Terengganu Beraksi Tanpa Safwan & Shahrul Nizam Lawan Dong A Thanh Hoa

Terengganu FC terpaksa melupakan dua tonggak utama mereka di bahagian pertahanan, Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam Ros Hasni menjelang aksi terbaru Shopee Cup. Ini selepas pengendali Peteh, Tomislav Steinbruckner mengesahkan Safwan dan Shahrul Nizam masih belum cergas untuk aksi kedua Kumpulan A menentang Thanh Hoa. Steinbruckner turut memberi bayangan bek kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad […]
Terengganu Rehat Panjang Sebelum Lawan Kelab Vietnam

Terengganu kini berehat selama 10 hari sebelum menempuh aksi Shopee Cup dengan wakil Vietnam, Thanh Hoa pada 25 September ini. Peteh berharap dapat menggunakan aksi berkenaan untuk bangkit mengecapi kemenangan. Ini kerana dalam lima aksi terakhir mereka dalam semua kejohanan, pasukan itu hanya meraih satu kemenangan. Kemenangan itu dicapai dalam aksi Liga Super dengan KL […]
Ramalan Pemilik Buriram United Jadi Mimpi Ngeri

Ramalan pemilik Buriram United, Newin Chidchob kini akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Kelab gergasi Thailand itu turun dengan motivasi terbaik dalam saingan Shopee Cup 2024 berdepan kelab Vietnam, CAHN FC. Hasrat untuk meraih kemenangan akhirnya lebur apabila tunduk 2-1 kepada kelab Vietnam itu sekaligus terlepas tiga mata pertama peringkat kumpulan. Sebelum ini, Newin menyatakan keyakinan […]
Tempoh Persiapan Singkat Punca Kaya Iloilo Dihukum KL City

Jurulatih Kaya Iloilo, Yu Hoshide mengakui persiapan singkat antara punca utama prestasi permainan anak buahnya kurang menjadi. Pasukan juara Liga Filipina, Kaya Iloilo dihukum oleh KL City semalam bagi aksi saingan Shopee Cup perlawanan pertama kumpulan B. Namun, jurulatih berusia 47 tahun ini tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan di atas kekalahan tersebut. Beliau juga […]
Shopee Cup: Miroslav Kuljanac Kesan Masalah Utama KL City

Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Miroslav Kuljanac berpuas hati dengan prestasi pasukannya. Jurulatih kelahiran Croatia itu lega apabila anak buahnya berjaya meraih 3 mata namun masalah jentera serangan telah menyebabkan pasukannya tidak menambah lebih banyak gol. The City Boys memperagakan aksi baik bagi perlawanan pembukaan apabila menundukkan wakil Filipina, Kaya FC-Iloilo. “Beberapa pemain […]
Shopee Cup: KL City Langkah Kanan, Atasi Kaya Iloilo

KL City membuka saingan Shopee Cup 2024/2025 dengan kemenangan bergaya ke atas wakil Filipina, Kaya Iloilo. Turun selaku naib juara Piala FA musim lalu, KL City bakal diuji kekuatan Kaya Iloilo yang merupakan juara Philipines Football League dengan rekod tanpa kalah dalam 14 aksi liga. Gandingan Brendan Gan-Ryan Lambert menjadi taruhan KL City di jentera […]
Shopee Cup: CAHN ‘Titik’ Buriram United

Juara Thai League 1 musim 2023/24, Buriram United membuka kempen Kumpulan B Shopee Cup dengan langkah kiri apabila tewas kepada Cong An Ha Noi (CAHN) FC di Stadium Hang Day, Hanoi. Kedua-dua pasukan layak ke Shopee Cup dengan status juara kejohanan domestik untuk musim 2022/23 dan 2023. Buriram merupakan pemenang Thai League Cup 2022/23 dengan […]
Shopee Cup: Borneo Buat Lion City Tanggung Malu Besar

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan wakil Indonesia, Borneo FC membenam wakil dari Singapura, Lion City Sailors FC dalam saingan Shopee Cup 2024. Kedua-dua buah pasukan menurunkan hahah kesebelasan utama yang terbaik selepas ini merupakan perlawanan pertama bagi kumpulan B. Seawal tiga minit permainan aksi bermula, Borneo mendahului menerusi penyerang import dari Brazil, Leo Gaucho dengan […]
Borneo Teruja Wakili Indonesia Di Shopee Cup

Pemain Borneo FC, Fajar Fathur akui teruja menjadi wakil Indonesia untuk beraksi di pentas antarabangsa, Shopee Cup 2024/2025. Borneo yang muncul juara regular series Liga 1 Indonesia musim lalu akan membuat kemunculan sulung di pentas Asia Tenggara bersama satu lagi pasukan, PSM Makassar. Menurut Fajar, rakan sepasukannya kini bersemangat bagi membuat penampilan pertama di kejohanan […]
Siaran Langsung Shopee Cup: KL City vs Kaya FC-Iloilo (Live Streaming)

Aksi Kumpulan B Shopee Cup melibatkan pertemuan antara KL City menentang Kaya FC-Iloilo. Pengendali The City Boys, Miroslva Kuljanac memberitahu bahawa maklumat yang diberikan oleh penyerang Filipina, Patrick Reichelt dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pasukan untuk menghadapi Kaya. “Sudah tentu, beliau (Reichelt) tahu tentang pemain-pemain (mereka). Beliau beraksi bersama mereka dalam pasukan kebangsaan Filipina. Beliau berikan saya […]
Tomislav Steinbruckner: Terengganu Main Tanpa Keyakinan

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui kekurangan keyakinan dalam kalangan pemain membawa kepada kekalahan 3-2 di tangan Preah Khan Reach Svay Rieng. Aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup menemukan Terengganu dan wakil Kemboja itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 21 Ogos lalu. Meskipun dilabel pasukan pilihan, skuad Peteh tergamam apabila ketinggalan dua […]
Shopee Cup: Shopee Cup: Svay Rieng Kalahkan Terengganu 3-2

Hasrat Terengganu FC melakar kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada kelab Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng. Terengganu berharap dapat melebarkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di pentas Shopee Cup. Ini selepas mereka berjaya melakukannya dalam saingan Piala AFC 2023/24. Trio penyerang […]
Shopee Cup: PSM Makassar & BG Pathum Sama Handal

Aksi kumpulan A Shopee Cup melibatkan PSM Makassar dan BG Pathum menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri di Indonesia. PSM Makassar kini berada di tangga ke-3 Liga 1 Indonesia setelah mencatat 2 kemenangan bersih sementara BG Pathum pula tumpas dalam aksi Thai League minggu lalu. Barisan pemain PSM Makassar diketuai Yuran Fernandes manakala BG Pathum merehatkan […]
Shopee Cup: Thanh Hoa Bangkit Tewaskan Shan United

Wakil Vietnam, Thanh Hoa membuka kempen Kumpulan A Shopee Cup dengan langkah kanan apabila menewaskan kelab Myanmar, Shan United di Stadium Thanh Hoa, Thanh Hoa. Kedua-dua pasukan masing-masing muncul dengan status juara Vietnamese Cup 2023 dan juara Myanmar National League 2023. Meskipun begitu, Shan United memiliki kelebihan kerana telah mengharungi beberapa perlawanan liga lebih awal. […]
Patrick Reichelt ‘Bantu’ Persiapan KL City vs Kaya IloIlo

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac mendedahkan persiapan pasukan itu menentang Kaya FC-Iloilo banyak dibantu oleh penyerang import dari Filipina, Patrick Reichelt. Kaya merupakan lawan pertama yang dihadapi The City Boys dalam saingan Kumpulan B Shopee Cup yang berlangsung pada 22 Ogos ini. Penyerang berusia 36 tahun itu bukan asing dengan saingan liga Filipina. Ini […]
Kaya Iloilo Pantau Persiapan KL City Dari Jauh

Wakil Filipina, Kaya FC IloIlo mengakui telah mengikuti perkembangan KL City FC dari jauh. Perkara ini disuarakan oleh Ketua Jurulatih, Yu Hoshide dalam satu sesi sidang media pra perlawanan di Stadium Cheras hari ini. Katanya, persiapan pasukannya berjalan lancar menjelang aksi berdepan The City Boys. Malah, prestasi membanggakan dalam kancah saingan Philippines Football League musim […]