Kalahkan Borneo, Ranking KL City Naik 180 Tangga

Wakil Malaysia di Asean Shopee Cup, KL City berjaya melonjak 180 tangga selepas mengalahkan kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac cemerlang mengekalkan rekod bersih dengan dua kemenangan ke atas Kaya FC IloIlo dan Borneo Samarinda. The City Boys tidak goyah sungguhpun berdepan wakil Indonesia yang baru sahaja menewaskan kelab Singapura, Lion City […]
“Ini Cara KL City” – Giancarlo Gallifuoco

Bek tengah, Giancarlo Gallifuoco menjelaskan kemenangan ke atas Borneo FC Samarinda dalam saingan Shopee Cup pada Khamis dicapai hasil cara KL City tersendiri. Aksi kedua peringkat kumpulan B Shopee Cup 2024/2025 menyaksikan KL City bertemu jaguh dari Indonesia, Borneo FC Samarinda di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan tampil cukup […]
Impak Pemain Gantian KL City Gembirakan Brendan Gan

Pemain tengah KL City FC, Brendan Gan mengakui kemasukan dua pemain gantian dalam aksi menentang Borneo FC memastikan pasukan itu meraih tiga mata penuh. The City Boys berentap dengan Pesut Etam untuk aksi kedua Kumpulan B Shopee Cup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 26 September lalu. Selepas kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan […]
Shopee Cup: KL City ‘Tak Berpeluh’ Atasi Borneo Samarinda

Aksi kedua Asean Shopee Cup menyaksikan wakil Malaysia, KL City mencatatkan kemenangan berdepan Borneo Samarinda. Pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac bermula baik dengan trio serangan yang dikemudi oleh pemain seperti kapten, Paulo Josue, Haqimi Azim dan juga Jovan Motika. Borneo membariskan watak seperti Nadeo Argawinata, Leo Santos dan juga Fajar Fathur Rahman untuk mengekang cabaran The […]
Shopee Cup: CAHN Berpesta Gol Tewaskan Lion City

CAHN mempamerkan aksi hebat apabila meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Lion City Sailors dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan B Shopee Cup. Lion City sebelum ini tewas 3-0 kepada Borneo FC bagi aksi pertama manakala CAHN turun dengan penuh motivasi setelah menang 2-1 ke atas Buriram United. CAHN menurunkan barisan pemain hebat seperti Leo Arthur, […]
5 Watak Utama Aksi KL City vs Borneo Samarinda

5 watak utama bakal menghiasi aksi Asean Shopee Cup antara KL City vs Borneo Samarinda FC. Kedua-dua pasukan melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi pembukaan tempoh hari tanpa dibolosi sebarang gol. Berikut merupakan 5 watak penting pasukan bagi aksi di Stadium Cheras dalam misi meraih mata penting untuk mara ke peringkat separuh akhir. […]
Shopee Cup: Terengganu Buntu Diikat Dong A Thanh Hoa

Aksi saingan Shopee Cup malam ini menyaksikan Terengganu terus buntu mencari kemenangan sulung selepas seri dengan wakil Vietnam, Dong A Than Hoa di laman sendiri. Misi wajib menang buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dengan kelebihan beraksi di laman sendiri sementara Than Hoa memburu kemenangan kedua bagi aksi Kumpulan B. Pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid membuka […]
Shopee Cup: BG Pathum Mandi Peluh Tumbangkan Svay Rieng

BG Pathum mencatat kemenangan pertama dalam saingan Shopee Cup setelah menumpaskan kelab Kemboja, Svay Rieng di laman sendiri pada Rabu. Setelah diikat seri tanpa jaringan oleh PSM Makassar, BG Pathum meneruskan aksi di pentas Asia Tenggara dengan bertemu Svay Rieng yang cipta kejutan ke atas Terengganu. Kesebelasan utama BP Pathum dipimpin oleh pemain tengah, Chanatip […]
Siaran Langsung Shopee Cup: Terengganu vs Dong A Thanh Hoa (Live Streaming)

Aksi Asean Shopee Cup menyaksikan pertembungan antara Terengganu dan kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa. Ketua Jurulatih Terengganu FC,Tomislav Steinbruckner perlu memikirkan dua aksi iaitu perlawanan kedua Shopee Cup ini dan juga aksi Liga Super menentang Selangor kurang tiga hari. “Saya akan menurunkan pemain terbaik yang kita ada. Saya sudah mempunyai perancangan tetapi selepas tiga hari, kita […]
Shopee Cup: Borneo Buat ‘Kerja Rumah’ Tambahan Kekang KL City

Pengendali Borneo FC, Pieter Huistra terpaksa melakukan analisa tambahan untuk mengenal pasti kekuatan KL City menjelang aksi kedua Shopee Cup pada Khamis. Borneo FC hadir ke Kuala Lumpur dengan misi untuk melakar kemenangan kedua setelah cemerlang menewaskan jaguh Singapura, Lion City Sailors 3-0 pada aksi pertama yang lalu. Begitu juga dengan KL City yang turut […]
Shopee Cup: KL City Terima Nasihat Bojan Hodak Hadapi Borneo

KL City FC optimis untuk melakar keputusan positif berdepan jaguh Indonesia Borneo FC Samarinda hasil nasihat bekas pengendali, Bojan Hodak. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac menghuni tangga ke-11 selepas hanya 4 kemenangan daripada 10 aksi Liga Super yang telah diharungi. Wakil Indonesia itu pula berada dalam momentum terbaik apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan peringkat domestik […]
4 Pemain Tumpuan Aksi Terengganu vs Dong A Thanh Hoa

Aksi Shopee Cup melibatkan Terengganu vs Dong A Thanh Hoa bakal menyaksikan pertembungan 4 bintang tumpuan kedua-dua pasukan. Terengganu turun ke Gong Badak dalam misi untuk menebus maruah setelah dikecewakan oleh wakil Kemboja, Svay Rieng dalam perlawanan pertama pada hujung bulan lalu. Berbeza pula dengan Thanh Hoa yang berjaya mengutip tiga mata dalam aksi pertama […]
Shopee Cup: Safawi Rasid Idam Tiga Mata Pertama Bertemu Thanh Hoa

Kapten Terengganu, Safawi Rasid bersedia menebus kekecewaan lalu dengan meraih kemenangan pertama dalam aksi kedua peringkat kumpulan Shopee Cup berdepan Dong A Thanh Hoa. Dalam perlawanan pertama lalu, jaringan daripada Safawi Rasid dan Manuel Ott tidak cukup buat Terengganu apabila tumbang di laman sendiri kepada wakil Kemboja, Svay Rieng. Menurut Safawi, para pemain Terengganu kini […]
Shopee Cup: Thanh Hoa Sedia Hadapi Tentangan Terengganu

Tonggak pertahanan Thanh Hoa, Gustavo Sant’Anna Santos melihat pasukan itu bersedia menghadapi tentangan Terengganu FC dalam saingan Shopee Cup. Thanh Hoa memiliki momentum positif untuk menghadapi aksi kedua Kumpulan A itu. Ini kerana juara Vietnamese Cup 2023 itu bukan saja menewaskan juara V. League 1 2023, Cong An Ha Noi (CAHN) baru-baru ini. Malah, pasukan […]
Terengganu Tampilkan Skuad Campuran Hadapi Đông Á Thanh Hóa

Shopee Cup: Terengganu dijangka bakal menurunkan skuad campuran berdepan kelab Vietnam, Đông Á Thanh Hóa. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengenai percaturan aksi di Gong Badak. Beliau memberitahu bahawa moral pasukannya berada dalam keadaan baik sungguhpun bakal turun tanpa dua tonggak penting iaitu Safwan Mazlan dan juga Shahrul Nizam. Pengendali […]
Shopee Cup: Tomislav Steinbruckner Tuntut 3 Mata Dari Terengganu

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu pasukan itu meraih tiga mata penuh bila berdepan Thanh Hoa. Keinginan itu dinyatakan pengendali Croatia itu selepas melihat Peteh tumbang kepada kelab Kemboja, Svay Rieng dalam aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup. Meskipun beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 21 Ogos lalu, Svay Rieng berjaya menyumbat […]