Ayah Safawi Rasid Meninggal Dunia

Perkhabaran mendukacitakan hadir daripada pemain sayap Malaysia, Safawi Rasid yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad negara dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim kebelakangan ini. Impak yang dibawa oleh anak jati Terengganu ini telah membantu Malaysia untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia […]
Safawi Rasid Tampil Kelainan Buat JDT

Safawi Rasid menampilkan kelainan dalam aksi menentang PDRM apabila turun bermain dibahagian pertahanan. Safawi yang masuk menggantikan Corbin Ong pada minit ke-71 permainan mengisi posisi pertahanan kiri JDT dalam perlawanan tersebut. Ini adalah perkara baharu buat Safawi memandangkan beliau merupakan pemain serangan yang lebih dominan diposisi sayap kanan dan sayap kiri pasukan. Pemain berusia 26 […]
Safawi Rasid Kembali Jaringkan Gol

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid kembali menggegar jaring. Safawi telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi bertemu Perak di Piala MFL pada semalam. Turun bergandingan bersama Fernando Forestieri dan Ramadhan Saifullah, Safawi berjaya meledak seawal minit ketiga permainan. Ketika pemain berusia 26 tahun itu melancarkan serangan ke kubu […]
Bisa Kaki Kiri Safawi Rasid Jadi Kenyataan

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid mempamerkan aksi memukau dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 2 hari ini. Biarpun dimasukkan pada minit ke-81 permainan, impak pemain berusia 26 tahun itu berjaya menoktahkan hasrat Syria untuk mencatat kemenangan. Pada minit ke-83 permainan, gerakan Safawi telah memberi ruang buat Darren Lok meledak. Gelecekan Safawi yang melepasi dua pertahanan lawan […]
Bisa Kaki Kiri Dua Pemain Malaysia Digeruni

Dalam sebuah rancangan Bola Itu Life, pundit bola sepak iaitu Keesh dan Faiz telah membincangkan tentang mencipta pemain sempurna versi Malaysia dan analisis mereka tentang pemain berkaki kiri telah mencuri perhatian ramai. Dalam perbincangan tersebut, Faiz telah menilai Safawi Rasid sebagai pemain tempatan yang digeruni dengan kemahiran kaki kiri beliau manakala Keesh pula berpendapat pemain […]
Safawi Rasid & Dion Cools Tersenarai Sebagai Pemain ‘Bintang’ Di Thailand

Penyokong Harimau Malaya bangga apabila Thai League 1 menyenaraikan Safawi Rasid dan Dion Cools dalam Barisan Bintang ASEAN liga berkenaan. Akaun Twitter Harimau Abroad berkongsikan imej bintang-bintang ASEAN yang beraksi dalam liga itu pada musim lepas. Selain duo tonggak utama skuad senior Malaysia itu, Irfan dan Ikhsan Fandi (Singapura) serta Faiq Bolkiah turut tersenarai dalam […]
Tano Solari Mahukan Safawi Rasid Yang ‘Baru’

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memberi pesanan khas kepada pemain sayap sensasi pasukan, Safawi Rasid. Pengendali kelahiran Argentina itu mendapat semula khidmat pemain berusia 26 tahun itu yang kembali dari pinjaman daripada kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC. Menurut satu kenyataan, Solari memberitahu bahawa Safawi tahu apa yang beliau minta kepadanya. […]
Malaysia Berpotensi Miliki Satu Lagi Calon Gol Puskas

Hasrat Malaysia untuk melihat lebih banyak pencalonan gol untuk puskas mungkin menjadi kenyataan apabila satu lagi jaringan menggegar arena bola sepak Malaysia. Perlawanan di Liga MFL melibatkan pertembungan pasukan Selangor dan Negeri Sembilan meraih perhatian ramai tatkala kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2. Kebangkitan luar biasa yang dipamerkan oleh skuad Jang terutamanya bangkit daripada ketinggalan […]
Safawi Rasid Kini Ada Pesaing Sengit

Ketika ini, ramai melihat gol Safawi Rasid semasa Malaysia menentang Kepulauan Solomon sebagai calon Anugerah Puskas FIFA. Tetapi beberapa hari lepas, pemain Young Lions, Ryu Hardy Yussri menghasilkan gol cantik yang mampu menyaingi gol Safawi untuk anugerah gol tercantik berkenaan. Dalam perlawanan Singapore Premier League (SPL) membabitkan Young Lions dan Albirex Niigata Singapore itu, Young […]
Safawi Rasid Tarik Perhatian FIFA

Gol yang dijaringkan oleh pemain oleh pemain sayap negara, Safawi Rasid telah pun meraih perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi watak penting buat pasukan negara berdepan Kepulauan Solomon tatkala Malaysia meraih kemenangan besar 4-1. Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian memainkan peranan yang cukup penting […]
TMJ Beri 3 Sebab Safawi Rasid Mahu Kekal Di JDT

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi jawapan mengenai keputusan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasi yang memilih untuk kekal bersama pasukan. Desas-desus mengenai masa depan pemain kelahiran Terengganu itu mula menjadi bualan ramai selepas ada ura-ura yang mengaitkan beliau untuk membawa haluan baharu. Sungguhpun ada khabar bahawa Sri […]
3 Penyerang Berbisa Beri Dimensi Berbeza Buat Harimau Malaya

Pertemuan Harimau Malaya berdepan Papua New Guinea menyaksikan beberapa muka baharu mampu jadi taruhan pengendali negara, Kim Pan-gon. Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan selesa 4-1 namun dijangka mempertaruhkan beberapa muka baharu untuk menguji kekuatan pemain dalam pasukan. Sungguhpun nama-nama seperti Nooa Laine, Junior Eldstal, Syahmi Safari dan ramai lagi bakal diuji Pan-gon, tumpuan terarah kepada rangkaian […]
FAM Sedia Calonkan Gol Safawi & Forestieri Untuk Anugerah Puskas

Baru-baru ini, peminat bola sepak negara terpukau dengan dua jaringan cantik yang dihasilkan Fernando Forestieri dan Safawi Rasid. Justeru, tidak hairanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mencalonkan dua gol berkenaan untuk Anugerah Puskas. Secara ringkas, Anugerah Puskas FIFA ialah anugerah yang mengiktiraf gol paling cantik yang dijaringkan pemain bola sepak. Antara pemenang anugerah ini […]
Bekas Pemenang Puskás Harap FAM Hantar Video Gol Safawi Rasid Ke FIFA

Jaringan berkelas dunia yang dilakukan oleh pemain bintang negara, Safawi Rasid sudah pun menjadi bualan seantero dunia tatkala banyak mata yang terpesona melihat keunikan gol tersebut. Pemain berusia 26 tahun itu mencatat nama selaku penjaring gol ketiga skuad kebangsaan Harimau Malaya pada minit ke-77 namun ia dianggap satu fenomena dengan tiga sentuhan luar biasa yang […]
Pengalaman Sepak Takraw Bantu Safawi Rasid Jaringkan Gol Bertaraf Puskas

Pengalaman bergelar seorang pemain sepak takraw jelas memberi kelebihan kepada sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ketika mencatat nama sebagai penjaring. Pemain berusia 26 tahun ini telah menjaringkan satu gol bertaraf puskas ketika aksi persahabatan antara Malaysia dan Kepulauan Solomon pada semalam. Ledakan sempurna Safawi Rasid pada minit ke-77 permainan memastikan Malaysia meraih kemenangan bergaya mengatasi […]
“Saya Kekal Di JDT” – Safawi Rasid

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid tampil menafikan khabar angin yang sedang berlegar ketika ini. Beliau menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya bakal berpindah ke salah sebuah kelab Liga Super yang berpangkalan di Pantai Timur. Kata Safawi, beliau akan terus kekal bersama kem Harimau Selatan. “Ya sebenarnya selepas ini saya akan terus kekal di JDT. Saya […]