Ruventhiran Kagum Dengan Falsafah Tan Cheng Hoe Di Selangor

Pemain baharu Selangor, V. Ruventhiran dilihat kagum dengan falsafah yang dibawa jurulatih Tan Cheng Hoe di Selangor. Beliau menjelaskan barisan kejurulatihan banyak memberikan motivasi bagi mendapatkan keserasian diri untuk beraksi bersama pasukan Red Giant. Pemain pertahanan Harima Malaya itu juga banyak menyatakan perbezaan semasa beliau bersama PJ City dan kini di bawah kendalian Cheng Hoe, […]
Safawi Rasid Berpeluang Lepas Rindu Lawan Kelab Malaysia

Pemain baharu Ratchaburi FC, Safawi Rasid berpeluang bertemu semula dengan kelab Malaysia tidak lama lagi. Hal ini susulan Selangor FC bakal hadir ke Thailand dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari ini di Bangkok dan bakal berdepan Ratchaburi FC. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Datuk Johan Kamal, beliau mengesahkan […]
Ifedayo Olesogun Tidak Akan Kekal Beraksi Di Malaysia ?

Bekas pemain import Melaka United, Ifedayo Olesogun difahamkan tidak akan meneruskan perjalanan kariernya di Liga Malaysia. Pemain kelahiran Nigeria itu merupakan antara peledak berbisa di Liga Super sejak beberapa musim kebelakangan ini namun tidak dapat memperoleh rentak terbaiknya pada musim lalu. Hal ini berikutan beberapa masalah yang yang melanda kelab sekaligus merencatkan perjalanan musim dan […]
Misi Ke Asia Sasaran Utama Selangor 2023

Misi beraksi di pentas Asia diakui menjadi sasaran utama Selangor musim ini, menurut pengendalinya Tan Cheng Hoe. Kali terakhir skuad Red Giants merasai nikmat bermain di pentas Asia adalah pada 2013 apabila beraksi di Piala AFC setelah menduduki kelompok tiga teratas Liga Super 2012. Selangor beroleh peluang terbaik untuk menoktahkan penantian 9 tahun pada musim […]
Cheng Hoe Belum Nampak Keperluan Pakai 9 Import

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe memberi bayangan akan lebih memberi peluang dan kepercayaan kepada barisan pemain tempatan di dalam skuadnya di dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Meskipun Malaysian Football League (MFL) membenarkan seramai sembilan import untuk didaftarkan pasukan-pasukan yang bertanding, Cheng Hoe belum nampak keperluan untuk memenuhi kuota tersebut. “Sama ada nak menggunakan kuota […]
Hubungan Baik Dengan Cheng Hoe Punca Marcote Sertai Selangor

Bekas pengendali Kedah, Ramon Marcote mendedahkan hubungan baiknya dengan Tan Cheng Hoe adalah punca utama dia memilih menyertai Selangor. Marcote kembali bekerjasama dengan Cheng Hoe apabila dilantik sebagai penolong jurulatih Red Giants musim ini dan dia tidak menunggu lama untuk memberikan kredit kepada bekas jurulatih kebangsaan itu. “Anda semua tahu kan bahawa musim 2015 cukup […]
Ramon Marcote Sah Ke Selangor

Dengan saingan Liga Malaysia bakal bermula bulan hadapan, banyak pasukan sedang membuat penambahbaikan dari segi kemasukan pemain dan jurulatih baharu. Selangor FC juga tidak terkecuali daripada melakukannya. Sebentar tadi, Selangor membuat kejutan dengan membawa masuk bekas pengendali pasukan Kedah dari Sepanyol, Ramon Marcote. Marcote dibawa masuk ke Selangor sebagai pembantu jurulatih kedua buat pengendali Selangor, […]
Selangor Bakal Uji Kekuatan Kelab Luar Negara

Selepas berjaya mara ke final Piala Malaysia musim lepas, Selangor FC tidak mahu berhenti di situ saja. Bagi memastikan pasukan lebih mantap menjelang saingan Liga Super musim depan, pengurusan Selangor FC bakal mengadakan pra-musim di luar negara pada awal Januari ini. Ini didedahkan oleh jurulatih Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe dengan tiga negara berkemungkinan dipilih […]
“Faisal Halim Ada Kriteria Itu” – Tan Cheng Hoe

Kemampuan luar biasa pemain baharu Selangor FC, Faisal Halim ketika berada di atas padang ternyata tidak perlu dibahaskan lagi. Dan terkini, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe meluahkan rasa terujanya melihat kelibat Faisal bersama Harimau Malaya. Bagi Cheng Hoe, Faisal mempunyai kriteria yang diperlukan Selangor bagi menghadapi saingan musim hadapan. Selain licik di bahagian sayap, Faisal […]
Safuwan Baharudin Jadi Rebutan Terengganu & Negeri Sembilan

Pemain versatil kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin kini diburu oleh beberapa kelab yang serius mahu mendapatkan khidmatnya. Pemain berusia 31 tahun itu sudah lama berkelana di Malaysia bersama beberapa buah kelab termasuklah Sri Pahang dan juga Selangor. Menurut beberapa sumber, Terengganu sebelum ini sudah menyatakan minat yang tinggi untuk mendapatkan khidmat Safuwan bagi saingan musim 2023. […]
Khuzaimi Piee Rasmi Bergelar Tonggak Baharu Selangor

Pertahanan tengah kebal Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu skuad Selangor FC. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan tunjang utama buat barisan pertahanan Negeri Sembilan pada musim lalu. Khidmat beliau sentiasa menjadi pilihan utama ketua jurulatih, K. Devan untuk membawa cabaran pasukan mengharungi musim yang cukup panjang. Hal ini telah […]
Selangor Sedia Lepaskan Penjaga Gol Muda Berbakat Ke Negeri Sembilan

Selangor FC sedia membuka jalan baharu buat penjaga gol muda berbakat mereka, Sikh Izhan ke Negeri Sembilan bagi saingan musim baharu. Pemain berusia 22 tahun ini masih tidak dapag menembusi kesebelasan utama The Red Giants setelah berada hampir dua musim di sana. Beliau sebelum ini lebih banyak beraksi buat pasukan Selangor II dan beraksi dengan […]
Berita Perpindahan Faisal Halim Ke Selangor Tersebar Di Thailand

Spekulasi perpindahan bekas pemain sayap Terengganu, Faisal Halim ke pasukan Selangor FC mula hangat diperkatakan di Thailand. Pemain bertubuh kecil itu merupakan aset penting buat pasukan kendalian Nafuzi Zain sejak dua musim kebelakangan ini. Namun begitu, beliau difahamkan tidak akan kekal bersama kelab Pantai Timur itu dan mula dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab di […]
Tersisih Di Selangor, Shahrel Fikri Angkat Kaki?

Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi semakin hampir untuk meninggalkan ‘Sang Gergasi Merah’ selepas dilaporkan bakal menyertai pasukan Negeri Sembilan FC. Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di laman twitter beliau sebentar tadi. Nama Shahrel bukanlah asing di kalangan peminat bola sepak tanah air, ini kerana beliau sudah meledak empat […]
Shahrom Kalam Sifatkan Tan Cheng Hoe Jurulatih Luar Biasa

Penganalisis bola sepak, Shahrom Kalam menyifatkan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih yang luar biasa kerana berjaya membawa pasukan Selangor mara ke perlawanan akhir kempen TM Piala Malaysia musim 2022. Bekas pemain kebangsaan itu telah memilih dua pasukan musim ini yang telah berjaya memenuhi sasaran cemerlang daripada jangkaan awal antaranya adalah Selangor FC. Beliau […]
Pemain Import Pertama Selangor Ucap Selamat Tinggal

Pemain datang dan pergi merupakan lumrah dalam dunia bola sepak. Selepas melalui musim yang sukar bersama Selangor FC, pemain import dari Jordan, Baha Abdulrahman hampir pasti akan meninggalkan pasukan gergasi merah itu. Bahaa, 35 merupakan pemain import yang didatangkan bersama seorang lagi pemain import dari Jordan iaitu Yazan Al-Arab. Namun kedua-dua pemain ini melalui musim […]