Skuad Muda Uzbekistan Tamatkan Perjuangan Hebat Malaysia

Malaysia mempamerkan keberanian luar biasa namun tunduk kepada skuad muda Uzbekistan. Perlawanan CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, China ini menyaksikan skuad muda negara berdepan lawan bukan calang-calang. Aksi babak pertama berlangsung baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk memcaei gol pembukaan. Aksi 45 minit pertama berkesudahan dengan keputusan 0-0 buat […]
Shukor Adan Ambil Alih Tugas Juan Torres Ke China

Bekas pemain kebangsaan, Shukor Adan bakal mengambil alih tanggungjawab ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan, Juan Torres Garrido membawa pasukan ke China. Skuad bawah 19 tahun negara dijadualkan menyertai satu kejohanan jemputan di Changsha, China bermula 4 September ini bersama tiga lagi jaguh dari Asia. “Skuad Harimau Malaya B-19 akan terbang ke Changsha, China […]
Shukor Adan Sebut Dua Nama Pemain Masa Depan Malaysia

Penolong Jurulatih Malaysia B-23, Shukor Adan menyebutkan dua nama pemain masa depan Malaysia. Perkara ini dikongsikan oleh jurulatih tersebut kepada hos Nindia Bola, Hafizal Hamad baru-baru ini. Malaysia B-19 berjaya mencipta persembahan gemilang di Indonesia dalam aksi Kejuaraan Asean B-19 apabila menundukkan Brunei 11-0 dan juga Singapura 5-0. Ujian terakhir yang bakal ditempuhi oleh anak […]
Nasihat Shukor Adan Terpahat Di Hati Akram Mahinan

Pemain Terengganu FC, Akram Mahinan baru-baru ini telah mendedahkan nasihat daripada legenda bola sepak Malaysia, Shukor Adan yang terpahat di hatinya sehingga kini. Akram dan Shukor pernah berada di dalam pasukan yang sama iaitu di Kuala Lumpur City FC (KL City) selama lebih kurang empat tahun. Akram memberitahu, Shukor pernah memberi nasihat kepada beliau supaya […]
Shukor Adan & KL City Rasmi Berpisah

Pasukan Kuala Lumpur City mengumumkan secara rasmi bahawa pembantu jurulatih, Shukor Adan sah meninggalkan pasukan bagi musim ini. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pihak kelab di Instagram yang menzahirkan penghargaan tinggi kepada Shukor Adan selepas bersama selama empat musim. Untuk rekod bersama KL City, beliau berjaya membawa kejuaraan Piala Malaysia 2021 dan mencipta sejarah kelab […]
KL City Sudah Ada Jurulatih Baharu?

CEO KL City FC, Stanley Bernard mendedahkan pasukan itu sudah mempunyai perancangan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan penolong jurulatih mereka, Shukor Adan. Nama Shukor menjadi bualan apabila diumumkan sebagai penolong jurulatih skuad B-23 negara beberapa hari yang lalu. Legenda Selangor FC itu dijangka membantu ketua jurulatih baru Harimau Muda dari Sepanyol, Juan Torres Garrido. […]
Shukor Adan Bimbang Keadaan Mental Pasukan Kelantan

Bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan mengakui bimbang dengan keadaan mental pemain-pemain muda Kelantan FC ketika ini. Ini kerana pemain-pemain ini sudah mengharungi beberapa kekalahan besar dalam Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuk kekalahan 10-0 di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi Piala Malaysia dan 11-2 di tangan Selangor FC dalam aksi […]
Shukor Adan: Pergaduhan Penyokong Cemar Imej Bola Sepak Negara

Beberapa hari lepas, arena bola sepak negara kecoh dengan insiden pergaduhan penyokong kasual semasa perlawanan Liga Super membabitkan Perak dan Selangor. Bagi bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan, tindakan segelintir penyokong ini mencemarkan imej bola sepak Malaysia yang sedang menuju ke era profesional. Ini kerana pergaduhan sebegini bukan saja mengancam keselamatan penonton lain terutama yang […]
Shukor Adan Sertai Kelana United, Bakal Beraksi Di SCL

Bekas pemain kebanggsaan, Shukor Adan sah kembali beraksi sebagai pemain bola sepak dengan menyertai pasukan amatur, Kelana United. Difahamkan, bekas pemenang Piala Malaysia 2021 itu akan memperkuatkan Kelana United bagi saingan Selangor Champions League (SCL). Kelana United FC adalah sebuah pasukan yang bersaing dalam Subang Football League (SFL) dan merupakan sebahagian daripada Liga M4 Malaysia. […]
Shukor Adan Tidak Mahu Luqman Hakim Menunggu Terlalu Lama

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Shukor Adan percaya Luqman Hakim perlu meneliti semula perjalanan kariernya setelah berkelana hampir 3 tahun di bumi Belgium. Penyerang muda negara berusia 20 tahun itu melebarkan perjalanan kariernya apabila menyertai pasukan KV Kortrijk selepas perpindahan daripada pasukan Selangor berjaya dimetrai. Sungguhpun begitu, menurut Shukor, Luqman perlu segera menentukan hala tuju kariernya […]
Shukor Adan Akui Kudrat Safiq Rahim Bakal Terus Ditagih Harimau Malaya

Walaupun bakal menginjak ke umur 35 tahun pada tahun ini, namun persembahan yang ditampilkan oleh pemain tengah veteran negara., Safiq Rahim wajar diberikan pujian. Bekas kapten pasukan Harimau Malaya, Shukor Adan berpendapat kehadiran Safiq Rahim dalam skuad kendalian Kim Pan-gon merupakan satu tindakan yang tepat dan pemain muda negara perlu mengidolakan pemain ini. “Pemain muda […]
Shukor Adan Beri Amaran, Tiada Pemain Boleh ‘Mengelat’

Penolong jurulatih Kuala Lumpur City FC, Shukor Adan mengakui memerlukan masa untuk menjiwai bidang kejurulatihan kerana daripada pemain kepada jurulatih itu satu pengalaman baru bagi beliau. Shukor juga bersikap positif dengan situasinya sekarang dan ramai yang membantu memberikan ilmu kejurulatihan terutamanya barisan kejurulatihan dan staff supaya beliau melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Penolong jurulatih […]
Shukor Adan Kekal Di KL City, Perkuat Barisan Kejurulatihan

Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Shukor Adan hari ini telah menandatangani kontrak baharu bersama KL City. Perkara itu dimaklumkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman rasmi Twitter miliknya. Menurut ciapan Zulhelmi, Shukor akan kekal bersama KL City untuk menyertai barisan kejurulatihan. Shukor bersama Bojan Hodak dan jurulatih-jurulatih KL City yang lain akan membimbing […]
Tunku Ismail Tunaikan Impian Shukor Adan Yang Tertangguh

Setelah lebih 20 tahun bergelar pemain bola sepak profesional, Shukor Adan dengan gemilangnya mengumumkan persaraan beliau setelah membantu kelabnya, KL City FC menumpaskan Johor Darul Ta’zim untuk merangkul Piala Malaysia 2021. Persaraan beliau kini boleh dianggap sebagai persaraan yang ‘sempurna’ apabila bukan sahaja bersara dengan sebuah piala malah impian terakhir beliau sebagai pemain bola sepak […]
Shukor Adan: Saya Anggap Irfan Bakti Macam Ayah, Orang Yang Paling Saya Hormati Dalam Bola Sepak

Dalam satu sesi sembang santai secara live di Instagram @hafizal_hamad, pemain yang baru mengumumkan persaraan, Shukor Adan menjelaskan bahawa dirinya amat menghormati sosok tubuh individu bernama Irfan Bakti. Ketika ditanya tentang nama-nama jurulatih sepanjang kariernya, Shukor menyatakan bahawa Irfan Bakti ialah orang yang berjaya menaikkan namanya suatu ketika dahulu. “Saya datang dari satu kelab biasa-biasa […]
Bambang Pamungkas, Brian Fuentes Dan Baihakki Khaizan Bangga Dengan Kejayaan Shukor Adan

Tiga bekas pemain import yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia suatu ketika dahulu, Bambang Pamungkas, Baihakki Khaizan dan Brian Diego Fuentes mengucapkan tahniah dan syabas kepada Shukor Adan selepas berjaya membawa pasukan diangkat sebagai juara. Shukor yang memaklumkan persaraannya selepas pasukan KL City FC menjuarai Piala Malaysia 2021 telah dihubungi tiga pemain ini. Menurut Shukor, […]