Nazri Nasir Beri Komen Profesional Selepas Gagal Bawa Singapura Ke Separuh Akhir

Mempamerkan semangat yang tinggi sepanjang permainan menentang Malaysia, namun Singapura harus akur terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dan seterusnya terkandas awal di peringkat kumpulan Sukan Sea Hanoi. Jurulatih Singapura Bawah 23 (B-23) Singapura, Nazri Nasir akur dengan keputusan yang dicatatkan oleh anak buahnya semalam dan mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada penyokong Singapura […]
Sukan Sea: Singapura Gagal Baham Malaysia

Perlawanan ketiga saingan Kumpulan B menyaksikan Malaysia telah dijadualkan menentang pasukan Singapura. Malaysia berjaya mengikat Singapura dengan keputusan 2-2. Gol pembukaan hadir pada minit keempat permainan menerusi penyerang berbisa, Luqman Hakim Shamsudin. Gelecekan Luqman telah mengkucar-kacirkan pertahanan Singapura sebelum sepakan derasnya menatijahkan kepada jaringan. Selang beberapa minit selepas itu, pasukan Singapura menyamakan kedudukan pada minit […]
Irfan & Ikhsan Fandi Disisihkan Dari Senarai Akhir Sukan SEA

Dua permata Singapura, Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi tidak tersenarai dalam skuad terakhir Singapura yang akan beraksi dalam saingan Sukan SEA di Vietnam. Menurut portal rasmi FAS Singapura, dua pemain tersebut tidak mendapat pelepasan daripada kelab mereka iaitu BG Pathum United oleh kerana pertandingan Sukan SEA ini tiada dalam kalendar FIFA. Ketua jurulatih Singapura, Nazri […]
Nasihat Menyentuh Hati Fandi Ahmad Buat Anak-Anaknya Tak Dibuai Mimpi

Bekas lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad terkenal dengan bakat dan kebolehan luar biasanya di atas padang. Kini, ia diteruskan oleh legasi anak-anaknya pula tatkala Irfan, Ikhsan danjuga Ilhan sudah mula menjadi prospek terbaik yang dimiliki oleh negara jiran itu. Ketiga-tiga anaknya kini menjadi pilihan barian kejurulatihan skuad kebangsaan Singapura berikutan kemampuan luar biasa dan […]
Persoalan Mengenai Perubahan Mendadak Fizikal Anak-Anak Fandi Terjawab

Pemain muda pasukan Singapura, Ilhan Fandi merungkai bagaimana perubahan ketara fizikal menjadi elemen penting dalam mengembangkan lagi perjalanan kariernya. Adik kepada Irfan dan juga Ikhsan ini kini sudah pun memulakan langkah baharunya apabila menandatangani kontrak bersama Albirex Niigata baru-baru ini. Ketiga-tiga mereka ini kesemuanya bermula sebagai penyerang menyaksikan legasi bapa mereka, Fandi Ahmad diteruskan oleh […]
Ikhsan & Irfan Fandi Perkuat Skuad Sukan SEA Singapura

Dua anak legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi dan Irfan Fandi tersenarai dalam pasukan kebangsaan itu bagi menghadapi saingan Sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Vietnam. Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengeluarkan senarai nama pemain yang akan membawa cabaran pasukan bagi edisi Sukan SEA kali ini. Dua pemain ini merupakan antara pemain […]
Mutu Bola Sepak Kita Meningkat Tetapi Negara Jiran Lebih Pantas Bertindak

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Daudsu Jamaludin baru-baru ini telah menjelaskan pandangan peribadinya mengenai situasi semasa bola sepak negara. Beliau dalam satu sesi live di Tiktok rasminya menjelaskan, secara hakikatnya kualiti dan mutu bola sepak negara kian meningkat. Daudsu turut menegaskan, sungguhpun kedudukan bola sepak di Malaysia seakan statik di mata para penyokong, namun hakikatnya […]
Hariss Harun: Minggu Sempurna Buat Bola Sepak Singapura

Menyarung jersi negara merupakan satu kebanggaan buat semua pemain. Apatah lagi jika ianya disempurnakan dengan kemenangan yang dihajati. Itulah yang terjadi buat ketua pasukan bola sepak Singapura, Hariss Harun. Perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia dan Filipina dapat disudahi dengan kemenangan. Pasukan Singapura berjaya menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-1 di mana Ikhsan Fandi meledak dua gol […]
Datang Dari Masa Depan, Duo ‘Anak Fandi’ Bakal Jadi Mimpi Ngeri Lawan

Kehadiran dua penyerang muda dalam pasukan kebangsaan Singapura nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan negara apabila dihukum dengan keputusan 2-1 baru-baru ini. Persembahan memukau yang ditampilkan oleh penyerang BG Pathum United, Ikhsan Fandi terus menjadi tumpuan apabila beliau menjadi watak penting pasukan dalam perlawanan tersebut. Penyerang berusia 22 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama […]
Peluang Cerah Malaysia Perbaiki Ranking FIFA Jika Menewaskan Singapura

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang pasukan Singapura pada malam ini (26 Mac) bagi aksi perlawanan persahabatan. Sebelum ini Malaysia sudah bertemu pasukan Filipina dimana Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih baharu dengan jaringan 2-0. Jika Malaysia mampu menewaskan Singapura, anak buah kendalian Kim Pan-gon ini mampu mengutip 5.3 mata dan memperbaiki […]
Jurulatih Singapura Laung Keyakinan Menjelang Perlawanan Derbi Menentang Malaysia

Pertemuan derbi antara Malaysia menentang Singapura malam ini pasti menjadi tumpuan. Ini merupakan perlawanan kedua buat jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Selepas mencatat kemenangan menewaskan Filipina, pasukan negara dilihat sudah berubah dari segi corak permainan. Mereka dilihat lebih laju dan kreatif di atas padang. Pengendali Singapura, Nazri Nasir juga mengakui bahawa corak permainan […]
Singapura Sedia ‘Rungkai’ Keampuhan Taktikal Disiplin Anak Buah Pan-gon

Keampuhan percaturan jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon dijangka bakal diuji oleh barisan pemain Singapura Sabtu ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Daudsu Jamaludin, beliau menjelaskan bahawa antara kunci kejayaan menentang Filipina tempoh hari ialah taktikal disiplin oleh para pemain. Beliau berkata, perlawanan pertama itu menjadi medan terbaik buat anak […]
Senjata Rahsia Singapura Bariskan Trio Tengah ‘Made In Malaysia’ Berdepan Harimau Malaya

Pasukan kebangsaan Singapura dijangka bakal mempertaruhkan kudrat pemain tengah ’Made In Malaysia’ ketika menentang Harimau Malaya Sabtu ini. Singapura yang kini dikendalikan oleh jurulatih interim, Nazri Nasir dilihat sedang melakukan persiapan terbaik selain kekal mempertaruhkan barisan yang hampir sama ketika melalui kempen yang cemerlang di Piala AFF. Namun begitu, barisan pemain yang amat mencuri tumpuan […]
Bintang Bundesliga Gerrit Holtmann Terlepas Aksi Menentang Malaysia Dan Singapura

Penantian penyokong Filipina untuk menyaksikan kelibat pemain Bundesliga, Gerrit Holtmann berakhir dengan perkhabaran duka. Penyerang VfL Bochum itu terpaksa disisihkan dari skuad 25 pemain Filipina untuk dua aksi persahabatan menentang Malaysia dan Singapura gara-gara positif covid-19. Kelabnya VfL Bochum telah mengesahkan perkara ini. Dalam satu muat naik di laman instagram rasmi VfL Bochum, mereka mendapati […]
Pertembungan ‘Darah Muda’ Luqman Hakim Dan Ikhsan Fandi Hangatkan Perlawanan Malaysia & Singapura

Pertembungan dua bintang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Ikhsan Fandi dijangka bakal menghangatkan lagi perlawanan antara Malaysia menentang Singapura nanti. Ikhsan yang baru sahaja berusia 22 tahun itu sedang menikmati perjalanan musim yang cukup baik ketika ini setelah perpindahannya ke BG Pathum United melonjakkan lagi namanya. Bukan itu sahaja, ketajaman penyudahnya di hadapan […]
Singapura Senaraikan Pemain-Pemain Terbaik Untuk Lawan Malaysia Dan Filipina

FA Singapura telah mengumumkan senarai pemain yang akan menggalas tugas mencabar dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia dan Filipina minggu hadapan. Jika dilihat senarai pemain yang dipanggil, pemain-pemain ‘core’ mereka seperti Hariss Harun, Irfan Fandi, Ikhsan Fandi dan Safuwan Baharudin pastinya akan kekal membawa kestabilan pasukan di setiap posisi. Antara yang perlu diberikan tumpuan pastinya Ikhsan […]