Menang Pun Kena Maki, Penyokong Minta Abang Ni Turun Padang & Beraksi

Tular satu rakaman salah seorang penyokong Ultras Selangor memaki hamun pemain import Selangor dari Singapura, Safuwan Baharudin selepas perlawanan tamat di antara Selangor dan Kedah Darul Aman. Dalam perlawanan Liga Super terbabit, Selangor menang bergaya 4-1 menewaskan Kedah Darul Aman menerusi jaringan Mukhairi Ajmal, Caion dan Norhakim manakala jaringan tunggal Kedah dihasilkan oleh Fayadh Zulkifli […]

Liga Super: Selangor ‘Ajar’ Kedah Apa Itu Bola Sepak Sebenar

Pertembungan Liga Super 2022 hari ini menyaksikan pasukan Selangor melayan kunjungan pasukan Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Anak buah Michael Feichtenbeiner berjaya mencatatkan keputusan positif, mencatat kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini. Separuh masa pertama menyaksikan Selangor FC mendahului 2-0 dihadapan hasil daripada jaringan Mukhairi Ajmal dan Caion. Pada minit ke-26 permainan, […]

Subahan Kamal Sahkan Selangor Pernah Dibantu TMJ

Isu yang tular semenjak beberapa hari lepas mengenai satu kenyataan daripada pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris menyatakan baginda pernah membantu banyak pasukan Liga Super yang menghadapi masalah kewangan termasuklah Selangor FC. Presiden Petaling Jaya City FC, Datuk Seri Subahan Kamal tampil memberi penjelasan bahawa Selangor FC pernah menerima bantuan kewangan daripada Tunku Ismail […]

Ifedayo Zahir Penghargaan Kepada Selangor FC

Penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun menzahirkan penghargaan pada bekas pasukannya, Selangor FC menerusi hantaran dalam laman sosial Instagramnya.  Ifedayo Olusegun, merupakan penjaring terbanyak liga super 2021 ketika bersama Selangor dan beliau berjaya menjaringkan 25 gol semusim Untuk rekod, penyerang berusia 31 tahun ini berjaya memintas rekod bekas pemain Johor dan Kelantan, Mohammad Ghaddar sebagai penjaring […]

Syahir Bashah Tekad Pimpin Selangor Ke Pentas Asia

Keinginan untuk terbang ke pentas Asia mendorong bekas pemain Perak FC, Syahir Bashah memilih Selangor FC dalam harungi saingan Liga Malaysia musim ini. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal, bintang muda Selangor FC ini berkeinginan tinggi untuk memimpin Selangor ke pentas Asia selain menghadiahkan Piala pada musim ini. Pemain muda kelahiran Perak ini menyertai Selangor […]

3 Bekas Pemain Selangor Kini Jadi Tunjang Utama JDT II

Tiga bekas pemain Merah Kuning, Adam Nor Azlin, Azrif Nasrulhaq dan Ahmad Hazwan Bakri kini diberi kepercayaan untuk menjadi tunjang kepada skuad Johor Darul Ta’zim II dalam menghadapi saingan Liga Premier musim ini. Dalam perlawanan pembukaan saingan Liga Premier 2022, JDT II telah dijadualkan menentang Kelantan FC. Bagaimanapun pasukan JDT II terpaksa akur selepas dijinakkan […]

Tular Aksi Penyokong Selangor & KL City Bergaduh

Pertembungan ‘derby’ Lembah Klang di antara Selangor FC dan KL City FC pada semalam telah dijadualkan berlangsung di Stadium Cheras Kuala Lumpur. Perlawanan pembukaan saingan Liga Super 2022 itu berkesudahan dengan keputusan seri, 3-3. KL City selaku tuan rumah gagal mengutip tiga mata penuh setelah pasukan Selangor dihadiahkan dua sepakan penalti yang menatijahkan kepada jaringan. […]

Liga Super: Penalti ’Berganda’ Selamatkan Selangor Dimalukan KL City

Perlawanan pembukaan Liga Super 2022 melibatkan pertembungan antara pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Selangor FC berkesudahan dengan keputusan seri 3-3. Kedua-dua pasukan bermula dengan baik apabila melancarkan serangan bertali-arus untuk memperoleh jaringan awal. Namun begitu, kekebalan benteng pertahanan untuk menghalang segala percubaan menyebabkan perlawanan berlangsung seimbang. KL City hampir memperoleh gol awal apabila kealpaan […]

Baha’ Abdel-Rahman Ingin Hadiahkan Piala Buat Selangor FC

Kapten skuad kebangsaan Jordan, Baha’ Abdel-Rahman menyatakan keinginannya untuk menghadiahkan Piala buat pasukan Selangor FC musim ini. Pemain berusia 35 tahun itu akui kini semakin selesa dengan corak permainan yang dibawa oleh Selangor FC. Baha dalam pada itu turut menzahirkan rasa terima kasih terhadap pihak pengurusan serta barisan pemain yang banyak membantu beliau untuk cepat […]

Sandro Mendoca Buru Kelab Baru Sebelum Bersara

Sebut saja nama Sandro Mendoca, ia mengundang pelbagai kenangan manis dalam kalangan penyokong Kedah dan Sarawak United. Pemain perancang Brazil berusia 38 tahun itu membantu Helang Merah menjulang Piala Malaysia pada 2016 dan membantu Sarawak United layak ke Liga Super musim lepas. Tetapi malangnya, kontrak beliau bersama majikan lamanya pada musim lepas tidak disambung. Ia […]

Penyerang Brazil, Hyuri Henrique Sah Sertai Selangor

Pasukan Selangor FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain import kelima baharu di posisi penyerang iaitu Hyuri Henrique de Oliveira Costa bagi saingan musim 2022. Hyuri bakal bergandingan bersama seorang lagi pemain dari Brazil iaitu Herlison Caion de Sousa Ferreira yang juga bermain di jentera hadapan pasukan Selangor. Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun ini beraksi […]

Pernah Julang Piala AFC, Mampukah Fazly Mazlan Kembali Menyinar Bersama Selangor?

Baru-baru ini, Selangor FC mengumumkan pemain baru mereka iaitu pemain pertahanan kiri, Fazly Mazlan yang berhijrah dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Fazly mengikat kontrak 2 tahun bersama Selangor FC. Fazly bukanlah nama yang asing dalam dunia bola sepak tempatan kerana nama beliau pernah disebut-sebut sebagai antara pertahanan kiri terbaik yang pernah dimiliki negara. Kenangan […]

Usia Bukan Ukuran, Selangor Tagih Pengalaman Pemain Kebanggsaan Jordan

Menjelang saingan Liga Super Malaysia yang dijangka akan bermula pada bulan Febuari tahun 2022, pasukan Selangor FC kini mengorak langkah untuk menjadi pencabar utama liga bermula musim baharu nanti. Selangor dilaporkan mengikat dua pemain kebanggsaan Jordan iaitu Baha Abdelrahman dan Yazan AL-Arab. Pengalaman yang ada pada dua pemain ini sangat ditagih oleh pasukan Selangor. Menurut […]

Terkini: Ifedayo Olusegun Sah Tinggalkan Selangor FC

Penyerang terbaik Liga Super dengan rekod gol terbanyak untuk musim 2021 sah tinggalkan Selangor. “Terima Kasih, Ifedayo Olusegun!” “Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran yang lebih baik bagi musim hadapan.” “Pemain kesayangan penyokong Selangor ini telah bersama skuad Gergasi Merah sejak tahun 2019 […]

‘Darah’ Ifedayo Olusegun Kembali Menjadi Hijau, Sertai Melaka United?

Penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun dikhabarkan bakal menyertai Melaka United untuk musim 2022 seperti yang dilaporkan oleh satu sumber. Menurut sumber terbabit, Ifedayo Olusegun telahpun mempersetujui kontrak di antara RM500,000 hingga RM1.5 juta untuk satu musim dan bakal menjadi salah satu watak penting untuk plan jangka masa panjang Melaka United. Ifedayo turut didakwa […]

Selangor Ucap Selamat Tinggal Kepada Wak Mi

Di laman rasmi media sosial Selangor FC hari ini, pasukan gergasi merah kuning telah membuat satu hantaran berbentuk apresiasi dan ucapan selamat tinggal kepada pemain pertahanan kanan kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari. Syahmi meninggalkan Selangor FC setelah kedua-dua belah pihak iaitu pengurusan Selangor FC dan Syahmi Safari sendiri telah mempersetujui untuk menamatkan kontrak pemain kelahiran Kuala […]