Asian Games: Malaysia Mara Ke Separuh Akhir, Tewaskan Singapura

Skuad sepak takraw Malaysia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir acara regu Sukan Asia 2023 selepas menewaskan Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A. Malaysia tahu satu lagi kemenangan bakal mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir sebagai juara kumpulan. Ini sekaligus membantu skuad negara mengelak Thailand di pentas separuh akhir. Skuad negara menurunkan Zarif Merican, Amirul Zazwan […]

Skuad Singapura Diumumkan, Empat Nama Besar Tersisih

Skuad bolasepak kebangsaan Singapura baru-baru ini telah mengumumkan senarai 25 pemain yang akan membawa cabaran pasukan itu bagi menghadapi Guam dalam pusingan kelayakan pertama bagi Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 Arab Saudi. Antara nama yang dipanggil jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya adalah penjaga gol veteran, Hassan Sunny, kapten pasukan, Hariss Harun dan penyerang muda […]

Asian Games: Malaysia ‘Bantai’ Singapura 8-1

Skuad hoki wanita Malaysia bangkit daripada kekalahan besar 6-0 di tangan India dengan membelasah pasukan serantau, Singapura 8-1 dalam aksi keempat Kumpulan A hari ini. Skuad negara yang dibimbing bekas penjaga gol kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim tahu mereka perlu menang hari ini jika mahu menghidupkan peluang mara ke separuh akhir. Babak pertama menyaksikan Malaysia mendahului […]

Asian Games: Singapura Dimalukan 10-0 Oleh Korea

Singapura sekali lagi malu besar apabila dibelasah Korea Utara 10-0 dalam aksi kedua Kumpulan C Sukan Asia 2023 hari ini. Selepas dibelasah lawan sama 7-0 beberapa hari lepas, anak-anak buah Karim Bencherifa berharap untuk aksi kedua hari ini, matlamat mereka ialah mengelak perkara sama berulang. Bagaimanapun, apa yang diharapkan mereka tidak kesampaian apabila gawang The […]

Asian Games: Korea Malukan Singapura 7-0

Skuad wanita Singapura memulakan kempen Kumpulan C Sukan Asia 2023 dengan langkah kiri apabila dibelasah Korea Utara 7-0 di Pusat Sukan Wenzhou hari ini. Babak pertama menyaksikan The Lionesses dibolosi dua kali dalam tempoh tiga minit. Hong Song-ok dan Ri Kum-hyang masing-masing meledakkan gol buat Korea Utara pada minit ke-11 dan ke-14. Eastern Azaleas terus […]

Tampines Rovers Berwajah Baru, Jalin Kerjasama Dengan BG Pathum

Kelab Singapura, Tampines Rovers tampil dengan nama baru selepas menjalin kerjasama dengan kelab Thai League 1, BG Pathum United. Kerjasama ini diumumkan kedua-dua pasukan dalam satu majlis yang diadakan di Singapore Recreation Club hari ini. Pemeteraian kerjasama ini turut disaksikan Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia dan Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga, Eric […]

Kelayakan Piala Asia U23: Singapura Cipta Kejutan Ikat Vietnam

Hasrat Singapura untuk mencipta kejutan dalam aksi menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia U23 menjadi kenyataan apabila mereka berjaya mengikat tuan rumah dengan keputusan 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Viet Tri sebentar tadi. Walaupun sudah melayakkan diri ke Piala Asia U23 2024, ianya bukanlah tiket untuk pemain Vietnam beraksi sambil lewa menentang Singapura. […]

Jurulatih Singapura Kecewa Pasukannya Tak Mampu Melawan Guam

Jurulatih skuad B-23 Singapura, Nazri Nasir merasa kecewa selepas anak-anak buahnya tidak berupaya mengatasi cabaran pasukan kerdil, Guam dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024. Aksi kedua Kumpulan C menyaksikan Singapura sekadar seri 1-1 dengan The Nobleman di Stadium Viet Tri semalam. The Young Lions mendahului menerusi sepakan penalti Farhan Zulkifli pada minit ke-63. Biarpun […]

Jurulatih Singapura Janji Takkan Lari

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Takayuki Nishigaya menerima kecaman hebat daripada segelintir penyokong bola sepak Singapura selepas menyaksikan mereka tewas 0-2 kepada Tajikistan dalam perlawanan persahabatan FIFA di Stadium Bishan pada Jumaat. Selepas dikritik hebat, Nishigaya tetap tenang dan menerima segala kritikan tersebut. Fokus utama Nishigaya ketika ini adalah untuk membawa Singapura melepasi pusingan pertama […]

Singapura Tewas Tipis Berdepan Tajikistan

Singapura terus tercari-cari kemenangan kedua dalam kalendar antarabangsa FIFA apabila mereka tewas 2-0 kepada Tajikistan dalam aksi persahabatan di Stadium Bishan hari ini. The Lions yang diketuai kapten, Hariss Harun tahu mereka berdepan cabaran sukar menentang Tajikistan. Dari segi ranking FIFA, The Crowns berada pada kedudukan ke-110 dunia berbanding Singapura (ke-158). Kelebihan ini dimanfaatkan pasukan […]

Penjaga Gol Singapura ‘Terlelap’ Seawal 20 Saat Beraksi

Kelibat penjaga gol muda Singapura, Jarec Ng menjadi tumpuan apabila beliau melakukan kesilapan yang hampir memakan diri skusd B-15 tahun Singapura. Aksi Piala Lion City itu kembali mneghangatkan pentas bola sepak muda di rantau ini setelah beberapa tahun tidak dianjurkan. Kejohanan yang memasuki edisi ke-27 berlangsung penuh suka dan duka termasuklah pertembungan antara skuad bawah […]

Hasrat Dua Anak Fandi Ahmad Untuk Menari Bersama Tertangguh Lagi

Baru-baru ini, jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Takayuki Nishigaya telah mengumumkan senarai 28 pemain yang dipanggil bagi menyarung jersi Singapura bagi aksi persahabatan FIFA menentang Tajikistan dan Chinese Taipei pada 8 dan 12 September ini. Nishigaya turut memanggil empat pemain yang berpangkalan di luar negara untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukan Singapura. Empat pemain tersebut adalah […]

Pemain Muda Singapura Perlukan 20 Saat Robek Gawang Selangor

Pemain muda Singapura, Helmi Sharul hanya memerlukan kira-kira 20 saat untuk menjaringkan gol dalam kejohanan Lion City Cup 2023 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar. Perlawanan yang melibatkan pertembungan pemain muda Singapura dan Selangor berakhir dengan kemenangan bergaya milik pasukan tuan rumah. Skuad muda Singapura berjaya menewaskan skuad muda Selangor dengan keputusan 3-1. Diberi kepercayaan […]

Singapura Tewaskan Skuad Muda Selangor

Hasrat skuad muda Selangor memulakan kempen Piala Lion City 2023 dengan kemenangan tidak kesampaian selepas tunduk 3-0 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar hari ini. Singapura menerusi skuad Pusat Pembangunan Nasional (NDC) B-15 tampak bersemangat ditambah dengan sokongan padu penyokong di Stadium Jalan Besar. Dan anak-anak buah Angel Toledano Flores tidak menunggu lama untuk membuka […]

AFC Cup Play-Off: Kelab Kemboja, Phnom Penh Crown Kejutkan Tampines Rovers

Kelab Kemboja, Phnom Penh Crown mencipta kejutan dengan mengalahkan kelab Singapore Premier League (SPL), Tampines Rovers 3-2 dalam aksi play-off Piala AFC 2023-2024. Berbekalkan kelebihan sebagai pasukan tuan rumah, The Stags membuka tirai jaringan menerusi Boris Kopitovic pada minit ke-10. Red Singha cuba bangkit tetapi mereka terus ketinggalan apabila Kopitovic menyumbat gol kedua pada minit […]

AFF U23: Singapura Tidak Sertai Piala AFF Bersebab

Pasti ramai tertanya-tanya di manakah pasukan bawah 23 tahun Singapura yang dilihat tidak turut serta dalam kejohanan Piala AFF U23 di Thailand. Apakah punca utama mereka tidak menyertai kejohanan Asia Tenggara ini? Menerusi satu berita yang disiarkan media Singapura sekitar Mei lalu, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Bernard Tan menjelaskan bahawa skuad muda […]