Ilhan Fandi Berisiko Terlepas Aksi Penting Berdepan Malaysia

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi berisiko terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan B menentang Malaysia selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam tempoh hari. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura yang dikenali sebagai sebuah stadium yang menggunakan rumput tiruan. Memetik laporan The Straits Times, Ilhan Fandi telah dikeluarkan pada separuh masa pertama sewaktu menentang […]

Pemain Vietnam Tak Selesa Beraksi Di Padang Tiruan Singapura

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui berasa pelik bagaimana padang tiruan dibenarkan dalam saingan Piala AFF 2022 meskipun FIFA tidak mengalakkan untuk pemain beraksi di rumput tiruan. Memetik laporan VnExpress, ramai pemain Vietnam berasa tidak selesa ketika beraksi di padang tiruan kerana permukaan yang berbeza dan mudah untuk cedera. Walaubagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu […]

Piala AFF: Vietnam, Singapura Kongsi Satu Mata

Singapura gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Jalan Besar apabila diikat Vietnam 0-0 pada aksi keempat Kumpulan B Piala AFF 2022. Sebaik sepak mula, Vietnam menepati status sebagai pasukan pilihan dengan mengasak kubu pertahanan Singapura. Tetapi malangnya, minit-minit awal perlawanan menyaksikan mereka beberapa kali terkena perangkap ofsaid Singa Kallang. Vietnam hampir mendahului menerusi Pham Tuan […]

Piala AFF: Singapura Kerja Keras Kalahkan Laos

Singapura berjaya mengelak daripada dimalukan Laos apabila membenam pasukan tuan rumah 2-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional New Laos hari ini. Sebaik sepak mula, Singa Kallang mula mengintai peluang membolosi gawang Laos yang dikawal Keo Oudone Souvannasangso. Tetapi Laos paling hampir memecah kebuntuan pada minit ke-11 menerusi sepakan dari […]

Piala AFF: Gol Shawal Bantu Singapura Kalahkan Myanmar

Singapura memulakan saingan mereka dalam Kumpulan B Piala AFF 2022 dengan tiga mata selepas membenam Myanmar 3-2 di Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura hari ini. Sebaik sepak mula, Singa Kallang mula mengasak pihak lawan. Bagaimanapun, skuad Chinthe yang dibimbing Antoine Hey memanfaatkan kelebihan fizikal bagi menyekat sebarang gerakan serangan mereka. Tetapi Singapura hampir di hadapan […]

Ikhsan Fandi Sah Terlepas Beraksi Di Piala AFF

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengesahkan bahawa Ikhsan Fandi terpaksa disisihkan daripada skuad Piala AFF 2022 ekoran kecederaan lutut yang dialaminya dalam perlawanan persahabatan tempoh hari. Selepas penilaian rapi dibuat daripada pihak Hospital, kecederaan yang dialami oleh bintang Singapura itu menyebabkan beliau disahkan tidak akan pulih dan cergas sepenuhnya dalam masa terdekat. Seorang lagi […]

Ikhsan Fandi Berisiko Tidak Diturunkan Menentang Malaysia

Penyerang sensasi pasukan Singapura, Ikhsan Fandi telah membawa khabar duka buat seluruh negaranya apabila dilaporkan mengalami kecederaan lutut. Pemain berusia 23 tahun itu merupakan tunjang utama pasukan untuk mengemudi jentera serangan skuad Singapura. Namun begitu, khidmat bintang muda yang berkelana di Thailand bersama BG Pathum United ini semakin samar-samar apabila terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Menerusi […]

Bintang Singapura Dalam Radar Dua Kelab Liga Super

Melihat keperluan memperkukuh slot bek tengah masing-masing, Terengganu dan Negeri Sembilan sedang mengintai bek tengah Singapura dan Lion City Sailors, Amirul Adli Azmi. Ini selepas kedua-dua pasukan kehilangan tonggak utama yang mengepalai pertahanan mereka musim ini. Skuad Penyu melihat kehadiran Amirul Adli dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pape Diakite. Ini selepas pengurusan Terengganu mengambil keputusan […]

Ilhan Fandi Dijangka Sertai Kelab Belgium

Pemain muda sensasi Singapura, Ilhan Fandi mengikut jejak langkah abang-abangnya apabila difahamkan akan mengembangkan karier ke luar negara. Bintang berusia 20 tahun ini cemerlang pada musim debutnya di pentas bola sepak Singapura bersama Albirex Niigata. Prestasi memukau anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad ini menyaksikan beliau telah meledak 20 gol dalam 27 penampilan […]

Angkara Konsert, Singapura Terpaksa Lupakan Aksi Pembukaan Piala AFF Di Stadium Nasional

Skuad bola sepak kebangsaan Singapura terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Stadium Nasional Singapura selepas disahkan hanya beraksi di Stadium Jalan Besar dalam perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Myanmar. Ini kerana Stadium Nasional yang berkapasiti 55,000 tempat duduk itu telah ditempah lebih awal untuk konsert penyanyi dari Taiwan, Jay Chou […]

Singapura Sertai Thailand Gunakan VAR, Malaysia Bakal Menyusul?

Liga Perdana Singapura (SPL) mengumumkan bakal menggunakan teknologi Pembantu Pengadil Video (VAR) pada saingan liga musim depan.  Ini sekaligus menjadikan Singapura sebagai negara ketiga di ASEAN dan negara ke-11 di Asia yang mengimplimentasi sistem VAR dalam liga profesional tempatan.  Ketua Projek dan Pengarah (Pengadil) Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Nazeer Hussain dalam satu kenyataan memaklumkan […]

Benjamin Mora Kembali Ke Johor Darul Ta’zim?

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dikesan sudah tiba di Singapura hari ini namun pelbagai persoalan timbul berkenaan status beliau ketika ini. Pengendali kelahiran Mexico ini sudah berkhidmat dalam kancah bola sepak Malaysia sejak tahun 2015 bersama JDT II sebelum naik pangkat untuk bersama pasukan utama Harimau Selatan. Sepanjang tempoh tersebut, beliau […]

Pusat Latihan Baharu Skuad Kebangsaan Singapura Mengiurkan

Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) telah menyediakan kemudahan baharu buat skuad bola sepak kebangsaan Singapura. Pusat latihan yang baru dibina dan tersergam indah itu telah diberi nama Kallang Football Hub (KFH). Ia bukan sahaja digunakan buat skuad utama Singapura, malah ia turut dimanfaatkan buat skuad wanita, skuad junior Singapura. Kallang Football Hub memiliki satu padang rumput semulajadi […]

Faris Ramli Mohon Jurulatih Singapura Diberikan Masa Walaupun Gagal Ke Piala Asia 2023

Singapura sudah pun terkeluar daripada persaingan untuk ke Piala Asia 2023, yang akan diadakan pada Jun tahun depan, selepas tewas kepada tuan rumah kumpulan Kyrgyzstan (2-1) Rabu lalu dan kemudian Tajikistan (1-0) tiga hari kemudian. The Lions kini berada di tempat ketiga daripada empat pasukan Kumpulan F. Mereka kini mendahului Myanmar dengan perbezaan gol. Enam […]

Fandi Ahmad Yakin Trio Anaknya Bakal Jadi Permata Bola Sepak Singapura

Lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad  berkongsi mengenai perjalanan hidupnya selaku lagenda bola sepak negara itu. Beliau yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 berasa sangat bersyukur kerana sosoknya masih diingati oleh seluruh rakyat Singapura. Mengulas lanjut, beliau sangat berbesar hati kerana usahanya untukt teeus memartabatkan bola sepak di rantau ini membuahkan hasil. Walau […]

Hajat Singapura Ke Piala Asia Tak Kesampaian

Hajat pasukan Singapura untuk layak ke Piala Asia 2023 tidak kesampaian selepas tewas menentang Tajikistan dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan keputusan 0-1. Ini merupakan kekalahan kedua buat Singapura yang sebelum ini ditundukkan Kyrgyzstan dalam perlawanan pertama dengan keputusan 1-2. Singapura kini berada di kedudukan ke-3 dalam kumpulan di belakang Tajikistan dan Krygyzstan manakala Myanmar […]