Singapura secara rasmi memeterai perjanjian kerjasama pembangunan bola sepak menerusi satu upacara di Singapura hari ini. Pemeteraian perjanjian dibuat menerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Dato’ Haji Ismail Karim dan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Bernard Tan. Majlis turut disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) merangkap pemilik Johor Darul […]

Johor & Singapura Jalin Kerjasama Bangunkan Bola Sepak

Kemeriahan aksi ‘Causeway Derby’ membabitkan pasukan Johor dan Singapura satu ketika dahulu bakal kembali. Ini susulan satu laporan Channel News Asia yang mendedahkan kerjasama bakal dimeterai antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Pemeteraian kerjasama ini bakal disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan […]

Malayan Tigress: Skuad Wanita Negara Tewaskan Singapura

Skuad Malayan Tigress B-19 memulakan kempen Kejohanan AFF B-19 Wanita dengan langkah kanan. Ini selepas anak-anak buah Cameron Ng berjaya mengalahkan Singapura 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan B di Padang Athletic, Palembang, Indonesia hari ini. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan. Bagi Singapura yang dibimbing Fazrul Nawaz, mereka tidak mahu tewas besar […]

Aksi Singapura & Papua New Guinea Terpaksa Ditangguhkan

Hasrat Singapura mengadakan perlawanan persahabatan dengan Papua New Guinea pada 15 Jun ini terpaksa ditangguhkan. Susulan kelewatan Kapuls mendapatkan penerbangan ke Singapura, perlawanan tersebut bakal diadakan pada Jumaat ini sekitar jam 7.30 malam. Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), keputusan ini dibuat atas permintaan Persatuan Bola Sepak Papua New Guinea (PNGFA). Ini selepas rombongan pemain […]

Sukan SEA: Malaysia Bantai Singapura

Seakan melepas geram selepas tewas dua kali dalam Kumpulan B, Malaysia mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Singapura dalam perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Visakha. Ini dilihat menebus maruah Harimau Muda selepas gagal layak ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2023. Menyedari keperluan tenaga kreatif di bahagian tengah, E. Elavarasan memanggil Mukhairi Ajmal […]

Sukan SEA 2023: Thailand Garang Belasah Singapura

Skuad B-22 Thailand membuka tirai saingan Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja dengan bergaya. Ini selepas skuad Gajah Perang yang dibimbing Issara Sritaro menumbangkan skuad B-22 Singapura 2-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Selepas kempunan meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam pada tahun lepas, anak-anak […]

Liverpool & Bayern Munich Bakal Ke Singapura Bagi Aksi Pra-Musim

Liverpool FC

Sebagai persediaan menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023-2024, Liverpool telah mengumumkan jelajah pra-musim ke Singapura sekitar Julai ini. Pasukan ini dijangka akan diikuti oleh pemenang Europa Conference League (ECL) musim lepas, AS Roma, Bayern Munich dan satu lagi kelab EPL, Tottenham Hotspur. Sebelum ini, ramai menyangka anak-anak buah Jurgen Klopp bakal mengadakan program pra-musim mereka […]

Ikhsan Fandi Resah Lihat Prestasi Skuad Muda Singapura

Bintang sensasi Singapura, Ikhsan Fandi Ahmad dilihat seolah menzahirkan kekecewaan melihat aksi longlai skuad muda Singapura. Skuad B22 tahun Singapura telah dijadualkan bertemu Kemboja dalam aksi penentuan pingat gangsa Piala Merlion 2023. Penyerang BG Pathum United itu dilihat mengambil kesempatan tersebut untuk menonton perlawanan. Dalam ciapannya di Twitter, Ikhsan seakan resah dengan persembahan pemain Singapura […]

Irfan Fandi Tolak Panggilan Singapura

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi tidak akan menyertai skuad kebangsaannya menjelang aksi persahabatan FIFA Mac ini. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), pemain berusia 25 tahun ini tidak dapat menyertai pasukan atas alasan tertentu. Irfan memberi alasan peribadi berkenaan dengan komitmen kelab sekaligus menyaksikan beliau tidak akan beraksi dalam dalam dua […]

Liga Singapura Lulus Ujian FIFA, Sedia Guna VAR Musim 2023

Teknologi Video Pembantu Pengadil (VAR) akan mula diimplementasikan buat pertama kali dalam sejarah Liga Singapura bermula musim 2023. Liga Perdana Singapura (SPL) akan memanfaatkan penggunaan teknologi ini selepas mendapat kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) baru-baru ini. Penggunaan VAR akhirnya lulus penilaian akhir yang dilakukan oleh FIFA yang datang selepas proses pelaksanaan bermula pada […]

Pemain Ini Alami Kecederaan Serius Selepas 1 Jam Diumumkan Sebagai Pemain Baru

Amat malang bagi seseorang pemain yang baru bertukar pasukan tetapi kemudiannya mengalami kecederaan. Tetapi itulah yang berlaku kepada pemain tengah veteran Singapura, Shahdan Sulaiman. Empat jam sebelumnya, kelab barunya Hougang United mengumumkan perpindahan bekas pemain Lion City Sailors itu di laman media sosial mereka. The Cheetahs berharap pengalamannya bersama Singapura dan Lion City Sailors dapat […]

Kelab Singapura Bakal Serikan Aksi Piala Harapan 2023

Seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Penang FC turut sibuk dengan program pra-musim mereka. Terbaru, mereka bakal menganjurkan kejohanan Piala Harapan 2023 yang turut menampilkan kelab Singapura, Geylang International FC. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 1 Februari hingga 4 Februari ini bakal menampilkan empat pasukan iaitu tuan rumah Penang FC, Selangor, Kedah dan Geylang International. Kejohanan […]