Nik Sharif Tak Suka Taktikal Selangor

Pemain tengah Terengganu FC, Nik Sharif Haseefy merasakan bahawa gaya permainannya mungkin tidak sesuai dengan corak taktikal yang diterapkan di Selangor FC. Oleh itu, beliau akui bahawa keputusan untuk sertai Terengganu adalah keputusan yang berbaloi di samping dapat beraksi bawah kendalian jurulatih terbaik di Malaysia, Nafuzi Zain. “Selain persaingan sengit sesama pemain, saya lihat mungkin gaya […]
Laungan Keramat UltraSel Kembali Bergema, Kecewa Dengan Aksi Longlai Selangor

Ultras pasukan Selangor atau UltraSel kembali melaungkan ‘chant’ kepada pasukan kesayangan mereka susulan ditundukkan oleh pasukan Sri Pahang di tempat lawan semalam. Para penyokong dilihat terus menzahirkan kedukaan terhadap anak didik Micheal Feichtenbeiner yang gagal menyaingi kekuatan pasukan kendalian Dollah Salleh apabil tewas mudah dengan keputusan 2-0. Aksi longlai dan tidak melawan yang ditampilkan oleh […]
Liga Super: Sri Pahang Buat Selangor Berputih Mata

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Sri Pahang FC dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur menyaksikan pasukan Pahang berjaya mengatasi Selangor, 2-0. Gol pertama perlawanan tercetus menerusi pemain import Pahang, Steven Rodriguez rentetan kesilapan mudah yang dilakukan pertahanan pelawat, Yazan al-Arab. Tindakan kurang cermat Yazan sekaligus menghukum gawang […]
Piala FA: Selangor Tewaskan KL City, Mara Ke Suku Akhir

Selangor mara ke suku akhir Piala FA Malaysia 2022 selepas berjaya menewaskan KL City dalam satu pertembungan derbi lembah klang di Stadium Petaling Jaya. Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh Aliff Haiqal memastikan Selangor mara ke suku akhir Piala FA 2022. Separuh masa pertama seimbang dengan kedua-dua pasukan beberapa kali melakukan asakan namun tiada sebarang jaringan […]
Derbi Lembah Klang: Pertembungan Selangor & KL City, Rekod Yang Anda Perlu Tahu

Pertemuan dua pasukan Lembah Klang melibatkan Selangor dan juga KL City pada pusingan kedua Piala FA esok nyata menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Hal ini disebabkan kedua-duanya memiliki kelebihan yang tersendiri dalam usaha untuk mara ke pusingan berikutnya. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Pembandaran Petaling Jaya ini sudah pasti menjadi antara […]
Liga Super: Ifedayo Olusegun Bantu Melaka United Ranapkan Selangor

Aksi tertunda saingan Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Melaka United dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengutip tiga mata penuh. Aksi separuh masa pertama bermula dengan banyak serangan ditujukan ke kawasan Melaka United. Selangor dilihat lebih selesa mendominasi permainan tatkala banyak hantaran-hantaran pendek […]
“Dulu Selangor Kalahkan Johor 6-1, Tapi Sekarang…”

Kejatuhan prestasi pasukan Selangor FC dalam kancah Liga Malaysia sentiasa menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air. Manakan tidak pasukan Selangor merupakan pasukan yang sarat dengan sejarah kejayaan. Bekas pemain import pasukan Selangor, Ristomoyo Kassim jelas sekali terkilan dengan apa yang berlaku kepada skuad yang digelar Gergasi Merah ini. Ketidaktentuan prestasi jelas membelenggu pasukan […]
Budaya Penyokong Konfrontasi Pemain Usai Perlawanan: Wajarkah?

Baru-baru ini tular cuplikan video sekumpulan penyokong pasukan Sri Pahang FC yang berkonfrontasi dengan pemain pasukan tersebut sejurus tamat perlawanan Sri Pahang FC menentang NSFC di Stadium Paroi. Kumpulan penyokong tersebut melempiaskan kekecewaan mereka terhadap prestasi semasa pasukan Sri Pahang yang jika diambilkira secara kumulatif memang agak terumbang-ambing dalam saingan Liga Super musim ini. Malah […]
Feichtenbeiner Merasakan Selangor Melepaskan Gol Yang Aneh

Pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner merasakan beberapa gol yang dilepaskan Selangor dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam adalah sesuatu yang aneh. Dalam perlawanan tersebut, Selangor tewas 1-5 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. Penegndali berasal dari Jerman itu juga berpendapat bahawa beberapa gol awal yang dilepaskan menyebabkan para pemain […]
Kota Rom Pun Boleh Hancur, Selangor Wajib Bangkit

Walaupun mencatatkan kemenangan besar 7-0 ke atas Sarawak United minggu lalu, Selangor perlu akur dengan kekalahan besar 1-5 kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super semalam. Kekalahan besar ini menceritakan bahawa pasukan Selangor masih jauh untuk mencabar kejuaraan liga musim ini. Selangor sudah tentu mampu berbangga dengan sejarah yang dimiliki namun mereka […]
Liga Super: Selangor Bukan Tandingan JDT

Aksi Liga Super hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT menang bergaya di laman sendiri. Seawal minit ketiga permainan, gawang Selangor FC telah dibolosi hasil daripada percubaan menarik Bergson Da Silva. Rembatan kencang Bergson cantik meluru masuk menggegar jaring. Pada […]
Selangor Sedia Cipta Kejutan Di SSI

Perlawanan malam ini menyaksikan pertemuan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi aksi Liga super 2022. Ketua Jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner akui pemainnya kini dalam prestasi terbaik selepas membenam Sarawak United dengan jaringan besar (7-0) tempoh hari di Stadium MBPJ. “Pemain ketika ini bermain cukup cemerlang malah mampu […]
Nik Sharif Sah Sertai Terengganu

Bekas pemain Sri Pahang, Nik Sharif Haseefy sah sertai pasukan Terengganu FC secara pinjaman selama enam bulan sehingga penghujung musim Liga Super 2021/22. Pemain berusia 25 tahun ini merupakan pemain kelahiran Pahang yang beraksi bersama Sri Pahang U-21 dan pada tahun 2018, ubi muda ini membuat kemunculan bersama skuad senior Sri Pahang. Pemain tengah berbakat […]
“Bila Dah Depan Ramai Orang Mestilah Kena Tunjuk Hero”

Beberapa bekas pemain bola sepak Kebangsaan mula menunjukkan nukilan tidak puas hati terhadap makian yang ditularkan sebelum ini selepas perlawanan Liga Super di antara pasukan Selangor dan Kedah Darul Aman di Stadium Petaling Jaya. Sebelum ini tular satu rakaman ‘orang kuat’ Ultras Selangor memaki hamun pemain import dari Singapura, Safuwan Baharuddin. “Safwan, kau jangan belagak […]
Pemain Selangor Main Bermati-Matian Depan Kim Pan-gon

Pertembungan antara dua pasukan gergasi Liga Super, Selangor dan juga Kedah Darul Aman FC semalam menjadi perlawanan yang sangat bermakna buat pasukan tuan rumah. Namun begitu, aksi para pemain Selangor yang beraksi dengan cukup luar biasa mendapat perhatian ramai tatkala ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut berada di stadium. Kelibat jurulatih berusia 52 tahun […]
Safuwan Baharudin Ungkap Luahan Hati Selepas Dimaki Seorang Penyokong Selangor

Selepas tular satu rakaman salah seorang penyokong Ultras Selangor memaki hamun pemain import Selangor dari Singapura, Safuwan Baharudin, para peminat bola sepak tanah air ternyata sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Ini kerana, rata-rata penyokong Selangor dilihat berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan pasukan Selangor dan mereka juga meminta agar penyokong yang memaki pemain […]