Shukor Adan Dan Hafizal Hamad Bakal Bergandingan Kemudi Siaran Piala AFF Di Astro Arena

Dalam satu siaran live di Instagram @hafizalhamad semalam, pengacara dan pengulas terkenal tempatan, Hafizal Hamad memaklumkan bahawa Astro Arena akan membawakan berita terkini dan siaran secara langsung untuk kempen Piala AFF Suzuki 2020. Menurut Hafizal, beliau bakal bergandingan bersama lagenda bola sepak tanah air, Shukor Adan sebagai pundit. Tambahnya lagi, Astro Arena turut akan menjemput […]
Shukor Adan: Ini Hadiah Persaraan Terbaik Dalam Karier Saya

Sejarah terpahat di Stadium Hang Jebat semalam apabila Kuala Lumpur berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia. Kali terakhir pasukan Kuala Lumpur ke final adalah pada tahun 1989. Perlawanan semalam merupakan drama yang penuh bermakna bagi penyokong warga kota setelah 32 tahun penantian melihat pasukan kesayangan mereka melayakkan diri ke pentas akhir kejohanan berprestij […]
Shukor Adan Akui Harimau Malaya Ketandusan Penyerang

MakanBola.com, Petaling Jaya, 24 Sept –Bekas kapten skuad kebangsaan negara, Muhammad Shukor Adan memberitahu bahawa skuad Harimau Malaya ketika ini sedang ketandusan seorang penyerang sebenar. Pemain senior KL City FC itu dalam satu temubual ketika acara undian Piala AFF Suzuki yang bersiaran langsung di Astro Arena kelmarin menjelaskan bahawa Malaysia sememangnya tidak memiliki penyerang terbaik […]