Video Perkenalan Akhyar & Safawi Terima Pujian Peminat

Dua bintang negara, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid menjadi berita hangat dalam jendela perpindahan saingan Liga Super musim baharu ini. Duo daripada pasukan Johor Darul Ta’zim ini sah menyertai Terengganu bagi musim baharu Liga Super 2024 dengan status pinjaman. Menerusi tinjauan MakanBola, video perkenalan bagi kedua pemain yang dipersembahkan oleh Terengganu FC menerima pujian ramai […]
Safawi Rasid Kongsi 3 Perbezaan Liga Malaysia & Thailand

Pemain baharu Terengganu FC, Safawi Rasid mendedahkan tiga perbezaan Liga Malaysia dan Thailand. Bintang JDT itu melengkapkan perpindahan ke kelab Pantai Timur dengan tempoh pinjaman selama satu musim. Beliau datang ke Terengganu bersama seorang lagi rakan sepasukan, Akhyar Rashid untuk membantu jentera serangan skuad Peteh. Mengulas lanjut, Safawi menyatakan rasa teruja untuk kembali bekerjasama dengan […]
Terkini: Safawi Rasid & Akhyar Rashid Sertai Terengganu

Dua bintang negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC. Desas-desus mengenai masa depan dua pemain ini mula diperkatakan selepas kurang mendapat minit bermain bersama kelab semasa, Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan persaingan sengit. Masa depan bintang Harimau Malaya ini akhirnya terjawab apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu […]
Individu Mirip Bintang JDT Ditemui Di Terengganu

Seorang individu mirip bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditemui berada di Terengganu. Individu seakan pemain sayap kebangsaan iaitu Akhyar Rashid difahamkan sudah tiba disana apabila beliau ditemui berada di sebuah kedai gunting rambut di Terengganu. Bukan itu sahaja, menerusi tinjauan MakanBola di beberapa laman bola sepak bebas Terengganu dan group penyokong Terenggan di platform […]
Safawi Rasid: Mungkin Ambil Masa, Tetapi Kita Akan Berjaya

Pemain sayap negara, Safawi Rasid mengakui kelebihan yang ada pada setiap pemain Korea Selatan. Beliau percaya bahwa skuad kendalian Jurgen Klinsman mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding Malaysia. “Ramai daripada mereka beraksi di Eropah. Mereka punya kelebihan dari segi konfiden lebih tinggi daripada kita, Saya harap perlawanan ini kita mendapat keputusan yang positif,” kata Safawi […]
4 Pemain Tumpuan Aksi Malaysia & Korea Selatan

Mari kita saksikan 4 pemain yang dijangka bakal mencuri tumpuan menjelang pertemuan Malaysia dan juga juara Piala Asia dua kali, Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan E AFC Asian Cup. 1. Lee Kang-in Pemain sayap Korea Selatan ini telah menampilkan aksi cemerlang dalam dua aksi pertama kumpulan terutamanya ketika menentang Bahrain yang mana beliau meledak […]
Malaysia Dijangka Turunkan 3 Tonggak Berpengalaman Lawan Korea Selatan

Pasukan kebangsaan Malaysia dijangka menurunkan 3 tonggak berpengalaman untuk aksi menentang Korea Selatan yang berada ditangga ke-23 dunia. Kim Pan-gon pastinya menuntut permainan terbaik daripada para pemain Malaysia dalam perlawanan terakhir Piala Asia 2023 lebih-lebih lagi berdepan pemain bertaraf dunia. Menurut Zulhelmi Zainal Azam, tiga pemain iaitu Brendan Gan, Safawi Rasid dan Daniel Ting dijangka […]
AFC Asian Cup: Dia Pun Manusia Biasa

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya dengan kemampuan rakan sepasukan menjelang aksi terakhir berdepan Korea Selatan dalam saingan peringkat kumpulan di pentas AFC Piala Asia 2023. Pemain berusia 26 tahun ini sedar dan akui dengan kehebatan skuad kendalian Jurgan Klinssman namun yakin kem Harimau Malaya tidak akan memberi laluan yang mudah buat Korea Selatan. […]
Penampilan Istimewa Hamidin & Safawi Rasid Bagi ‘Misi Doha’ Di RTM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Safawi Rasid akan melakukan penampilan Istimewa di RTM dalam program bual bicara ‘Misi Doha’. Siaran langsung program bual bicara khas sempena Piala Asia Qatar 2023 yang bertajuk Misi Doha itu akan disiarkan pada jam 9 malam esok (Jumaat). Selain Datuk Hamidin dan Safawi Rasid yang […]
Aura Pemain Malaysia Mula Dirasai, Terima Sambutan Hangat Di Qatar

Ketibaan pemain Malaysia di Qatar mendapat sambutan positif daripada para peminat yang teruja untuk menyaksikan kelibat mereka di sana. Menerusi perkongsian di laman FAM TV, para pemain kelihatan begitu bersemangat untuk turun berlatih sebagai persediaan bagi menghadapi aksi berprestij di Asia itu berbaki kurang seminggu. Kehangatan mula terasa di sana apabila kelihatan para peminat bola […]
Safawi Rasid Buru Kebangkitan Di Qatar, Tunggu Peluang Beraksi

Pemain sayap negara, Safawi Rasid bersedia memberi yang terbaik demi membantu Malaysia dalam Piala Asia 2023 di Qatar. Musim ini menyaksikan Safawi hanya merekodkan tiga penampilan bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) selepas pulang dari tempoh pinjaman bersama Ratchaburi. Justeru, beliau berharap dapat menggunakan tahun 2024 sebagai medan kebangkitan untuk menemui sentuhan terbaiknya. Safawi […]
Duo Akhyar & Safawi Bakal Sertai Terengganu

Dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid bakal berhijrah ke pasukan Terengganu musim depan. Ini selepas pengumuman mengejut yang dibuat laman rasmi JDT, memaklumkan bahawa dua pemain sayap ini akan dipinjamkan ke pasukan lain. Menurut sumber terdekat yang diterima MakanBola, Akhyar dan Safawi bakal beralih angin dan menyertai skuad kendalian […]
Akhyar & Safawi Rasmi Tinggalkan JDT Secara Pinjaman

Pemain sayap JDT, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan. Ini selepas pengumuman yang dibuat laman rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini yang memaklumkan seramai lima orang pemain dalam skuad utama JDT akan dipinjamkan. Difahamkan dua pemain sayap sensasi ini bakal berhijrah ke pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu. […]
Tomislav Steinbruckner Janji Terengganu Akan Lebih Kuat Musim Hadapan

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan pencapaian Terengganu untuk musim ini. “Kami menamatkan musim Liga Super ditangga ke-6 liga, ini bukan apa yang kami mahu namun kami bermain hingga separuh akhir Piala FA, akhir Piala Malaysia dan menamatkan saingan kumpulan Piala AFC tanpa rekod kalah.” “Secara keseluruhan ini musim yang bagus walaupun tidak […]
Akhyar & Safawi Rasid Ke Terengganu, Azam Azmi ke JDT?

Selepas saingan Liga Super 2023 melabuhkan tirainya semalam, beberapa pasukan sudah mula mengatur strategi untuk menguatkan pasukan masing-masing menjelang musim depan yang dijangka bermula pada April. Beberapa nama besar mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab baharu seperti dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid serta pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad. […]
Akhyar Rashid & Safawi Rasid Dikaitkan Ke Terengganu

Berita perpindahan sedang hangat diperkatakan dengan kelibat dua pemain iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid mula dikaitkan ke Terengganu. Berita ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran yang melaporkan bahawa khidmat dua bintang negara ini sedang diperhatikan oleh skuad Peteh. Finalis Piala Malaysia 2023 ini mahu memantapkan jentera serangan dengan […]