“Selangor Bertuah Bawa Pulang Satu Mata” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui pasukannya masih bertuah meskipun seri di tempat lawan menentang Sri Pahang malam tadi. Selangor FC mempunyai kelebihan pada separuh masa kedua apabila penyerang Sri Pahang Mykola Agapov dilayangkan kad merah.  Beliau bagaimanapun percaya bahwa anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk menjaringkan gol. Namun, jurulatih berusia 44 tahun […]

Selangor Beri Respon Terhadap Keputusan MFL

Pihak Selangor FC memberi respon terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL). Sebentar tadi, MFL telah memutuskan hukuman kepada pasukan Selangor kerana ketidakhadiran ke perlawanan sumbangsih yang juga aksi pertama perlawanan Liga Super 2024. Selangor FC mengeluarkan kenyataan bahwa pihak kelab sedia maklum dengan keputusan yang telah diputuskan. “Pihak Kelab mengambil maklum akan […]

Nidzam Jamil Akui Aksi Persahabatan Di Indonesia Beri Banyak Manfaat

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui aksi persahabatan di Indonesia beri banyak manfaat. Selangor FC merangkul kejuaraan kedua bagi saingan RTCI Premium Sports menumpaskan Persija Jakarta.  Jurulatih berusia 44 tahun ini gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh semua pemain kerana mengekalkan momentum kemenangan berterusan. “Kita fikir minit permainan untuk bermain, pemain yang tidak dapat […]

Dua ‘Orang Kuat’ Selangor Dipanggil PDRM Beri Keterangan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, memaklumkan sudah menghubungi dua ‘Orang Kuat’ Selangor bagi memberi keterangan lanjut. Dua orang tersebut merupakan ahli pengurusan Selangor FC yang telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada individu panggilan tak dikenali. “Semalam kita sudah hubungi dan akan ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya […]

Zikri Khalili: Perjuangan Ini Untuk Nidzam Jamil

Pemain pertahanan muda Selangor, Zikri Khalili yakin satu pasukan akan meneruskan perjuangan dan memberikan yang terbaik demi jurulatih Selangor, Nidzam Jamil. Pemain berusia 21 tahun itu menjelaskan pasukan sedang bekerja keras mencari keserasian di antara satu sama lain menjelang permulaan musim. “Kami sedang berusaha keras untuk memantapkan lagi persefahaman di antara satu sama lain menjelang […]

Media Antarabangsa Terkesima Dengan Ayron Del Valle

Hadir ke Selangor FC dengan reputasi gah sebagai bekas penjaring terbanyak Liga Colombia, Ayron Del Valle terus membuka mata ramai pihak dengan ketajaman penyudah yang dimiliki. Terkini, jaringan menarik Ayron ketika menentang PDRM FC dalam saingan Piala Malaysia tempoh hari mendapat liputan meluas. Antara yang terkesima dengan jaringan Ayron itu adalah media antarabangsa, BabaGol. Jaringan […]

Bekas Import Selangor Ini Hanya Perlukan Tujuh Bulan Untuk Julang Piala

Selepas meninggalkan Selangor FC pada Disember tahun lalu, pemain import dari Jordan ini hanya memerlukan tujuh bulan sahaja untuk menjulang piala. Pemain yang dimaksudkan ialah Baha Abdulrahman. Pemain berusia 36 tahun itu yang merupakan kapten pasukan Al-Faisaly SC berjaya memimpin pasukannya menjulang Piala Perisai Jordan walaupun seri tanpa jaringan dengan kelab Ma’an yang berada di […]

Zarif Irfan Mohon Maaf, Ambil Pengajaran Atas Apa Yang Berlaku

Penjaga gawang Sri Pahang FC, Zarif Irfan yang sebelum ini terpalit dengan sedikit insiden kekecohan selepas tamat perlawanan menentang Selangor FC mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Zarif telah memuatnaik satu instagram story yang memaparkan permohonan maaf terbuka beliau kepada semua penyokong bola sepak Malaysia terutamanya penyokong Sri Pahang dan Selangor. “Salam kepada semua peminat bola […]

Faisal Halim Lebih Memilih Keseronokan Yang Kekal

Umum mengetahui, pasukan Selangor FC telah dikejutkan Sri Pahang FC dengan keputusan 0-1 pada aksi Liga Super dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur tempoh hari. Biarpun tewas, pemain sayap Selangor dan Harimau Malaya, Faisal Halim tetap positif dengan apa yang berlaku. Faisal percaya kepada rezeki yang diberikan dan tetap berusaha untuk pasukan Selangor. Faisal berkongsi […]

Penyokong Selangor Sempat Rakam Insiden Melibatkan Penjaga Gol Sri Pahang

Hasrat Selangor FC untuk memungut tiga mata dalam saingan Liga Super berkecai selepas tewas mengejut 0-1 kepada pasukan Sri Pahang FC pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur petang semalam. Disebalik kekalahan yang menimpa Selangor itu, terdapat insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan. Insiden tersebut melibatkan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan. Dalam video […]

Selangor Rancang Menyerang Bertemu JDT

Dengan rekod 100% dalam liga dan 54 gol setakat ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC satu pencabar sukar buat Selangor FC di pentas separuh akhir Piala FA. Tetapi tatkala sesetengah pasukan memilih untuk bertahan bila berdepan Harimau Selatan, Red Giants pula memilih sebaliknya. Menurut jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau mengakui jentera serangan JDT […]

Tan Cheng Hoe Jumpa ‘Permata’ No. 6 Di Selangor FC

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe melakukan satu tugas yang cukup luar biasa di kelab apabila menemui seorang lagi permata yang mampu beraksi dengan cukup baik pada posisi nombor 6. Pengendali berusia 55 tahun itu telah pun merombak kesebelasan utama The Red Giants ketika mereka mencatatkan kemenangan besar 1-7 menumpaskan Kelantan United. Bekas jurulatih […]

Faisal Halim Kena ‘Siuuu’ Depan-Depan

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim sangat sinonim dengan keraian gol yang sama seperti bintang dunia dari Portugal, Cristiano Ronaldo. Keraian yang dipanggil ‘Siuuu’ itu sudah menjadi fenomena dan ikutan di seluruh dunia. Ramai di kalangan penyokong Selangor terutamanya yang hadir ke stadium menantikan detik Faisal menjaringkan gol bagi sama-sama meraikan gol tersebut dengan […]

Selangor vs Kelantan: “Tangkap Bang!” Pergaduhan Berlaku Di Luar Stadium?

Keadaan sedikit kecoh di luar Stadium MBPJ selepas dikhabarkan telah berlaku kekecohan di antara penyokong Selangor FC dan Kelantan FC. Di dalam video tersebut, terlihat beberapa anggota polis sedang mengejar individu yang terlibat. Berdasarkan apa yang dilihat kepada video tersebut, kumpulan penyokong yang melakukan kekecohan itu sememangnya agak ramai dan mereka sedang berlari sambil dikejar […]

Liga Super: Tandukan Afro Julang Selangor Tewaskan Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super 2023 malam ini menyaksikan Selangor melayan kunjungan Negeri Sembilan yang berkesudahan dengan keputusan 2-1 di Stadium MBPJ sebentar tadi. Perlawanan bermula rancak dengan Selangor memiliki peluang untuk menjaringkan gol seawal minit ke-10 melalui sepakan Ayron tepat ke arah gol, namun ditampan Sikh Izhan. Negeri Sembilan cuba mengatur serangan balas menerusi larian deras […]

“Petaling Jaya Menjadi Tempat Latihan JDT” – Boys Of Straits

Kemenangan bergaya 4-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas musuh tradisi, Selangor FC semalam ternyata memberikan seribu satu persoalan tentang skuad ‘Gergasi Merah’ tahun ini. Walaupun berjaya mengikat JDT tanpa jaringan pada separuh masa pertama, mereka melepaskan empat gol di separuh masa kedua. Dengan kemenangan itu, JDT kini gah di persada liga dengan mencatatkan rekod […]